MENTARI HIDUPKU
Posted by
** Ratu Syahadah**
on Saturday, May 30, 2009
/
Comments: (0)
Kala senja itu tiba
Kutermenung sendirian
Terasa diriku ini jauh dari rahmat Tuhan
Dosa yang aku lakukan
Menerjah ruang fikiran
Masihkah ada untukku keampunan
Gelap rasa dunia ini
Tanpa cahaya Ilahi
Baru kini kusedari
Jalan yang aku lalui
Memusnah pedoman hidup
Melempar hatiku ini ke lembah kehinaan
Dalam kegelapan itu
Terbit cahaya dari-Mu
Memandu hamba-Mu menuju iman
Menginsafi diri dengan ketaqwaan dan kesabaran
Kau terangi jalanku menuju syurga-Mu
Dan Kau tunjuki dengan hidayah-Mu
Hanyalah pada-Mu kuhadapkan diri
Mohon keampunan
Wahai Yang Maha Pengasih
Bantulah hamba-Mu ini
Yang kian terumbang-ambing
Di dalam arus duniawi
Kuberdoa kepada-Mu
Memohon limpah rahmat-Mu
Mentari hidupku kan bersinar kembali
SALAM TA'RUF BUAT BLOGKU
Posted by
** Ratu Syahadah**
on Wednesday, May 27, 2009
/
Comments: (0)
Assalamualaikum w.b.t.
Pertama sekali ku panjatkan setinggi kesyukuran kpd Allah s.w.t kerana dengan izin dan inayah-Nya akhirnya ku berkesempatan untuk mencreate blog ku sendiri..Alhamdulillah.
Dengan ilmu yang tak seberapa di dada ini, diharap dengan sedikit perkongsian idea ini boleh memberi peringatan dan meningkatkan motivasi diri sahabat2 dan terutama buat diri ini yang sentiasa leka dengan....(dengan ape2 je lah) .
Terkesan dengan potongan sebuah hadith "sampaikanlah peringatan walaupun sepotong ayat" , ku terpikir untuk menyahut saranan tersebut.. memang kalu nak tunggu diri kite ini sempurna, sampai kiamat pun xkan tercapai sebabnya manusia memang dijadikan lemah. Right to say, "nobody is perfect, but we should learn how to be more perfect". teringat kata2 seorang ustaz:, "kita adalah sebaik-baik umat bertanggungjawab menyeru kpd amal ma'ruf dan mencegah kemunkaran..(surah 3:110)
sekian saje muqaddimah untuk kali ini॥wallahualam...