Bila Hati Berkata-kata...


Hari demi hari..
Langkah seakan terhenti seketika..
Badan lemah longlai.
Tak bermaya..hilang semangat..
Hilang tujuan..hilang segala-galanya..
Apa yang dinampak hanyalah kesuraman..
Persoalan yang sering menerpa..
Masih bergunakah diri ini?

Meniti hari- hari yang tanpa makna..
Hati yang kosong minta diisi..
Apakan daya, langkah masih longlai untuk mencari..
Mencari secebis cahaya untuk menggilap kembali..
Mencari pelangi yang indah untuk memaknakan kembali…
Namun, sering dalam pencarian, langkah itu hilang arah..
Kerunsingan untuk mencari jalan pulang makin menebal..
adakah mampu untuk temui jalan pulang itu?
Mungkinkah menjumpai jalan yang baru yang lebih bermakna?

Semua itu masih belum terjawab..
Bilakan terjawab.?
Hanya waktu yang menentukan segala-galanya..
.
Hanya berbekal iman senipis rambut menemani..
Hari- hari yang kian pudar..
Semoga dapat temui sinar disebalik kepudaran itu..
Agar mentari hidup ini kian bersinar kembali..
Untuk menghabiskan sisa-sisa kehidupan..
Demi meraih cinta dan redhaNya..

Kadang-kadang terasa tewas..
Hingga terduduk dan menangis sendiri..
Namun tiada yang bisa memahami..
Tiada yang mampu memghilangkan kegelisahan itu..
Dikelilingi teman-teman seolah-olah terasa sendirian..
Jiwa dan minda melayang entah kemana..
Dek kerana khusyuknya hati untuk mencari..
Mencari sesuatu yang sering didamba..
Dan mungkin mencari sesuatu yang telag hilang..



Oh diri..
Kemana menghilangnya kau?
Betapa lemahnya hati dan jiwa..
Sedikit cobaan mampu menggoyahkan
Iman yang pernah bertapak kukuh dijiwa..
Ya Allah, Kau temukanku dengan apa yang ku cari selama ini..
Kebahagiaanku bila ku tahu Kau meredhaiku..
dan Kau masih menyayangiku tatkala semua insan meminggirku..



Ya Allah, tatkala aku kesedihan,
Ku jadikan Kau tempat untuk bergantung harap
Dan pengubat hati yang duka..
Jangan Kau pernah tinggalkanku keseorangan
Dalam meniti hari-hari yang penuh misteri..
Semoga diriku sentiasa dalam redha dan rahmatMu..




Rahmat dan nikmat


Assalamualaikum w.b.t..
Subhanallah..
Alhamdulillah..
Allahuakbar..




Kali ini mahu berkongsi satu hadis yang saya rasakan agak terkesan. Ayuh muhasanah seketika.

Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:

"Seseorang tidak akan dimasukkan ke syurga dengan sebab amalannya". Sahabat bertanya: "walaupun kamu, ya Rasulullah?" jawab Rasulullah SAW: " Walaupun saya, melainkan dengan limpahan rahmat Allah SWT kepadaku."

(Riwayat al-Bukhari)

Apa yang kita faham dari hadis diatas?



Hrmm…


Kita akan masuk syurga bukan kerana banyak dan hebatnye amalan kita tapi kerana rahmaNya. Walau banyak mana pun amalan yang kita kerjakan, belum tentu layak untuk menginjakkan kaki ke syurgaNya.. Betapa susahnye untuk menempahkan diri untuk ke syurga.Sama-samalah berusaha untuk ikhlas dalam beribadah padaNya mudah mudahan kita sentiasa dilimpahkan dengan rahmat, innayah dan kasih sayangNya buat diri kita. Semoga redhaNya sentiasa bersama kita. Jangan terlalu berbangga dengan amalan yang kita lakukan. Lakukan dengan seikhlas yang mungkin, semata-mata keranaNya..Ye, beribadah hanya keranaNya, tiada tujuan lain.


Dalam apa jua yang kita lakukan, bukan kerana banyaknya dan hebatnya usaha kita yang menyebabkan kita berjaya dan bahagia. Segala-galanya datang dariNya. Jangan terlalu berbangga dan merasa gah dengan kelebihan dan kehebatan yang dipinjamkan olehNya pada kita, kerana itu adalah ujian. Kelak pasti kita kan disoal bagaimana kita menggunakan segala nikmatNya..



Dalam menghadirkan keikhlasan dan kecintaan padaNya dalam beribadah bukan perkara yang mudah, dan ianya memerlukan mujahadah yang tinggi, memerlukan pada jiwa yang tenang dan penuh kehambaan. Rabiatul Adawiyah, salah seorang mujahidah yang mencintai Allah melebihi segala-galanya pernah bermunajat pada Allah :



“Tuhanku, sekiranya aku beribadah kepada-Mu karena takut neraka-Mu, biarlah diriku terbakar api jahanam. Dan sekiranya aku beribadah kepada-u karena mengharap surga-Mu, jauhkan aku darinya. Tapi, sekiranya aku beribadah kepada-Mu hanya semata cinta kepada-Mu, Tuhanku, janganlah Kauhalangi aku melihat keindahan-Mu yang abadi ".


Subhanallah..Maha Suci Allah..Dia yang memiliki segala-galanya.Dia yang mengetahui segala-galanya. Dialah pencipta langit dan bumi.



Siapalah kita tanpa rahmatNya..? Betapa besar rahmatNya buat kita, terasa diri terlalu kerdil tatkala dilimpahkan segala nikmat buat diri .Selalunya kita kadang-kadang terlupa untuk bersyukur. Paling mudah sebagai tanda bersyukur megucapkan Alhamdulillah..itupun kadang-kadang tersa berat. Kebiasaannya terkeluar perkataan lain dulu sebelum mengucapkan Alhamdulillah..



Apabila menerima sesuatu yang baik, perkataan ok atau bolehla mendahului perkataan alhamdulilah. Apabila ditanya sihatkah hari ini, kita pasti terus menjawab sihat mendahului ucapan Alhamdulillah..itu fenomena biasa berlaku pada diri kita dan saya..Mungkin kita kata ucap dalam hati, baguslah kalau macam tu.Macammane bagi yang terlalu berat tuk ucap Alhamdulillah..Mungkin merasakan itu hanyalah perkataan dalam bahasa Arab. Tapi ucapan itu terlalu besar bagi Nya. Ucapan penghargaan dan kesyukuran seorang hamba buat sang Pencipta..


Sebagaimana dalam Al-Qur’an, Allah menjanjikan akan menambah nikmat bagi mereka yang bersyukur.

Dan (ingatlah) tatakala Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras". (Surah Ibrahim ayat 7)

Jom sama-sama menanamkan rasa Qana’ah dalam diri. Bersyukur dengan apa yang ada. Bersyukur sentiasa..





Say Alhamdulillah, Thank you Allah..for everything.~

Walllahua’lam..
*peringatan buat diriku terutamanya..(^_^)


Tanpa-Mu




Resah dan gelisah ku rasa
Hidup penuh pancaroba
Roda masa pantas berputar
Menduga iman di dada

Daku yang lena dan terleka
Tenggelam di lautan dunia
Kabur pandangan mataku
Pada nikmat yang menggunung

Mendustakan kurniaanMu
Tiba murkamu menghukum
Keangkuhanku kian hancur
Lantas ku jatuh dan tersungkur

TanpaMu kasih ..Ya Allah
Ku tak berdaya..Ku terpedaya
Hilang punca dan arah ..Pada helah dusta dunia
Hanyut alpa di arus bergelora

Kasih ..Ya Allah
Daku derita ...Tangisku hiba
Lemah dalam sengsara ..Dan mengalir air mata
Jiwa dan tubuh kepedihan
Terseksa, terhukum
Menanggung kifarah dariMu

Telah ku lalui semalam
Jalanan kelam dan suram
Lampaui batasan insan
KeagunganMu kulupakan

Rahmat dariMu kudambakan
KeampunanMu kupohonkan
Tuhan, ku tak berdaya
Tempuh segala

Tanpa kasihMu....

Hatiku ini merindu
Sinar cintaMu Yang Agung
Pasrah merayu redhaMu
Ampuni dosa-dosaku

Rahmat dariMu ku dambakan
KeampunanMu ku pohonkan.


~Inteam- TanpaMu`~






Damba Kasih



Semakin jauh ku dari-Mu
Semakin dekat pula Kau menghampiri daku
Ya Tuhan Yang Maha Pengasih
Siapalah diriku di pandangan-Mu..?

Semakin cuba ku dekati
Semakin kuat pula Kau mendugai aku
Ya Tuhan Yang Maha Sempurna
Kerdilnya diriku di hadapan-Mu


Bagaimanakah nantinya tika berhadapan dengan-Mu
Sudikah Kau menerima hamba-Mu yang hina ini
Ya Allah Kau Maha Pengampun ..

Di bayangan mentari aku kealpaan
Dusta dunia penuh kepura-puraan
Di kala dini hari aku kepasrahan
Mendamba jernih embun kasih sayang-Mu Ya Tuhan

Andainya dihitung amalanku
Belum pasti dapat ku hampiri gerbang syurga-Mu
Ya Tuhan Yang Maha Pemurah
Hindari diriku dari siksa-Mu…

Ya Allah..
Kasih sayang-Mu Tuhan
Itu yang ku dambakan
Dengan rahmat-Mu ampunilah diriku..

* modified from lirik damba kasih-inteam



Ya Allah...,
Kau ampunilah segala dosa aku, kedua ibu bapaku, adik beradikku, ahli keluargaku, guru-guruku , sahabat-sahabatku dan semua yang memohon ampun dariMu.
Terimalah kami sebagai hambaMu dan terimalah segala amal ibadah kami.

Ya Allah...,
Kau tuntunlah kami dalam menggapai redhaMu..
Tetapkanlah hati-hati kami pada jalanMu..
bantulah kami untuk ikhlas dan istiqamah dalam menghadapi kehidupan yang penuh pancaroba ini..

Amin Ya Robb.....




Sabda rasulullah s.a.w :

"Ya Allah, jauhkanlah antara diriku dengan dosa-dosa sepertimana Engkau jauhkan antara timur dan barat. Ya Allah, bersihkanlah diriku dari dosa-dosa seperti mana bersihnya pakaian yang putih daripada kekotoran. Ya Allah, sucikanlah dosa-dosaku dengan air, salju dan air yang sejuk."
(Daripada Abu Hurairah, Riwayat Bukhari & Muslim)

Salam Hijrah


Dengan kalam bismillahirrahmanirrahim pembuka bicara..

Alhamdulillah..

Kini tahun sudah bertukar..Sudah pun melangkah masuk ke tahun 1432H..
Tahun sudah berganti..Hari-hari yang menanti penuh misteri..Bagaimana pula dengan diri?

Dimanakah diri ini berada? Pada tahap mana? Adakah sudah berasa selesa dengan keadaan diri hari ini? Tepuk dada, tanya iman..

Bila berganti tahun Islam, atau lebih dikenali dengan ma’al Hijrah, sudah pasti ramai antara kita memasang azam dan tekad untuk berubah kearah yang lebih baik dari sebelum-belumnya baik dari segala aspek. Dengan erti kata lain BERHIJRAH..~

H.I.J.R.A.H..?

Apa yang kita faham tentang hijrah? Menyebutnya mungkin semudah ABC tapi pelaksanaannya bagaimana? Hijrah boleh didefinisikan dalam pelbagai sudut. Peristiwa Ma’al Hijrah ini dikaitkan dengan peristiwa penghijrahan Nabi Muhammad S.A.W dari Mekkah ke Madinah bersama-sama para sahabat. Kalau dilihat, kenapa Nabi berhijrah? Sanggup meninggalkan kampung halaman baginda dan para pengikutnya sanggup meninggalkan segala kemewahan, harta malahan isteri dan anak-anak semata-semata untuk berhijrah bersama-sama dengan Nabi. Hal ini kerana ketika itu di Mekkah, dakwah yang dibawa oleh baginda mendapat tentangan yang hebat dari kaum musyrkin dan baginda merasakan perlu berhijrah demi menyelamatkan syiar Islam yang dibawa dan akhirnya menerima pelawaan kaum Ansar untuk berhijrah ke Madinah setelah perjanjian aqabah termeterai. Sebelum itu, Rasulullah telah pegi ke negara-negara lain untuk menyebarkan dakwah Islam.

Daripada kisah penghijrahan Rasulullah dan para sahabat, jelas disini menunjukkan yang kita perlu berhijrah untuk menyelamatkan kesucian Aqidah Islam. Bila mana di sesuatu tempat itu boleh mengugat keimanan dan aqidah kita, kita wajar untuk meninggalkan tempat itu untuk tujuan memelihara kesucian Aqidah kita. Sepetimana kisah 7 pemuda al khahfi.Mereka sanggup masuk kedalam gua untuk menyelamatkan aqidah dari pemerintah yang zalim ketika itu.

Melihat pada keadaan kita hari ini dengan pelbagai ancaman dan hedonisme, bolehkah kita menggunapakai apa yang telah dibuat oleh baginda Rasulullah s.a.w.? Sedangkan negara kita sendiri bukanlah negara Islam sepenuhnya. Mahu berhijrah kemana? Mungkin berpindah dari sesuatu tempat tinggal ke tempat lain yang lebih harmoni boleh berlaku.

So, bagaimana konsep hijrah yang anda faham?

Bagi saya, hijrah terdekat yang boleh kita lakukan ialah berusaha untuk mengislahkan diri kearah yang lebih baik.Berhijrah kearah yang lebih baik untuk mencari redhaNya.Berubah dan mengubah diri kearah kebaikan semata-mata keranaNya, jika sebelum ini kurang baik, berusaha untuk menjadi baik, jika sudah baik, berusaha untuk menjadi lebih baik. Sentiasa membuat lonjakan dalam diri.keluar dari comfort zone.

Memang tidak dinafikan berubah @ berhijrah kearah kebaikan itu sukar.dan ia memerlukan mujahadah yang tinggi dalam diri kita. Jika kita berniat untuk melakukan perubahan yang lebih baik dalam diri, teruskan dengan niat baik itu kerana itu adalah satu petunjukNya buat kita. Bersyukurlah dengan setiap hidayah yang datang kerana ianya mungkin datang hanya sekali. Bila terdetik, teruslah untuk berusaha kearah itu. Ramai antara kita diberi petunjuk, tapi hanya orang yang betul-betul terpilih diberikan taufik untuk beramal. Hidayah boleh datang dalam 2 bentuk iaitu petunjuk dan taufiq. Beruntunglah mereka yang mendapat kedua-duanya.Carilah petunjukNya mudah mudahan kita diberi taufiqNya..ayuh bersama-sama mencari hidayahNya dalam menggapai keredhaanNya..InsyaAllah..~

Akhir kata dari saya, salam Ma’al Hijrah 1432H.Selamat melangkah ke tahun baru dengan azam dan niat yang baru, bersih dan lurus mudah-mudahan kita sentiasa dalam redhaNya. Mari kita sama-sama berusaha untuk lebih mendekatkan diri padaNya. Semoga kita diberikan kekuatan untuk mentaati segala perintahNya dan diberi kekuatan untuk meninggalkan segala yang dilarangNya. Hijrah menuju Allah.. Salam mujahadah buat semua. kullu 'amun wa entum ilallahi aqrab..

**Renungan bagi yang ingin berhijrah :

Sesiapa yang memasang azam untuk berhijrah dia telah mendpat pahala sebagaimana sabda Rasulullah saw :

“ Sesiapa yang berniat untuk melakukan kebaikan tetapi tidak melakukannya maka dituliskan untuknya satu hasanah ( kebaikan ). Dan sesiapa yang berniat untuk melakukan kebaikan kemudian dia melakukannya maka ditulis untuknya sepuluh kebaikan sehingga tujuh ratus kali ganda.” ( Riwayat Imam Muslim)

Alangkah ruginya kita sekiranya tidak memanfaatkan kelebihan yang Allah SWT sediakan untuk kita. Hanya berniat untuk berubah pun telah diberi pahala. Bila dilaksanakan, digandakan pula sepuluh kali ganda atau seberapa banyak ganjaran yang dikehendaki oleh Allah SWT. Jangan abaikan kasih sayang dan rahmat Allah SWT ini.
.......................................................................................................

Nabi saw : “Orang yang melakukan hijrah yang sebenar ialah yang meninggalkan perkara yang dilarang oleh Allah”. (Riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim)
.......................................................................................................

Dan orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak Kami, sesungguhnya Kami pimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan); dan sesungguhnya(pertolongan dan bantuan) Allah beserta orang yang berusaha membaiki amalannya."-Al-Ankabut:69
.......................................................................................................
Dari Amirul mu'minin Omar ibn Al Khattab Dari Hafs telah berkata: " Aku Dengar Rasulullah Sallallahualaihi Wasallam bersabda: " Setiap Perbuatan disertai dengan niat dan setiap orang apa yang ia niatkan. Barangsiapa berhijrah kerana Allah dan Rasulnya, maka hijrahnya kerana Allah dan RasulNya,barangsiapa yang berhijrah kerana dunia atau kerana perempuan yang akan dikahwininya maka hijrahnya pada yang ia hijrahkan".
Hadith ini diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim
......................................................................................................
Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan orang-orang yang berhijrah serta berjuang pada jalan Allah (untuk menegakkan agama Islam), mereka itulah orang-orang yang mengharapkan rahmat Allah dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.(2:218)
......................................................................................................
Dan sesiapa yang berhijrah pada jalan Allah (untuk membela dan menegakkan Islam), nescaya ia akan dapati di muka bumi ini tempat berhijrah yang banyak dan rezeki yang makmur; dan sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan tujuan berhijrah kepada Allah dan RasulNya, kemudian ia mati (dalam perjalanan), maka sesungguhnya telah tetap pahala hijrahnya di sisi Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.(An-Nisaa:100)
......................................................................................................
Maka adalah pindahnya itu kepada (apa) yang berpindah ia kepadanya. Dan bicarakan pekerjaan(pindah) ini dan kepadaNya(Allah) jua kembali segala Akuan. Maka fahamkan olehmu dengan sebenar-benar faham. Dan sejahteralah atas orang yang mengikut petunjuk - Ibni Athoillah-

wallahua'alam..~

Search This Blog

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 COGITO ALLAH SUM..... |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.