Sharing is caring..

Assalamualaikum..
Tiada apa yang mahu dikongsikan pada post kali nie..

sekadar melepaskan rindu pada blog yang sudah lame kuabaikan..hehe.
Kali ini saya sekadar ingin berkongsi kata-kata :

"..Memulakan langkah memang perit..,

bertatih..jatuh dan bangun semula,

kadang-kadang tanpa tangan yang menghulur bantuan,

terasa diri kembara sendirian..

mimpikan syurga idaman..sedangkan diri

tak tahan diuji..,kerdilnya diri bila menghitung keringat yang gugur..

titisan air mata mengalir kecewa..

rupe-rupenye masih punya sedikit cinta & kasih dipandu

untuk Rabbul Jalil..."


Semoga terus tsabat dalam perjuangan..Perjalanan yang masih panjang memerlukan berjuta-juta pengorbanan, keikhlasan dan kesabaran..~

salam ukhwah..salam mahabbah..salam perjuangan..(^_^)

Everything Belongs to Him..

sekadar gambar hiasan.~


Buatmu yang bergelar Hamba Allah,

Janganlah kau angkuh melaungkan...
Si dia kepunyaanmu...
Atau kau kepunyaan si dia ...
Kerana hakikatnya...
Kita tidak pernah memiliki sesiapa...
Walau sekeping hati seorang insan...

Tidakkah kau sedar...
Hukum alam menyatakan...
Menyintai tidak semestinya memiliki?...
Manusia pandai berpura...
Berlakon di pentas dunia...
Dan bertopeng menutup rahsia..
Tetapi hati...
Tidak pernah berdusta pada empunya...
Tentang perasaan yang bergolak di dalamnya...

Tidakkah kau sedar...
Mungkin si dia melafazkan...
Ungkapan cinta padamu...
Tetapi hati dan perasaannya...
Tidak pernah berniat begitu...
Dia hanya berselindung...
Di sebalik sejuta alasan...
Dan kau...
Begitu jujur dan setia menyintainya..
Sehingga terlupa..
Hukum alam menyatakan..
Menyintai tidak bermakna memiliki..

Sesungguhnya...
"Aku tidak pernah memiliki dirimu..."
"Dan kau jua tidak memiliki diriku."
Mengertilah...
Kita sebenarnya kepunyaan..
Yang Maha Esa...
Tiada sesiapa berhak memiliki diri kita...
Kecuali Dia...
Dia mengasihi hambaNya...
Dia memiliki hambaNya...
Dan ke pangkuan Dia kita akan dikembali......

p/s : hayati kata-kata diatas dalam konteks yang lebih luas. Cinta itu pelbagai. Cinta pada kekasih, pada ibu bapa, pada sahabat dan cinta pada kebendaan..Hanya Dia yang mampu mencampakkan segala rasa dalam hati-hati manusia..Besederhanalah dalam menyayangi dan membenci.

Segala yang kita miliki hari ini, segalanya milikNya.. Kenapa perlu bersedih andai yang pernah kita dipinjamkan untuk memilikinya bukan lagi untuk kita? Tak perlu mempertikaikan hukum alam..Tapi belajarlah menerima, memahami hakikat penciptaan sesuatu itu..Everythings belongs to Him..

Segala yang kita milIki semua milikNya..Mana milik kita..????

SATU AMANAH..


بسم الله الرحمن الرحيم

Ya Muqallibal qulub, Tsabbit qalbi ‘alaa tha’atik
Wahai Yang membolak-balikkan hati, palingkanlah hati ini pada ketaatan padaMU

Ya Muqallibal qulub, Tsabbit qalbi ‘alaa dinik
Wahai Yang membolak-balikkan hati, palingkanlah hati ini pada DinMU


SATU AMANAH- by Hijjaz


Dengan Bismillah ku bermula
Bingkisan hati buatmu teman
Yang dikasihi
Kita bersama dalam satu ikatan
Bermula episod hidup di dunia ini

Ku harap hanyalah di dunia
Dirahmati dan diredhai
Selamat sejahtera di Syurgawi

Oh Tuhan satukanlah
Hati kami dalam mencintai
Redha atas ujian diberi
Jauhkanlah kami
Dari rakus mengejar duniawi
Hidup mati biarlah untukMu
Harap dunia hanya di tangan
Bukannya di hati untuk dicintai

Kita dicipta sebagai khalifah
Bersama kita hidup untukNya
Kita dicipta di dunia fana
Ada amanah yang tersedia

“Oh Tuhan..
Kita laksana bersama
Amanah dariNya demi
Memburu cinta dan harapan”

Tuhan itu harus diutama
Dari segala kepentingan dunia
Bergandingan kita untuk
Memburu cintaNya
Oh cintaNya

Tuhan .. Kau satukanlah hati-hati
Memohon kasihMu oh Tuhan
Dalam mengharap redha
DariMu..

Hanya di dunia
Kita harapkan, kita dambakan
Selamat sejahtera, bahagia..

Search This Blog


 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 COGITO ALLAH SUM..... |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.