Assalamualaikum...
Semoga kalian sentiasa dalam rahmat dan kasih sayangNya..Alhamdulillah..masih diberi kesempatan waktu dan titipan idea untuk dicoretkan pada laman maya ini.
......................
DOA..senjata mukmin..talian hayat yang menghubungkan antara hamba dgn sang Pencipta..
Allah menyeru berkali-kali, pada hamba yang dikasihi, pintalah.., rayulah... , berharaplah... dan pohonlah kepadaKu, nescaya akan Kuperkenankan. Itu janjiNya buat hamba yang berdoa padaNya.
Berdoa tidaklah payah,mudah saje, cuma perlu ringankan tangan dan menadah kedua belah tangan dan berdoa...mudah kan..? tak perlukan tenaga yang banyak untuk menadah tangan ...tapi masih ramai yang terasa berat untuk melakukannya.merasakan berdoa tu suatu perkara yang buang masa..malas nak meminta dan berharap..sayangnye bagi mereka yang mempunyai pemikiran sedemikian..kerana Allah menganugerahkan kita untuk berhubung denganNya secara direct tanpa perlu bantuan personal assistant untuk sampaikan hajat kita..bila kita berdoa, kita sebenarnye sedang bercakap face to face denganNya walaupun kita tak dapat melihat wajahNya.. kalau kita datang dengan hajat yang baik, dengan penuh adab dan menunjukkan kesungguhan kita untuk meminta pertolongan, siapa yang akan menolak permintaan itu? Dengan manusia sekalipun, jika kita meminta dengan penuh harapan dan rendah diri, pasti tiada yang berani menolak. Inikan pula dengan Tuhan yang menciptakan kita..Tuhan itu tidak sampai hati nak menghampakan permintaan kita.
Kalau tak mampu menadah kedua belah tangan, gunakan suara hati, berbisiklah dan bermonologlah dengan Nya..dan pintalah apa sahaja kepadaNya...Dia pasti akan mendengar setiap bait-bait kata, setiap luahan rase, setiap bebanan,setiap rintihan, setiap masalah, setiap permintaan yang anda minta...Dia sangat dekat dengan hamba-hambanya, malahan lebih dekat dari urat nadi kita sendiri..betapa dekatnya Allah disisi kita..tapi tersangat jarang kita merasakan kehadiranNya...tatkala kite keseorangan, kite selalu merasakan sudah ditinggalkan..diabaikan...disisihkan..tidak dipedulikan oleh insan..walhal, disaat itulah sepatutnye menjadi ruang dan peluang tuk seorang hamba dapat bermanja,beromantik..berdua-duaan dgn Kekasih Hati yang selalu dilupakan..Dimana kita letakkan Dia dalam hati dan hidup kita???
Bilamana kite dibebani dengan pelbagai ujian, kita lebih selesa mencari manusia terlebih dahulu untuk menyelesaikan masalah kita..sedarkah kita, kita sebenarnya telah mengabaikan Dia..sedangkan Dialah yang sepatutnye tempat luahan pertama kita. Apa yang manusia mampu bagi dan sediakan untuk kita? It’s nothing. Hanya dengan pertolonganNya sahaja yang dapat membantu kita. Jadi, kenapa kita selalu mengetepikan Dia? Pasti sayu hati Sang Kekasih.
Jika kita merasai betapa besarnye kuasa sebuah doa, pasti tiada siapa yang akan meninggalkan nya. Doa bisa mengubah sesuatu dengan izinNya. Dengan doa dpt menghubungkan kita dengan siapa sahaja..dimana jua..pada bile-bile masa sahaja. Betapa hebat sebuah doa mampu mengubah keadaan, malah dapat mengubah manusia.Tersangat rugi bagi sesiapa yang lupe dan malas untuk berdoa.Usah bersikap sombong dan angkuh..usah merasakan diri kite mampu menghadapi dan membuat segala didunia ini tanpa bantuan dariNya..Terasa besarkah diri sehingga merasakan meminta-minta kepada Tuhan itu menampakkan kelemahan diri. Cukup kuatkah kita tanpa meminta bantuanNya..Cukupkah sekadar bantuan daripada sang manusia dapat membantu kita?
Ayuh sahabat-sahabat, tundukkkan diri kita, rendahkan ego diri...dengan penuh rasa tawadduk, kite meminta ..berdoa..dan jadikan ia satu amalan yang sangat penting dan besar maknanya dalam hidup kite seharian...cubalah untuk berdoa...Walau seberapa besar dosamu, betapa menderitanya hidupmu, betapa sengsara pun, betapa pedihnya hatimu, betapa putus asanye dirimu..jangan pernah lupe berdoa padaNya..bersangka baiklah padaNya.jangan pernah jemu merintih..meminta dan berharap padaNya..kerana hanya Dialah tempat kita memohon pertolongan..Mintalah dan mohonlah seberapa banyak..seberapa kerap pun , Dia tak pernah jemu untuk mendengar dan mengabulkan doa-doa kita.Ikhlaslah dalam doamu, tuluslah dalam setiap rayumu buat Nya..nescaya Dia akan membelaimu dengan kasih sayangNya dan memakbulkan setiap doamu...Bersabarlah dalam meminta..kerana dia tidak pernah memungkiri janjiNya..pasti dimakbulkan setiap permintaan hamba-hambaNya kalau bukan pada saat itu, insyaAllah pada saat dan waktu yang ditetapkan , walau bukan didunia..diakhirat jua bakal menjadi saksi. Berharaplah dan bersandarlah pada yang selayakNya..pasti kita tak akan ada sebab untuk kecewa dan berputus harapan.
.......................
hayati lirik lagu Cuba nyanyian Aidil, khas didedikasikan buat kamu..:
Ada angin yang melintang
Ada halang yang terbentang
Setiap sudut itu dirasakan susah
Setiap satu itu dirasakan payah
Ada taufan yang menderu
Ada petir yang meluru
Setiap peluang dirasakan tipis
Setiap hela nafas dirasakan nipis
Pasti punya puncanya
Ada hikmahnya
Cuba dan cuba kau meminta
Cuba tuk berserah
Cuba dan cuba tuk percaya
Ada awan kegelapan
Ada langit berlapisan
Setiap ramalan terasa bagai mendung
Setiap musim terasa bagai tengkujuh
Pasti punya puncanya
Ada hikmahnya
Cuba kau berdoa
Cuba dan cuba kau meminta
Cuba tuk berserah
Cuba dan cuba tuk percaya
Pada baris
Butir doa
Kau memohon
Kau berserah
Hanya Pada Dia.....