SEGALANYA MILIK-MU
Posted by
** Ratu Syahadah**
on Friday, April 30, 2010
/
Comments: (2)
Kau yang menciptakan cinta
Dan Kau jua yang menghampar bahagia
Di ribaanMu terhimpun harapan
Impian tulus setiap insan
Kau yang mengutuskan duka
Dan Engkaulah yang mengirimkan hampa
Namun padaMu jua diadukan
Merabahkan keresahan dan tangisan
Aku tahu inilah kasihMu...
Aku tahu inilah cintaMu..
Dan ku tahu tiap yang terbaik untukku..
Tak semuanya yang ku mahu....
Di celah hangat nafas yang terhela
Ada dingin saat menyeru namaMu
Terarah segala ronta dan rasa
Pada damainya dakapanMu...
Aku tahu inilah kasihMu...
Aku tahu inilah cintaMu...
Dan ku tahu di segenap ruang rasaku
Telah Kau titipkan kekuatan..
Oh Tuhan .....
~~mestica~~
DI MANA PUNCA KELEMAHAN UMAT ISLAM MASAKINI
Posted by
** Ratu Syahadah**
on Wednesday, April 28, 2010
/
Comments: (0)
UMAT ISLAM YANG LUPA DIRI
Apabila kita meneropong umat kita dengan menggunakan teropong Allah s.w.t. yang terdapat dalam al-Quranul Karim, maka kita akan menemukan umat itu sebagai umat lain, bukan sebagai umat al-Quran yang dilukiskan oleh Allah s.w.t. sebagai umat terbaik, yang dijelaskan alasan terbaiknya kerana mereka menyeru orang berbuat makruf dan mencegah orang berlaku mungkar, serta beriman kepada Allah s.w.t.
Ia melihat makruf sebagai sesuatu yang mungkar dan melihat yang mungkar sesuatu yang makruf. Malah lebih dari itu, ia menyuruh orang berbuat mungkar dan mencegah mereka berbuat makruf, sehingga dilanda fitnah yang tidak ditemukan hujung pangkalnya, yang membuat intelektual muslim menjadi bingung.
Secara ringkas dapat dikatakan bahawa umat kita telah melupakan Allah, lalu Allah melupakan dia pada dirinya sendiri dan Maha Besar Allah dengan firman-Nya yang bermaksud:

“Janganlah kamu seperti orang-orang yang melupakan Allah, lalu Allah melupakan dia pada diri mereka sendiri”
(al-Hasyr: ayat 19)
UMAT KITA DILIHAT DARI KEMAJUAN MATERIAL
Umat Islam selalu saja menjadi beban bagi umat-umat yang lain dalam memenuhi keperluan hidupnya, baik di bidang ekonomi, ketenteraan atau bidang-bidang lainnya. Ia belum pandai memproduksi keperluannya sendiri atau untuk memproduksi keperluan senjatanya untuk melindungi kedaulatan dirinya sendiri.
KEKUATAN AKAL KITA DI SIA-SIAKAN
Kekuatan akal kita sia-siakan, kerana kita bagaikan burung tiung hanya suka meniru. Kita tidak mahu berijtihad, tidak suka mencipta sendiri, tidak kreatif, senang menghafal daripada berfikir dan lebih senang mengutip fikiran orang lain, baik fikiran pendahulu kita ataupun masyarakat lain, kerana kita menganggap tidak perlu bersusah payah berfikir sendiri.
Suatu ketika dahulu Moshe Dayan (bekas Menteri Luar Israel), menyatakan secara terbuka cita-cita dan keinginan negaranya. Dia mendapat serangan dan kecaman dari bangsanya, kerana mereka khuatir pernyataanya itu dibaca oleh bangsa Arab (umat Islam) dan rencana jahatnya diketahui. Namun dengan tenang ia menjawab serangan kaumnya, katanya: “Tenanglah, pecayalah padaku, bangsa Arab (dan juga Melayu –Pent) tidak akan membacanya, kerana mereka tidak suka dan malas membaca”.
Inilah kenyataan pahit yang dimiliki suatu umat yang ayat pertama dalam kitab yang diturunkan kepadanya memerintahkan; “Iqra” (bacalah).
Ternyata mereka malas dan tidak suka membaca. Kalaupun membaca, mereka tidak pandai memahami, kalaupun memahami, mereka tidak bersungguh-sungguh dalam melaksanakannya.
KEKUATAN AMAL KITA DI SIA-SIAKAN
Amat menyedihkan, umat kita merupakan umat yang paling sedikit dalam berbakti dan amal perbuatannya, tetapi yang paling banyak bercakap dan berdebat. Kita banyak bicara dan sedikit kerja. Andaikata bekerja, kita hanya mengerjakan sesuatu yang kurang penting dan meninggalkan yang penting, malah kadang-kadang kita mengerjakan yang tidak bermanfaat sedikitpun.
Saya banyak mengikuti seminar Islam dan banyak keputusan yang sudah disepakati untuk dilaksanakan, tetapi sedikit sekali yang dilaksanakan dan sebahagian besar hanya di atas kertas.
KEKUATAN EKONOMI KITA DI SIA-SIAKAN
Kekuatan ekonomi kita disia-siakan, padahal kita hidup di bumi terbaik, yang paling baik daerahnya, paling subur tanahnya, paling kaya bahan galiannya, tetapi kita tidak memanfaatkan kekayaan itu.
KEKUATAN TENAGA KITA SIA-SIAKAN
Kekuatan tenaga manusia kita sia-siakan, meskipun kita selalu membangga diri dengan jumlah yang sangat ramai, tetapi apalah ertinya jika membuat hal masing-masing tanpa mempedulikan orang lain.
Seharusnya kita mengambil manfaat dari kekuatan tenaga manusia (manpower) kita, seperti yang diajarkan Jamaluddin al-Afghani kepada bangsa India dahulu. Katanya: “Jika kekuatan jutaan kamu itu berupa lalat yang meraung-raung di telinga Inggeris, tentu kamu akan berhasil memecahkan telinga mereka”.
KEKUATAN JIWA KITA SIA-SIAKAN
Musibah paling tragis yang menimpa umat kita dewasa ini ialah menjadikan agama sebagai permainan dan senda gurau dan menjadikan permainan dan senda gurau sebagai agama!
Bagaimana tidak, kita telah tergila-gila menghiasi tembok masjid dengan ayat-ayat al-Quran, tetapi tidak menghias kehidupan kita dengan al-Quran. Kita membacakan al-Quran untuk orang-orang mati, tetapi tidak mengajarkannya kepada orang-orang hidup! Kita berusaha memiliki al-Quran, membawanya berkah, padahal berkah yang hakiki terletak dalam mengikuti perintah-Nya dan menjauhi larangan Nya.
Saya selalu mengatakan dan akan selalu mengatakan, bahawa kunci keperibadian umat ini dan kebanggaan kekuatannya terletak pada keimanan kepada Islam, yang telah menjadikannya sejak dahulu sebagai umat terbaik yang dikirimkan untuk seluruh manusia dan telah memberikan kemenangan atas golongan kuasa besar, meskipun kekuatan tenaga manusianya sedikit dan kelengkapan senjatanya sangat minima.
Kita memiliki aqidah terbesar, risalah paling lengkap, kita memiliki kitab Ilahi satu-satunya yang terjaga dari kerosakan dan pemindaan oleh tangan-tangan jahat, namun kita dilanda lupa diri, tidak menyedari sumber tenaga dan kekuatan yang ada pada diri kita sendiri.
Rahsianya terletak pada penyakit yang merosak batin kita, berupa rasa cinta dan keinginan pada hal-hal yang gemerlapan, lebih senang hidup bermegah-megah yang dinamakan oleh hadith itu sebagai “wahan” dan ditafsirkan sebagai “Cinta dunia dan takut mati!”
Maka tidak menghairankan, kalau umat yang terbilang seribu juta itu, terdiri dari umat yang berlutut di bawah si Yahudi yang hanya berjumlah tiga juta!.
TANGGUNGJAWAB PARA PENGUASA
Memang pertanggungjawaban terbesar atas kesalahan-kesalahan yang telah menjerumuskan kita, terletak di bahu para penguasa kita.
Tetapi yang jelas juga bahawa para penguasa itu pada umumnya sama saja dengan rakyatnya, kerana mereka merupakan lambang keadaan masyarakatnya.
TANGGUNGJAWAB PARA ULAMA
Memang ramai ulama’ yang tidak menunaikan tugasnya dengan baik dalam menyampaikan agama Allah dan ada pula di antara mereka yang membonceng kenderaan pemerintah dan menjadikan ilmu ( agama ) sebagai hamba politik dan menjadikan dirinya seperti mesin pengeluar ‘fatwa’ , sesuai pesanan orang atasannya.
Sebenarnya ulama’ dewasa ini bukan lagi sebagai pemain tunggal seperti halnya pada zaman dahulu. Kerana pemilik media cetak, elektronik dan pusat-pusat penerangan nampaknya lebih kuat pengaruhnya dalam masyarakat, daripada ulama’ yang berpidato dari atas mimbar. Meskipun mereka masih memiliki pengaruh kuat yang tidak dimiliki oleh yang lain.
Salah seorang bertanya pada seorang penguasa tentang kekuatan al-Imam al-Hasan al-Bashri dan ketegasannya yang tidak tergoyah. Maka Gabenor negeri itu menjawab secara terus terang: “Kami perlukan agamanya, tetapi dia tidak perlukan dunia kami”.
TANGGUNGJAWAB MASYARAKAT
Saya masih ingat, pada suatu hari seorang pendengar menegur gurunya selesai memberikan ceramahnya, katanya: “Saya telah mendengar dan mengikuti ceramah yang bapa berikan selama tiga puluh tahun, lalu apa yang telah bapa lakukan?”
Jawapan guru itu membuat muridnya terdiam, katanya, “Kalau telah tiga puluh tahun mendengarkan ceramahku, lalu sudah sejauh mana kamu melakukannya?”
.......................................................****..................................................
Sama-sama kita renungkan..sama-sama kaji..fikir..dan muhasabah. mana yang boleh kita baiki, cuba la baiki, cuba buat yang terbaik untuk agama kita, ISLAM..
Mulakan dengan perbaiki diri, islahkan diri dan tarbiyah diri ..Insyaallah, kita mampu mentarbiyah orang lain juga...
"sesungguhnya Allah tidak memandang pada hasilnya, tapi yang dilihatNya ialah usahamu.."
Sumber : Prof Dr. Yusof al-Qardhawi (karangan asal)
Appreciate and Learn it..
Posted by
** Ratu Syahadah**
on Tuesday, April 27, 2010
/
Comments: (2)
Assalamualaikum w.b.t..
Alhamdulillah..Ketemu lagi dalam sesi kali ini
post kali ni santai2 saje..Mungkin berkisar peribadi sikit..hehe
Erm..sekarang ni mungkin ada sahabat2 kita yang dah pun selesai bergelut ngan Final Exam..dan masih ada yang masih bertarung lagi..kepada yang belum selesai, go..go..kill the exam paper, if not, 'they' will kill us..hahahaaa.
Sebenarnya hajat dihati tak nak cakap pasal exam.. kalau menjengah blog kawan2, boleh kata most of them duk citer pasal exam..Stop dulu citer pasal exam ek..Saya da lepas 4 paper dan kini hanya tinggal 1 paper je lagi..last paper is the killest paper.. General Chemistry, 4 jam kredit tuh..Tak kisah la, janji saya mesti score betul2 subjek ni..masih punye masa nak study betul2 memandangkan gap time masih berbaki 5 hari.. Doakan..huhuhu. (^_^)
Tak pala, alang2 da citer pasal exam ni, nak share disebalik tabir hidup2ku dan kawan2 di sini.di UMK.huhu.. pada kaca mataku, exam kali ni kelihatan ramai antara kawan2 sekeliling saya ni mula bangun dari mimpi, sejarah lama mungkin..ramai yang da mula realize yang dorang dah di alam kampus,bukan lagi di matrikulasi atau alam stpm... Kalau sem lepas kebanyakan mereka duk melayan perasaan 'frust' tercampak kat UMK ni, (saya termasuk tak ek??)... kali ni sudah nampak pembaikan..perkembangan yang baik walaupun hakikatnya tak akan pernah sama macam environment study Universiti-universiti lain...we should not compare it. All depends on us..We deserve to decide.. its okay, saya faham.!!
hmm..rupe-rupenye masih ramai kawan2 kat sini masih mengintai peluang n ruang untuk keluar dari UMK..Dengar2 ramai yang dapat tawaran spa8..mostly kos yang ditawarkan relate ngan medic macam MA, farmasi n so on. My roomate n coursemate pun ada dapat juga..aku?? saya pun pernah dapat juga dulu..da pernag pergi interview pun..tapi Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untukku. Terpaksa akur pada takdirNya..sudah beberapa kali juga saya cuba nak skip from here, tapi last2 saya masih disini..memang da kena realise dah, disini tempatku..medanku di UMK..di bumi kelantan, bumi serambi mekkah ini. Hasrat nak tukar kos juga nampaknya macam terpaksa dibuang jauh2 kerana saya dah terikat ngan biasiwa JPA.. nantikan tak pasal2 kena bayar ganti rugi..Bukan senang orang nak taja kos macamku ni.Alhamdulillah..disebalik kesulitan tu, pasti tersembunyi pertolonganNya.. At least, saya da tak perlu fikir soal kewangan,. kalau nak compare ngan kawan2 lain, saya patut bersyukur sebab dorang terpaksa pinjam PTPTPU..Padahal dorang pun bukan suka pun kos yang dapat..
Apa sebab saya reject spa8?? haah.. setelah dipertimbangkan, rupe2nye saya sedar, memangla tak mau stay kat UMK, tapi saya tak nak jadi keluar dari mulut buaya, masuk ke dalam mulut harimau..huhuhu. Tak nak juga jadi cam yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran..Tambahan pula, yang menginterview saya tu tak setuju saya masuk spa8.. Apa dia kate?? hah, dia habaq result spm punyerla gempak, rugi la lau nak masuk spa8 je. memang spa8 ni boleh dikatekan mudah dan terjamin, tapi ia tak semudah apa yang difikirkan sebenarnya..Fikir2la sendiri ye..Encik tu prefer saya teruskan dengan my first degree, then sambung master and PHD..InsyaAllah, kalau Allah da tetapkan itu terbaik untuk diriku, peluang tu tak ke mana.. Cuma sekarang perlu bersungguh-sungguh..Study..Fokus betul2..I should success in my first degree~ngee~
Disebabkan motivasi percuma tu sebagai rewardku datang dari jauh tuk interview yang tut..tut..aku yang mengfailedkan diri aku..Aku masih disini..!!Teruskan hidupku di UMK. Di bumi kelantan ini!! rase bersalah pun ada sebenarnya coz bukan saje memutuskan harapan mak yang memang setuju saya pergi, tapi my beloved father.. kena drive jauh2 n ambil cuti..hehe. Ni la susah dapat anak yang tak berpendirian cam aku ni..Dulu lepas spm, situasi yang sama juga saya alami. dan perkara yang sama juga saya buat..takpe2 lupakan..~~minta maaf, sory, afwan sebab tak dapat nak jadi apa yang kalian harapkan.. biarlah adik2 dibelakangku yang menyambung impian itu..>>
Saya mahu belajar melupakan itu..menguburkan cita2 yang tak kesampaian itu.. belajar menerima apa yang dah ditentukanNya..belajar dan terus belajar....BELAJAR untuk belajar..!!! Bumi kelantan menjadi saksi kekecewaanku.. Mungkin akan ada banyak benda yang ku peroleh kelak dari bumi serambi mekkah ni.Apa mungkin ada lagi peluang untukku??.. saya penat da nak fikir..Enjoy apa yang ada depan mata..life is a long journey. takkan da nak buat roadblocked kat tengah2 jalan yang hanya beberapa kilometer yang baru kutempuhi..sampai bila pun tak akan sampai kat destinasi dituju kalau asyik2 nak u-turn je.. Kadang2 time nak u-turn pun boleh accident..So, its better to go on with the road that had been taken although sometimes the road is not straight..it's a life..Remember, today is for us,, so why not we enjoy it??~~ successful is not a destination, it is a journey..~~.
Buat kawan2ku , fikirlah semasak2, sedalam2 dan sebetul2nya..nak terima ke tak tawaran tu.. Buat solat istikharah.. jangan pening2.hehe. Semoga Allah tunjukkan yang terbaik untuk hidup dunia dan akhirat ang!! kalau da sayangkan degree, go on je la.. nanti kan tak pasal2 hilang kawan yang nak teman makan aiskrim + makan kat kafe..huhu..walau kadang2 'kau' sangat menyakitkan hati, tapi best la kawan ngan 'kau'. takpe2.adab dalam berkawan.. 'aku' da boleh terima 'kau' seadanya..n harap 'kau' pun sama.. apa pun keputusannya, saya sokong je.hehe
Haaa, ada lecturer kat cni bagitau, kate2nya masih saya simpan. He said that the first degree just a certificate to get a job. erm..boleh terima ke statement tu?.. Hakikatnya, itulah realiti sekarang kan. Betulkan niat juga dalam menuntut ilmu. apa pun, dia dah fly pg Australia, sambung master kalu tak clap. Semoga berjaya, Sir Rizal.. Dekan fakulti saya always remind us, he said that if you choosed that way (the course taken), just go on with that( never turn back)..and work hard for that.. Betul tu kate2 Prof.. kalau dah kita ditakdirkan untuk berada disini, terima n redhalah dengan pilihan dariNya. Prof ni antara graduan UKM yang mendapat First Class Honour degree..Tahniah prof! kalau tengok dari penampilannya, memang tak dinafikan, beliau seorang yang dedikasi dan komited..Bertuah FASA dapat dean mcm beliau. Tanpa FASA, siapalah UMK.hahaha. FASA is the biggest faculty kat sini UMK..~lala~~~
hargailah insan2 sekeliling kita, tak kira la sapa pun dia, baik orang kenamaan atau tukang sapu sekalipun..manusia dijadikan pelbagai ragam dan sifatnya..sesungguhnya Allah jadikan manusia pelbagai2 itu untuk kita saling mengenali..banyak yang kita dapat belajar daripada mereka..kadang2, kita tak perlu mencari insan2 yang sempurna, cukuplah kita rasa sempurna apabila bersamanya..mungkin ramai yang mengahadapi masalah dengan suasana.. suasana yang sedang kita lalui memang berbeza dari kehidupan kita dulu yang sangat kita rindui.. kalau diberi peluang, semestinya kita akan memilih untuk kembali pada saat-saat yang indah2..
Contohla, mungkin dulu kita di matrikulasi sentiasa dikelilingi dengan insan2 yang sangat membantu kita baik dalam akademik mahupun pendekatan rohani..selalu berusrah..selalu solat berjemaah..study bergroup2..walaupun pembelajaran di matrik lebih susah berbanding di alam kampus, tapi kenapa dahulu kita mampu lalui tu semua dengan tenang dan sabar? dan kenapa tidak untuk kehidupan yang sekarang?? kawan2, usrah, solat jemaah merupakan catalyst sahaja, pangkal pokoknya adalah diri kita sendiri.. Kita yang tentukan.!! kita hanya ada 2 pilihan..mahu atau tidak mahu..??
Hakikatnya, kekuatan yang telah kita bina dahulu tak akan pernah sama dengan kekuatan yang sekarang..jika dahulu kita kuat, sekarang kita dah jadi lemah.. kalau da lemah tu faham2 jela..Down tahap kritikal. kalau menghidap kanser, dah tahap ke3, kritikal time.. hanya yang betul2 mantap keyakinan pada Nya sahaja yang mampu melepasi waktu kritikal tu.. tapi ingatlah, kekuatan yang kita bina dahulu sebenarnya yang membantu kita untuk menggagahi kita untuk terus menjadi khalifah bumi ini..pada saat dan detik ini..Yelah, masakan kekuatan yang telah digunakan akan bertambah setelah digunakan?? Melainkan kita yang menambahkan kekuatan itu.. Kekuatan itu perlu ditopup..perlu dicari.. ia tak akan datang melayang..Turun naik kekuatan tu bergantung pada hubungan kita denganNya..lebih tepat tahap iman kita.. cakap pasal iman, semua tahu, iman kan yazid wayankus..
Jadi, dalam semua tu, kita yang akan decide untuk menentukan tahap iman kita. samada nak terus hanyut..atau nak bangkit kembali.. Orang yang nak bangkit dari jatuh brgantung pada tahap imunisasi dalaman seseorang. ada yang bila dah bertekad, teru s terbang tinggi tanpa menoleh ke belakang..dan ada juga yang lambat macam kura2, tapi tetap sampai juga akhirnya..mungkin ada juga orang yang macam katak dalam kaca, nampak benda tu baik, tapi malas nak berubah kerana sidah selesa dengan keadaan begitu..so, kat mane kita nbak letakkan diri kita, kita yang tentukan.. ketahuilah bahawa, berubah , berhijrah adalah satu proses.. apabila melibatkan proses, ianya perlu step by step. lakukan perlahan-lahan, yang penting istiqamah.. apa yang penting, mulakan langkah pertama..hijrah vs kalah....
Erm..setakat ini saja lah dulu untuk post kali ini.. Sekadar nak berkongsi sahaja. itu hanyalah pandangan peribadi saja. apa2 bantahan dan izin laluan, saya alu-alukan .hahaha.. Ok la, note2 chemistry dah memanggil2 untuk disentuh.. dahla kena siapkan assignment lagi. Takpe2 lecturer nak tolong kami tu, nak tolong upkan markah carymark kitorang.. lalaa~~~
Last of my word, appreciate..hargai..sayangi..dengan kata lain bersyukurlah dengan apa yang Allah izin kita miliki dan lalui..kalau tak nak belajar appreciate apa yang ada disekeliling kita, at least belajarlah appreciate diri sendiri.. Hargai nikmat yang paling besar yang kita miliki sekarang, iman dan islam. Hargailah dan sayangilah semua itu even binatang2..pokok2..dan all around us.. appreciate and learn something. Moga ianya dapat mendekatkan lagi hubungan kita dengan-Nya. Wallahualam~~
wassalam..

Beralih pula pada seorang lagi lecturer yang sangat membantu..Miss nabilah. Dia ni mengajar saya Basic Math sem lepas.tapi she also was not here.. also futher study abroad, in Ireland..continue her PHD..Nampaknya, tak sia2 kegagalan aku di Pasum dulu tak dapat score A dalam math sebab ianya berbalas, alhamdulillah dapat score A time first sem tuk subjek tue. Dapat kubuktikan yang aku masih setia ngan math.haha.
Tapi..kucukup empati juga kat miss ni, sebab dia menghidap satu penyakit kronik.. tahap severe juga la.. Selalu je pucat2..dan pengsan. Kesian kat miss, tapi dugaan tu yang menunjukkan betapa Allah sayang kat dia.. kalau kita terlalu perfect, mana kita nak nampak Dia kan?? Semuanya ada hikmah. Sabar ye miss... semoga berjaya dunia akhirat dan dikurniakan kesihatan yang baik.. Erm, the last person i want to share is Miss Ruhil.. Dia mengajar saya subjek Anatomy dan Fisiology haiwan untuk sem ni.. dia sangat supportive dan sporting. kami student SBH ( junior n senior) memang sayang lebih la kat dia ni. dia pun bakal sambung PHD jugak.. Wish you all the best. Goodluck miss.. we'll see again 3 years later..time kitorang nak grad!!(^_^)
Itu lah sedikit sebanyak ifigure-figure yang banyak memotivasikan diriku..saya pun nak ikut jejak mereka jugala.Boleh??(0_0)
.....................................................~~.............................................
Apa yang saya nak sampaikan kan kat sini, hargailah apa yang kita berpeluang memilikinya, tak kira apa sekalipun.. insan sekeliling kita, opportunity yang ada depan mata, makhluk2 disekeliling kita and so on.. hargailah!! ianya mungkin datang hanya sekali, ketepikan apa perasaan kita yang sentiasa oppose terhadap apa yang kita sedang hadapi.Disebalik apa yang kita tak suka , yang sangat memenatkan , kesusahan, kekecewaan, kegagalan,..benda2 tu la yang mematangkan kita..menyedarkan kita..mengajar kita. mengajar kita macam2.Mungkin kadang2 kita yang terlepas pandang dek kerana kita da setkan mind kita....
hargailah insan2 sekeliling kita, tak kira la sapa pun dia, baik orang kenamaan atau tukang sapu sekalipun..manusia dijadikan pelbagai ragam dan sifatnya..sesungguhnya Allah jadikan manusia pelbagai2 itu untuk kita saling mengenali..banyak yang kita dapat belajar daripada mereka..kadang2, kita tak perlu mencari insan2 yang sempurna, cukuplah kita rasa sempurna apabila bersamanya..mungkin ramai yang mengahadapi masalah dengan suasana.. suasana yang sedang kita lalui memang berbeza dari kehidupan kita dulu yang sangat kita rindui.. kalau diberi peluang, semestinya kita akan memilih untuk kembali pada saat-saat yang indah2..
Contohla, mungkin dulu kita di matrikulasi sentiasa dikelilingi dengan insan2 yang sangat membantu kita baik dalam akademik mahupun pendekatan rohani..selalu berusrah..selalu solat berjemaah..study bergroup2..walaupun pembelajaran di matrik lebih susah berbanding di alam kampus, tapi kenapa dahulu kita mampu lalui tu semua dengan tenang dan sabar? dan kenapa tidak untuk kehidupan yang sekarang?? kawan2, usrah, solat jemaah merupakan catalyst sahaja, pangkal pokoknya adalah diri kita sendiri.. Kita yang tentukan.!! kita hanya ada 2 pilihan..mahu atau tidak mahu..??
Hakikatnya, kekuatan yang telah kita bina dahulu tak akan pernah sama dengan kekuatan yang sekarang..jika dahulu kita kuat, sekarang kita dah jadi lemah.. kalau da lemah tu faham2 jela..Down tahap kritikal. kalau menghidap kanser, dah tahap ke3, kritikal time.. hanya yang betul2 mantap keyakinan pada Nya sahaja yang mampu melepasi waktu kritikal tu.. tapi ingatlah, kekuatan yang kita bina dahulu sebenarnya yang membantu kita untuk menggagahi kita untuk terus menjadi khalifah bumi ini..pada saat dan detik ini..Yelah, masakan kekuatan yang telah digunakan akan bertambah setelah digunakan?? Melainkan kita yang menambahkan kekuatan itu.. Kekuatan itu perlu ditopup..perlu dicari.. ia tak akan datang melayang..Turun naik kekuatan tu bergantung pada hubungan kita denganNya..lebih tepat tahap iman kita.. cakap pasal iman, semua tahu, iman kan yazid wayankus..
Jadi, dalam semua tu, kita yang akan decide untuk menentukan tahap iman kita. samada nak terus hanyut..atau nak bangkit kembali.. Orang yang nak bangkit dari jatuh brgantung pada tahap imunisasi dalaman seseorang. ada yang bila dah bertekad, teru s terbang tinggi tanpa menoleh ke belakang..dan ada juga yang lambat macam kura2, tapi tetap sampai juga akhirnya..mungkin ada juga orang yang macam katak dalam kaca, nampak benda tu baik, tapi malas nak berubah kerana sidah selesa dengan keadaan begitu..so, kat mane kita nbak letakkan diri kita, kita yang tentukan.. ketahuilah bahawa, berubah , berhijrah adalah satu proses.. apabila melibatkan proses, ianya perlu step by step. lakukan perlahan-lahan, yang penting istiqamah.. apa yang penting, mulakan langkah pertama..hijrah vs kalah....
Erm..setakat ini saja lah dulu untuk post kali ini.. Sekadar nak berkongsi sahaja. itu hanyalah pandangan peribadi saja. apa2 bantahan dan izin laluan, saya alu-alukan .hahaha.. Ok la, note2 chemistry dah memanggil2 untuk disentuh.. dahla kena siapkan assignment lagi. Takpe2 lecturer nak tolong kami tu, nak tolong upkan markah carymark kitorang.. lalaa~~~
Last of my word, appreciate..hargai..sayangi..dengan kata lain bersyukurlah dengan apa yang Allah izin kita miliki dan lalui..kalau tak nak belajar appreciate apa yang ada disekeliling kita, at least belajarlah appreciate diri sendiri.. Hargai nikmat yang paling besar yang kita miliki sekarang, iman dan islam. Hargailah dan sayangilah semua itu even binatang2..pokok2..dan all around us.. appreciate and learn something. Moga ianya dapat mendekatkan lagi hubungan kita dengan-Nya. Wallahualam~~
wassalam..
Pesona Dunia..
Posted by
** Ratu Syahadah**
on Sunday, April 25, 2010
/
Comments: (0)
Indah dunia yang mempesona
Bagai dian terang menyala
Sehingga kan padam akhirnya
Dunia ini hanya pinjaman
Untuk menguji keimanan
Akhirat nanti yang menentukan
Balasan syurga ataupun neraka
Mengapakah dunia yang dikejari
Sedangkan iakan ditinggalkan pergi
Apalah gunanya harta di sisi
Tika jasad terkubur terkaku mati
Bayangkanlah jika di dunia ini
Bekalan terhenti mudah dicari
Bagaimana pula di sana nanti
Tanpa bekal pahala kita yang rugi
Bersyukurlah sentiasa
Dengan apa yang ada
Adakala harta dunia
Belum tentu membantu kita
Menjadi bebanan dan menyusahkan..
“Dan tiadalah kehidupan dunia ini melainkan senda gurau dan main-main. Dan sesungguhnya akhirat itulah yang sebenarnya kehidupan, kalau mereka mengetahui.” (QS Al-Ankabut ayat 64)
Panahan Cinta Al-khaliq
Posted by
** Ratu Syahadah**
/
Comments: (0)
Assalamualaikum..
Sedikit perkongsian tentang satu kisah..
Jom layan..
Dikisahkan dalam sebuah kitab karangan Imam Al-Ghazali bahawa pada suatu hari Nabi Isa a.s berjalan di hadapan seorang pemuda yang sedang menyiram air di kebun. Bila pemuda yang sedang menyiram air itu melihat kepada Nabi Isa a.s berada di hadapannya maka dia pun berkata, "Wahai Nabi Isa a.s, kamu mintalah dari Tuhanmu agar Dia memberi kepadaku seberat semut Jarrah cintaku kepada-Nya. "Berkata Nabi Isa a.s, "Wahai saudaraku, kamu tidak akan terdaya untuk seberat Jarrah itu." Berkata pemuda itu lagi, "Wahai Isa a.s, kalau aku tidak terdaya untuk satu Jarrah, maka kamu mintalah untukku setengah berat Jarrah."
Oleh kerana keinginan pemuda itu untuk mendapatkan kecintaannya kepada Allah, maka Nabi Isa a.s pun berdoa, "Ya Tuhanku, berikanlah dia setengah berat Jarrah cintanya kepada-Mu." Setelah Nabi Isa a.s berdoa maka beliau pun berlalu dari situ. Selang beberapa lama Nabi Isa a.s datang lagi ke tempat pemuda yang memintanya berdoa, tetapi Nabi Isa a.s tidak dapat berjumpa dengan pemuda itu. Maka Nabi Isa a.s pun bertanya kepada orang yang lalu-lalang di tempat tersebut, dan berkata kepada salah seorang yang berada di situ bahawa pemuda itu telah gila dan kini berada di atas gunung.
Setelah Nabi Isa a.s mendengar penjelasan orang-orang itu maka beliau pun berdoa kepada Allah S.W.T, "Wahai Tuhanku, tunjukkanlah kepadaku tentang pemuda itu." Selesai sahaja Nabi Isa a.s berdoa maka beliau pun dapat melihat pemuda itu yang berada di antara gunung-ganang dan sedang duduk di atas sebuah batu besar, matanya memandang ke langit. Nabi Isa a.s pun menghampiri pemuda itu dengan memberi salam, tetapi pemuda itu tidak menjawab salam Nabi Isa a.s, lalu Nabi Isa berkata, "Aku ini Isa a.s."Kemudian Allah S.W.T menurunkan wahyu yang berbunyi, "Wahai Isa, bagaimana dia dapat mendengar perbicaraan manusia, sebab dalam hatinya itu terdapat kadar setengah berat Jarrah cintanya kepada-Ku. Demi Keagungan dan Keluhuran-Ku, kalau engkau memotongnya dengan gergaji sekalipun tentu dia tidak mengetahuinya."
Begitulah digambarkan betapa panahan cinta Al-khaliq sangat berbisa. Jika panahan cinta sesama manusia itu dikatakan dahsyat, lebih dahsyat lagi saat seorang hamba bertemu cinta sang PenciptaNya.. Cinta yang hakiki.
"..tanda kasih yang abadi dalam senang jua dalam kesempitan, kasih Ilahi tiada bersempadan , tak memilih siapa, tidak berakhir..kekal selamanya.."
Apa yang didamba selain Cinta Rabb-mu..??
cintakan bunga, bunga kan layu..
cintakan teman, teman kan pergi..
cintakan harta, harta tak dibawa mati..
cintakan pangkat, pangkat tak bawa kemana..
cintakan dunia, akhirat disisihkan..
pangkat dan jua harta tak menjanjikan kebahagiaan..
cantik dan keayuan wajah akan udar akhirnya..
kemiskinan didunia tak beerti kau terhina,
itu hanya di pandangan mata..
kemewahan tak bermakna hidupmu akan sentosa,
kesempurnaan Tuhan menilainya.
Barangsiapa yang mengakui tiga perkara tetapi tidak menyucikan diri dari tiga perkara yang lain maka dia adalah orang yang tertipu.;

1. Orang yang mengaku kemanisan berzikir kepada Allah, tetapi dia mencintai dunia.
2. Orang yang mengaku cinta ikhlas di dalam beramal, tetapi dia ingin mendapat sanjungan dari manusia.
3. Orang yang mengaku cinta kepada Tuhan yang menciptakannya, tetapi tidak berani merendahkan dirinya.
Rasulullah S.A.W telah bersabda, "Akan datang waktunya umatku akan mencintai lima lupa kepada yang lima :
1. Mereka cinta kepada dunia. Tetapi mereka lupa kepada akhirat.
2. Mereka cinta kepada harta benda. Tetapi mereka lupa kepada hisab.
3. Mereka cinta kepada makhluk. Tetapi mereka lupa kepada al-Khaliq.
4. Mereka cinta kepada dosa. Tetapi mereka lupa untuk bertaubat.
5. Mereka cinta kepada gedung-gedung mewah. Tetapi mereka lupa kepada kubur."
Wallahualam..
Sungguh, mati itu satu peringatan!!
Posted by
** Ratu Syahadah**
on Tuesday, April 20, 2010
/
Comments: (0)
Pesan Roh Kepada Manusia
Apabila roh keluar dari jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya kecuali jin dan manusia.Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata : "Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirahat daripada seretan malaikat maut".Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu:
"Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas.Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh". Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu :"Demi Allah, wahai orang yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh".
Setelah dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengafani kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri, anak-anak, isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak dapat melihat lagi sampai Hari Kiamat. Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan :
"Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meninggalkan isteriku menjadi janda. Maka janganlah kamu menyakitinya.Anak-anakku telah menjadi yatim dan janganlah kalian menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari itu aku telah keluar dari rumahku dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka buat selama-lamanya".
Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi diserunya kepada jemaah supaya jangan mempercepatkan mayatnya ke kubur selagi belum mendengar suara anak-anak dan sanak saudara buat kali terakhir. Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah, roh pula berpesan: "Wahai Kekasihku, wahai saudaraku dan wahai anak-anakku, jangan kamu diperdaya dunia sebagaimana ia memperdayakan aku dan janganlah kamu lalai ketika ini sebagaimana ia melalaikan aku".
"Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang aku telah aku kumpulkan untuk warisku dan sedikitpun mereka tidak mahu menanggung kesalahanku". "Adapun didunia, Allah menghisab aku, padahal kamu berasa senang dengan keduniaan. Dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku".
Ada satu riwayat drp Abi Qalabah mengenai mimpi beliau yang melihat kubur pecah. Lalu mayat-mayat itu keluar dari duduk di tepi kubur masing-masing. Bagaimanapun tidak seorang pun ada tanda-tanda memperolehi nur di muka mereka. Dalam mimpi itu, Abi Qalabah dapat melihat jirannya juga dalam keadaan yang sama. Lalu dia bertanya kepada mayat jirannya mengenai ketiadaan nur itu. Maka mayat itu menjawab:
"Sesungguhnya bagi mereka yang memperolehi nur adalah kerana petunjuk drpd anak-anak dan teman-teman. Sebaliknya aku mempunyai anak-anak yang tidak soleh dan tidak pernah mendoakan aku". Setelah mendengar jawapan mayat itu, Abi Qalabah pun terjaga. Pada malam itu juga dia memanggil anak jirannya dan menceritakan apa yang dilihatnya dalam mimpi mengenai bapa mereka. Mendengar keadaan itu, anak-anak jiran itu berjanji di hadapan Abi Qalabah akan mendoa dan bersedekah untuk bapanya. Seterusnya tidak lama selepas itu, Abi Qalabah sekali lagi bermimpi melihat jirannya. Bagaimanapun kali ini jirannya sudah ada nur dimukanya dan kelihatan lebih terang daripada matahari.
Baginda Rasullullah S.A.W berkata:
Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu."
Sambung Rasullullah S.A.W. lagi: "Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail A.S. Akan menebarkan sayapnya yang di sebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada di sekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail A.S.
" Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S. akan menebarkan sayap di sebelahkiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang di sekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya.
Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T. menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata:
"Tidak ada jalan bagimu mencabut roh orang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah S.W.T." Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada Allah S.W.T.dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu. Lalu Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud:
"Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain." Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu.
Maka berkata tangan: Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dari arah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah, tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan." Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki.
Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata: Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan menghadiri majlis-majlis ilmu." Apabila gagal malaikat maut,mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga.
Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata:Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir.
" Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah.
" Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T. Kemudian Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud:
"Wahai malaikatKu,tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu." Sebaik saja mendapat perintah Allah S.W.T, maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan AsmaAllah S.W.T.
Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada AllahS.W.T maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang. Abu Bakar R.A.telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A:
"Roh itu menuju ketujuh tempat:-
1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyin
4. Roh para syuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.
5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.
7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat." (Nauzubillah. Mohon dijauhkan!!)
Telah bersabda Rasullullah S.A.W: Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:
1. Orang-orang yang mati syahid.
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan Ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah.
.."Tiap jiwa (yang bernafas) itu akan merasai mati" - (Ali Imran : ayat 185)
“Tiap-tiap yang bernyawa akan merasakan mati. Kemudian hanya kepada Kami-lah kamu dikembalikan.” (Qs. Al Ankabut :57)
Bersediakah kita menghadapinya..??

"Beribadatlah seolah-olah kamu akan mati esoknya , Bekerjalah seolah-olah kamu akan hidup selamanya" - Kata-kata Saidina Umar Al-Khatab
Sekadar perkongsian bersama. Wallahuallam..
Wasiat Imam Hassan Al-banna
Posted by
** Ratu Syahadah**
on Sunday, April 18, 2010
/
Comments: (0)
Wahai saudaraku, dengarlah!.
Apa yang saya mahu dari kalimat-kalimat ini ialah untuk membentangkan fikrah anda di
hadapan anda sekelian. Boleh jadi detik-detik getir sedang menanti kita menyebabkan kita akan berpisah. Pada ketika itu saya tidak akan dapat lagi bercakap atau menulis kepada kamu. Oleh itu saya berwasiat kepada anda sekalian, telitilah kalimat ini, ingatilahnya sedaya yang boleh dan bersatulah padanya. Sesungguhnya setiap kalimat ini mengandungi erti-erti yang sangat padat.
Wahai saudaraku;
Anda sekalian bukan satu pertubuhan kebajikan, bukan parti politik, juga bukan suatu badan
yang dibentuk untuk tujuan-tujuan terbatas. Anda sebenarnya adalah suatu roh baru yang
mengalir di hati umat ini dan dihidupkan dengan al Quran. Anda adalah suatu suara yang
bergema tinggi melaungkan dakwah Rasulullah saw. Tidak keterlaluan jika anda merasai
bahawa anda adalah penanggung beban Kenabian setelah kesemua manusia enggan
melakukakannya.
Andainya anda ditanya, kamu mengajak kepada apa..?
Katakanlah, kami mengajak kepada Islam yang di bawa oleh Nabi Muhammad saw. Pemerintahan adalah sebahagian daripada ajarannya.
Kebebasan adalah salah satu dari tuntutannya.

Jika dikatakan kepada anda.. ini adalah politik.
Katakanlah inilah dia Islam dan kami tidak tahu pembahagian seperti ini.

Andainya mereka mengatakan kamu penyeru revolusi.
Katakanlah, kami adalah penyeru kebenaran dan kedamaian. Jika kamu mengganggu dan menghalang dakwah kami, Allah telah membenarkan kami mempertahankan diri dan kamu adalah pengacau yang zalim.
Andainya dikatakan kepada anda;
kamu meminta bantuan dari orang tertentu atau mana-mana pertubuhan,
Katakanlah,
kami hanya beriman kepada Allah sahaja dan kami kufur dengan segala sekutu-sekutu. Jika
mereka berkeras meneruskan permusuhan mereka, katakanlah.. kami tidak mahu orang-orang
yang jahil.

Berimanlah kepada Allah, berbanggalah dengan mengenali dan bergantung kepadaNya.
Janganlah kamu takut dan gerun selain dari-Nya. Tunaikanlah segala kewajipanNya dan
jauhilah larangan-Nya. Berakhlaklah dengan akhlak yang mulia dan sempurna. Jadilah orang orang yang mantap dengan akhlak, mulia dengan apa yang dikurniakan oleh Allah kepada
kamu iaitu kemuliaan orang mukmin dan orang-orang yang bertakwa.
Tatapilah dan kajilah al Quran. Bincanglah Sirah Nabimu. Jadilah orang yang beramal dan
bukannya orang yang suka bercakap dan berdebat. Bila Allah memberikan hidayah kepada
seseorang, maka diberinya ilham untuk beramal. Sesuatu kaum itu tidak sesat selepas mereka
mendapat petunjuk kecuali orang-orang yang suka berdebat. Kasih mengasihilah di antara kamu
dan jaga serapi-rapinya ikatan kamu kerana ia merupakan rahsia kekuatan kamu dan tunjang
kejayaan kamu.
Tetapkanlah diri kamu sehingga Allah membuka di antara kamu dan kaummu
dengan kebenaran. Dialah sebaik-baik pembuka.
Dengar dan patuhlah kepada pemimpin kamu di masa susah dan senang, ketika segar dan lesu.
Mereka adalah simbol fikrah kamu dan penghubung di antara kamu.
Selepas itu tunggulah kemenangan dan sokongan dari Allah. Peluang tetap akan datang dan
janganlah ragu.

Pada hari itu orang-orang mukmin akan merasa gembira dengan pertolongan Allah. Allah akan menolong sesiapa yang dikehendakinya. Dia Maha Berkuasa lagi Penyanyang (Al-Ruum)
Sumber : Antara semalam dan hari ini karangan Imam As-Syahid Hassan Al-Banna
Belajarlah bersabar..
Posted by
** Ratu Syahadah**
on Friday, April 16, 2010
/
Comments: (0)
Hai orang-orang yang beriman jadikanlah sabar dan shalat sebagai penolongmu, sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar. (QS. 2:153)
Dan bersabarlah kamu bersama dengan orang-orang yang menyeru Tuhannya di pagi dan senja hari dengan mengharap keridhaan-Nya; dan janganlah kedua matamu berpaling dari mereka (karena) mengharapkan perhiasan kehidupan dunia ini; dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya telah Kami lalaikan dari mengingat Kami, serta menuruti hawa nafsunya dan adalah keadaannya itu melewati batas. (QS. 18:28)
Sekarang Allah telah meringankan kepadamu dan Dia telah mengetahui padamu bahwa ada kelemahan. Maka jika ada diantaramu seratus orang yang sabar, niscaya mereka dapat mengalahkan dua ratus orang; dan jika diantaramu ada seribu orang (yang sabar), niscaya mereka dapat mengalahkan dua ribu orang. Dan Allah beserta orang-orang yang sabar.

(QS. 8:66)
Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk surga, padahal belum nyata bagi Allah orang-orang yang berjihad di antaramu, dan belum nyata orang-orang yang sabar. (QS. 3:142)
Tetapi orang yang bersabar dan memaafkan sesungguhnya
(perbuatan) yang demikian itu termasuk hal-hal yang diutamakan. (QS. 42:43)

Antara Mengeluh dan Sabar
Posted by
** Ratu Syahadah**
/
Comments: (0)
Alkisah...
Pada zaman dahulu ada seorang yang bernama Abul Hassan yang pergi haji di Baitul Haram. Diwaktu tawaf tiba-tiba ia melihat seorang wanita yang bersinar dan berseri wajahnya."Demi Allah, belum pernah aku melihat wajah secantik dan secerah wanita itu,tidak lain kerana itu pasti kerana tidak pernah risau dan bersedih hati."
Tiba-tiba wanita itu mendengar ucapan Abul Hassan lalu ia bertanya, "Apakah katamu hai saudaraku ? Demi Allah aku tetap terbelenggu oleh perasaan dukacita dan luka hati kerana risau, dan seorang pun yang menyekutuinya aku dalam hal ini."
Abu Hassan bertanya, "Bagaimana hal yang merisaukanmu?"
Wanita itu menjawab, "Pada suatu hari ketika suamiku sedang menyembelih kambing korban, dan pada aku mempunyai dua orang anak yang sudah boleh bermain dan yang satu masih menyusu, dan ketika aku bangun untuk membuat makanan, tiba-tiba anakku yang agak besar berkata pada adiknya, "Hai adikku, sukakah aku tunjukkan padamu bagaimana ayah menyembelih kambing ?"
Jawab adiknya, "Baiklah kalau begitu ?"
Lalu disuruh adiknya baring dan disembelihkannya leher adiknya itu. Kemudian dia merasa ketakutan setelah melihat darah memancut keluar dan lari ke bukit yang mana di sana ia dimakan oleh serigala, lalu ayahnya pergi mencari anaknya itu sehingga mati kehausan dan ketika aku letakkan bayiku untuk keluar mencari suamiku, tiba-tiba bayiku merangkak menuju ke periuk yang berisi air panas, ditariknya periuk tersebut dan tumpahlah air panas terkena ke badannya habis melecur kulit badannya. Berita ini terdengar kepada anakku yang telah berkahwin dan tinggal di daerah lain, maka ia jatuh pengsan hingga sampai menuju ajalnya. Dan kini aku tinggal sebatang kara di antara mereka semua."
Lalu Abul Hassan bertanya, "Bagaimanakah kesabaranmu menghadapi semua musibah yang sangat hebat itu ?"
Wanita itu menjawab, "Tiada seorang pun yang dapat membezakan antara sabar dengan mengeluh melainkan ia menemukan di antara keduanya ada jalan yang berbeza. Adapun sabar dengan memperbaiki yang lahir, maka hal itu baik dan terpuji akibatnya. Dan adapun mengeluh, maka orangnya tidak mendapat ganti yakni sia-sia belaka."
Demikianlah cerita di atas, satu cerita yang dapat dijadikan tauladan di mana kesabaran sangat digalakkan oleh agama dan harus dimiliki oleh setiap orang yang mengaku beriman kepada Allah dalam setiap terkena musibah dan dugaan dari Allah. Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda dalam firman Allah dalam sebuah hadith Qudsi,:
" Tidak ada balasan bagi hamba-Ku yang Mukmin, jika Aku ambil kekasihnya dari ahli dunia kemudian ia sabar, melainkan syurga baginya."
Begitu juga mengeluh. Perbuatan ini sangat dikutuk oleh agama dan hukumnya haram. Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda,:
" Tiga macam daripada tanda kekafiran terhadap Allah, merobek baju, mengeluh dan menghina nasab orang."
Dan sabdanya pula,
" Mengeluh itu termasuk kebiasaan Jahiliyyah, dan orang yang mengeluh, jika ia mati sebelum taubat, maka Allah akan memotongnya bagi pakaian dari wap api neraka." (Riwayat oleh Imam Majah)
hmm..bila masanyekan kita nak berhenti mengeluh..?
Pantang je susah ckit.., asyik2 mengeluh.. kena study banyak pun mengeluh sebab study last minute tuk exam ( cam sekarang ni la..), dapat markah cary mark sikit mengeluh ( ni bukan setakat mengeluh da sampai tahap down..)..apa lagi yang kita suka mengeluh?? terlalu banyak....tak larat nak taip semua..tu antara contoh terdekat!!
apa yang kita dapat jika hanya tahu mengeluh?? Bukan setakat mengeluh, kdg2 suka menyalahkan orang lain..
Daripada banyak mengeluh, bazir air liur dan menambahkan lagi sakit dihati, lebih baik kiranya kita fikirkan macam mane nak hadapinya..nak atasi, nak perbaikinya.. Mulakan langkah pertama..Stop give excuse!!
..berhenti bertanya kenapa dan mengapa, tp fikirkan bagaimana..??
p/s : still cannot cofront with that reality?? i'll try it...

Jangan Bersedih Selama Anda Masih Dapat Berbuat Baik Kepada Orang Lain
Posted by
** Ratu Syahadah**
on Wednesday, April 14, 2010
/
Comments: (0)
Berbuat baik untuk dan kepada orang lain merupakan jalan lebar menuju kebahagiaan. Dalam sebuah hadits shahih disebutkan: "Di hari Kiamat nanti, yakni saat Allah menghisab hamba-Nya, Dia akan berkata kepadanya,
'Wahai anak Adam, Aku lapar namun engkau tidak memberiku makan. Hamba itu menjawab, 'Bagaimana mungkin aku memberi-Mu makan, sementara Engkau adalah Rabb semesta alam?' Allah berkata, 'Tidakkah engkau tahu bahwa hamba-Ku, si Fulan ibn Fulan, sedang kelaparan, namun engkau tidak memberinya makan. Ketahuilah, seandainya engkau memberinya makan, maka engkau akan dapatkan semua itu di sisi-Ku.'
'Wahai anak Adam, Aku kehausan namun engkau tidak memberi-Ku minum.' Hamba itu menjawab, 'Bagaimana mungkin aku bisa memberi-Mu minum sementara Engkau adalah Rabb semesta alam?' Allah berkata, 'Tidakkah engkau tahu bahwa hamba-Ku, si Fulan ibn Fulan, sedang kehausan, namun engkau tidak memberinya minum. Ketahuilah, seandainya engkau memberinya minum pasti engkau dapatkan itu di sisi-Ku.'
'Wahai anak Adam, Aku sakit namun engkau tidak menjenguk-Ku.' Hamba itu menjawab, 'Bagaimana mungkin aku bisa menjenguk-Mu sementara Engkau adalah Rabb semesta alam?' Allah berkata, 'Tidakkah engkau tahu bahwa Fulan ibn Fulan sedang sakit, namun engkau tidak menjenguknya. Ketahuilah, seandainya engkau menjenguknya niscaya engkau akan dapatkan Aku di sisinya."
Ada satu hal yang menarik di sini. Dalam firman-Nya: "... niscaya engkau akan dapatkan Aku di sisinya...," berbeda dengan dua sebelumnya: "... engkau akan dapatkan (semua) itu di sisi-Ku ...." Mengapa? Sebab, Allah di hadapan orang yang hatinya hancur tercabik-cabik akan tampak seperti orang sakit. Disebutkan dalam sebuah hadits Rasulullah: "Dalam kesulitan itu ada pahala." Juga harus engkau mengerti bahwa Allah telah memasukkan seorang wanita pezina dari Bani Israel ke dalam surga hanya gara-gara wanita itu memberi minum seekor anjing yang kehausan. Maka, bagaimana dengan orang yang memberi minum dan makan kepada sesama, membantu meringankan beban, dan menghilangkan kesulitan mereka?
Dalam sebuah hadits shahih disebutkan bahwa Rasulullah pernah bersabda, "Barangsiapa memiliki kelebihan bekal, maka hendaknya ia datang dengan bekal itu kepada orang yang tidak memilikinya. Dan barangsiapa memiliki kelebihan kendaraan, maka hendaklah dia datang kepada orang yang tidak memiliki kendaraan."
Hatim, sang penyair itu, mengatakan,
"Jika engkau pemilik unta muda, jangan biarkan
sahabatmu berjalan di belakangnya tanpa kendaraan
Rendahkan kendaraanmu dan naikkan ia jika bisa terbawa.
Itu baik adanya. Jika tidak, bergantianlah."
Hatim juga pernah berkata kepada seorang pelayannya dalam sebuah rangkaian bait syair yang sangat indah, agar mencari seorang tamu. Ia
berkata,
"Nyalakan api, sesungguhnya malam ini sangat dingin,
jika ada tamu yang datang, engkau akan bebas merdeka.
Hatim juga berkata kepada isterinya demikian,
Jika selesai membuat makanan, carilah orang yang akan makan, sebab
aku tidak akan sanggup memakannya seorang diri."
Dia juga pernah berkata seperti ini,
"Ketahuilah, sesungguhnya harta itu akan pergi dan sirna.
Yang tersisa dari harta itu hanyalah pembicaraan dan kenangan.
'Ketahuilah, kekayaan itu tidak ada faedahnya bagi seseorang, yakni
kala nafas di tenggorokan dan dada tak lagi mampu memuat."
Pada kesempatan yang lain dia mengatakan,
"Kekayaan tak menambah kebanggaan atas kaum kerabat dan kami tidaklah merasa terhina dengan kefakiran." Ibnul Mubarak pernah memiliki tetangga seorang Yahudi. Namun, ia selalu lebih dahulu memberi makan tetangganya itu sebelum anak-anaknya sendiri. Bahkan, ia selalu memberi pakaian padanya sebelum memberi pakaian anak-anaknya. Ketika orang-orang menawar rumah si Yahudi itu, "Jual saja tempat tinggalmu itu kepada kami!" Yahudi itu berkata, "Saya akan jual rumahku ini dengan harga dua ribu dinar. Seribu dinar untuk harga rumahku dan seribu lagi karena aku bertetangga dengan Ibnul Mubarak." Mendengar jawaban itu, Ibnul Mubarak dalam doanya selalu memohon demikian, "Ya Allah, tunjukilah ia ke dalam Islam." Dan beberapa saat kemudian, si Yahudi itu pun, dengan izin Allah, akhirnya masuk Islam.
Saat hendak berangkat haji, Ibnul Mubarak bertemu satu rombongan yang bermaksud sama. Dalam rombongan itu, ia melihat seorang wanita yang mengambil bangkai burung gagak dari sebuah tong sampah. Kemudian dia menyuruh pembantunya untuk melihat apa yang dilakukan wanita itu. Orang suruhannya itu bertanya kepada si wanita tentang apa yang dilakukannya tadi. Si wanita itu menjawab, "Selama tiga hari kami hanya makan dari sisa-sisa makanan yang dibuang ke dalam tong sampah." Karena hiba mendengar jawaban itu, Ibnul Mubarak meneteskan air mata. Ia pun memerintahkan agar semua perbekalannya dibagikan kepada rombongan itu. Dan, karena sudah tidak punya bekal lagi maka ia pun pulang. Ia menangguhkan hajinya tahun itu. Dalam tidurnya, ia bermimpi ada orang berkata kepadanya, "Haji yang mabrur, sebuah tindakan yang harus diganjar, dan dosa(mu) telah terampunkan."
Dan, mereka mengutamakan orang-orang Muhajirin atas diri mereka sendiri.
Sekalipun mereka memerlukan apa yang mereka berikan itu.
(QS. Al-Hasyr: 9)
Seorang penyair mengatakan,
"Walaupun aku jauh dari sahabatku, laksana bumi dan langit.
Aku akan mengirimkan pertolanganku dan menghapuskan
kesulitannya.
Aku akan jawab seruan dan panggilan suaranya.
Jika dia memakai pakaian yang indah maka aku tidak akan
mengatakan,
'Seandainya aku diberi pakaian yang baik dari yang ia pakai'."
Ya Allah, sungguh sebuah perilaku yang sangat indah. Sungguh sebuah karunia yang sangat agung. Sungguh sebuah budi pekerti yang sangat mengharukan. Orang yang senang melakukan kebajikan, tak akan pernah menyesal meski sangat banyak kebajikan yang telah dikerjakannya. Tetapi ia justru akan menyesal manakala melakukan kesalahan, meski hanya sebuah kesalahan kecil.
Seorang penyair berkata,
"Kebaikan itu lebih abadi, walaupun itu dilakukan sekali
dan kejahatan adalah bekal terburuk yang engkau usahakan."
Dipetik dari Buku bestseller ~La Tahzan~
4 jenis manusia
Posted by
** Ratu Syahadah**
on Tuesday, April 13, 2010
/
Comments: (0)
1)Mereka yang tidak ada lidah dan tidak ada hati
Mereka ini ialah orang-orang yang bertaraf biasa, berotak tumpul dan berjiwa kerdil yang tidak mengenang Allah dan tidak ada kebaikan pada mereka. Mereka ini ibarat melukut yang ringan, kecuali mereka dilimpahi dengan kasih sayang Allah dan membimbing hati mereka supaya beriman serta menggerakkan angota-anggota mereka supaya patuh kepada Allah.
Berhati-hatilah supaya kamu jangan termasuk dalam golongan mereka.
Janganlah kamu layan mereka dan janganlah kamu bergaul dengan mereka.
Merekalah orang-orang yang dimurkai Allah dan penghuni neraka. Kita minta dilindungi Allah dari pengaruh mereka. Sebaliknya kamu hendaklah cuba menjadikan diri kamu sebagai orang yang dilengkapi dengan Ilmu Ketuhanan, Guru kepada yang baik, Pembimbing kepada agama Allah, Penyampai dan pengajak kepada manusia kepada jalan Allah.Berjaga-jagalah jika kamu hendak mempengaruhi mereka supaya mereka patuh kepada Allah dan beri amaran kepada mereka terhadap apa-apa yang memusuhi Allah. Jika kamu berjuang di jalan Allah untuk mengajak mereka menuju Allah, maka kamu akan jadi pejuang dan pahlawan di jalan Allah dan akan diberi ganjaran seperti yang diberi kepada Nabi-nabi dan Rasul.
Nabi Muhammad SAW pernah bersabda kepada Sayyidina Ali;
"Jika Allah membimbing seseorang melalui bimbingan kamu kepadaNya, maka itu
terlebih baik kepada kamu dari apa-apa sahaja di mana matahari terbit".
2. Mereka yang ada lidah tetapi tidak ada hati
Mereka bijak bercakap tetapi tidak melakukan seperti yang dicakapkannya. Mereka mengajak manusia menuju Allah tetepi mereka sendiri lari dari Allah. Mereka benci kepada maksiat yang dilakukan oleh orang lain, tetapi mereka sendiri bergelumbang dalam maksiat itu.Mereka menunjuk kepada orang lain yang mereka itu Soleh tetapi mereka sendiri melakukan dosa-dosa yang besar. Bila mereka bersendirian, mereka bertindak selaku harimau yang berpakaian.
Inilah orang yang dikatakan kepada Nabi SAW. dengan sabda;
"Yang paling aku takuti dan aku pun takut di kalangan umatku ialah orang alim yang jahat".
Kita berlindung dengan Allah daripada orang alim seperti itu. Oleh itu, larilah dan jauhkan diri kamu dari orang-orang seperti itu. Jika tidak, kamu akan terpengaruh oleh kata-kata manis yang bijak berbicara itu dan api dosanya itu akan membakari kamu dan kekotoran hatinya akan membunuh kamu.
3. Mereka yang mempunyai hati tetapi tidak ada lidah
Dia adalah seorang yang beriman. Allah telah mendindingkan mereka daripada makhluk dan menggantungkan di keliling mereka dengan tabirNya dan memberi mereka kesedaran tentang cacat cedera diri mereka. Allah menyinari hati mereka dan menyedarkan mereka tentang kejahatan yang timbul oleh kerana mencampuri urusan orang ramai dan kejahatan yang timbul oleh kerana mencampuri orang ramai dan kejahatan kerana bercakap banyak.
Mereka ini tahu bahawa keselamatan itu terletak dalam "DIAM" dan bekhalwat.
Nabi SAW. pernah bersabda;
"Barangsiapa yang diam akan mencapai keselamatan".
Sabda baginda lagi;
"Sesungguhnya berkhidmat kepada Allah itu terdiri dari sepuluh bahagian, sembilan darinya terletak dalam diam".
Oleh itu mereka dalam golongan jenis ini adalah Wali Allah dalam rahsiaNya, dilindungi dan diberi keselamatan, bijaksana, rakan Allah dan diberkati dengan keredhoan dan segala yang baik akan diberikan kepada mereka.
Oleh itu, kamu hendaklah berkawan dengan mereka dan bergaul dengan orang-orang ini dan diberi pertolongan kepada mereka. Jika kamu berbuat demikian, kamu akan dikasihi Allah dan kamu akan dipilih dan dimasukkan dalam golongan mereka yang menjadi Wali Allah dan hamba-hambanya yang Soleh.
4.Mereka yang diajak ke dunia tidak nampak(Alam Ghaib), diberi pakaian kemuliaan seperti dalam sabda Nabi SAW;
'Barangsiapa yang belajar dan mengamalkan pelajarannya dan mengajarkan
orang yang lain, maka akan diajak ke dunia ghaib dan permuliakan".
Orang dalam golongan ini mempunyai ilmu-ilmu Ketuhanan dan tanda-tanda Allah. Hati mereka menjadi gedung ilmu Allah yang amat berharga dan orang itu akan diberi Allah rahsia-rahsia yang tidak diberi kepada orang lain.
Allah telah memilih mereka dan membawa mereka hampir hampir kepadaNya.
Allah akan membimbing mereka dan membawa mereka ke sisiNya. Hati mereka akan dilapangkan untuk menerima rahsia-rahsia ini dan ilmu-ilmu yang tinggi. Allah jadikan mereka itu pelaku dan lakuanNya dan pengajak manusia kepada jalan Allah dan melarang membuat dosa dan maksiat. Jadilah mereka itu "Orang-orang Allah". Mereka mendapat bimbingan yang benar dan yang mengesahkan kebenaran orang lain.
Mereka ibarat timbalan Nabi-nabi dan Rasul-rasul Allah. Mereka sentiasa mendapat taufiq dan hidayah dari Allah Yang Maha Agung. Orang yang dalam golongan ini adalah pada peringkat terakhir atau puncak kemanusian dan tidak ada Maqam di atas ini kecuali Kenabian.
Oleh itu hati-hatilah kamu supaya jangan memusuhi dan membantah orang-orang seperti ini dan dengarlah cakap atau nasihat mereka. Oleh itu, keselamatan terletak dalam apa yang dicakapkan oleh mereka dan dalam berdamping dengan mereka, kecuali mereka yang Allah beri kuasa dan pertolongan terhadap hak dan keampunanNya.
Sheikh Abdul Qadir Al-Jailan telah bahagikan manusia itu kepada empat golongan. Sekarang terpulanglah kepada diri kita untuk memeriksa diri sendiri jika kita mempunyai fikiran. Dan selamatkanlah diri kita jika ingin keselamatan. Mudah-mudahan Allah membimbing kita menuju kepada apa yang dikasihiNya dan diredhaiNya, dalam dunia ini dan di akhirat kelak.
~Dipetik dari Kitab Futuuhul Ghaib oleh Sheikh Abdul Qadir Al-Jailani~

p/s : agak2nya kita tergolong dalam golongan yang mane ek?? Wallahuallam..
Thinking....
Posted by
** Ratu Syahadah**
/
Comments: (0)
..thinking something terribly important..
but.. still no answer for that Q..
Ya Allah, berikan aku petunjukMu..
Berikan terbaik untuk hidupku dan agamaku..
Ya Allah, jangan Kau cuba aku melebihi batas mampu dan sabarku...
Ya Allah, peliharalah keikhlasanku..
just only me know about this post!!
~lalaaaaaaaa~
Final oh Exam...
Posted by
** Ratu Syahadah**
on Monday, April 12, 2010
/
Comments: (0)
Buat sahabat2 yang akan menduduki final exam,
Do the best + Be the best + Think the best = ALL THE BEST..!!
Doakan kejayaan bersama..
Ya Allah, permudahkan segala urusan kami !!

Yang dilihat dan diukurNya
bukan sejauh mana usahamu,
tapi sejauh mana TAWAKKAL,
PERCAYA nan jitu &
PERGANTUNGANmu pd-Nya..tp
tidak bermakna tdk perlu berusaha,
usahalah semampumu, tapi..
jangan sesekali beraqidah bahawa
banyaknya usahamu penentu kejayaan,tp
berimanlah bahawa TAWAKKALmu
semata-mata padaNya
penentu kejayaanmu..
Kejayaan bukan milik sesiapa, tp
adalah milik Allah...
Seyakinnya hendaklah dikau
pohon dariNya semata-mata..
Study...study..study...!!!!
lalaaaaaaaa (^_^)
nak 4 flat ke nak Dean List??? hahaha..
Renungan Seketika...
Posted by
** Ratu Syahadah**
/
Comments: (0)
Lengkapkah Islam kita jika...
Hanya mengucap 2 kalimah syahadah
tapi tidak pernah melaksanakan ibadahNya....

Hanya mengaku sebagai hamba Allah
tapi tidak pernah melaksanakan
perintahNya....
Hanya mengaku menyintai Rasullah
tapi tidak pernah mengikut
sunahnya....
tapi tidak pernah mengikut
sunahnya....
Hanya membeli Al-Quran dan
mempamerkannya
tapi tidak pernah mengamalkannya....
mempamerkannya
tapi tidak pernah mengamalkannya....
Hanya sekadar mempercayai
Qadak dan Qadar
tapi tidak pernah redha akan ketentuanNya...
Hanya mengakui kewujudan hari kiamat
tapi tidak pernah membuat persediaan untuknya....