Assalamualaikum..
Salam Jumaat yang mulia..
Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah..
Semester 3 bakal melabuhkan tirai. Pejam celik- pejam celik sudah nak berganti tahun. Masa berlalu begitu pantas. Kadang-kadang kerana masa yang sentiasa bergerak menyebabkan ramai manusia ditinggalkan dan terleka dek kerana setianya jarum jam bergerak. Masa juga banyak mengubah manusia dan keadaan. Masa juga ubat yang paling mujarab untuk mengubat kekecewaan, kegagalan dan kesakitan. Masa juga yang dapat menilai erti sebuah kehidupan.. Yang lebih tepat masa itu emas.Masa ibarat pedang ..Masa dan waktu..
Disaat musim berubah, masa yang sentiasa bergerak dan manusia sentiasa berubah, hanya Dia yang kekal.. Dia ialah Tuhan Yang Maha Kekal. Tiada awal dan tiada akhirnya. Dan hidayah-Nya juga akan sentiasa dilimpahkan tatkala segala isi dunia terus berubah..Siapalah kita tanpa hidayah dan kasih sayangNya,,?? Kita bukan siapa-siapa. Kita sebenarnya tak punyai apa-apa malahan nak memiliki siapa-siapa dalam hidup kita sekalipun. Sebab kita hanyalah hamba.
Pelbagai pengalaman, suke dan duka, manis dan pahit yang silih berganti sentiasa mewarnai hidup manusia. Bagi sesetengah insane, pengalaman telah mematangkan diri dan banyak mengajar hakikat kehidupan . bagi saya, segala pengalaman amat berharga walaupun kadang-kadang pengalaman itu cukup menyakitkan dan kalau boleh malas untuk dikenang-kenang. Itulah kehidupan. Sentiasa diwarnai dengan pelbagai dugaan dan ujian sebagai tarbiyah dariNya tanda kasihNya pada kita. Kehidupan adalah seperti apa yang kita fikirkan. Kehidupan membawa tafsiran yang pelbagai bagi setiap manusia. Sebagaimana tecatat dalam Al-Qur’an kehidupan didunia ini hanyalah satu permainan dan senda gurau.
Kehidupan didunia ini hanyalah sementara. Hanyalah sebagai tempat persinggahan. Kita sedang melayari bahtera kehidupan yang kita tidak pasti bila akan berlabuhnya dan dimana destinasi pelabuhan terakhir kita. Masih jauh atau dekatkah pelayaran kita? Sebagai pelayar yang bijaksana semestinya mereka akan memanfaatkan setiap pelabuhan yang disinggah dengan sentiasa mempersiapkan dengan bekalan-bekalan untuk dibawa bersama kerana mereka tidak pasti berapa jauhkah lagi pelayaran mereka ke pelabuhan berikutnya. So, grab the opportunity in front of our eye. Begitulah juga kehidupan kita sebagai manusia. Sedang menjalani kehidupan didunia yang sementara. Bila tibe saat dan waktu yang ditetapkan, kita pasti dijemput kembali menghadapNya. Andai hari ini, atau esok, bersediakah kita?? Justeru itu, jom kita sama membaiki diri , reflex yang mane dah tak betul dan same-sama berlumba-lumba kearah kebaikan..Fastabiqu khairat...~
Dalam kehidupan kita sebagai manusia tidak lari dari bergaul dan berinteraksi sesama manusia.. Lebih sesuai saya panggil berkawan..berteman..besahabat dan bersaudara.. Berbeza kah semua itu? Ape apa pun, setiap manusia itu bersaudara. Menjadi kewajipan kita untuk menjalinkan hubungan persaudaraan dengan semua umat manusia.Lebih-lebih lagi saudara seislam..satu akidah yang sama.. Menjalinkan Ukhwah islamiyah, ukhwah yang bertunjangkan akidah Islamiyah.Berukhwah..bersahabat adalah nikmat Allah yang sangat istimewa buat kita..
Hakikatnya, kita tak mampu untuk hidup seorang diri. Jadi lone ranger. Kerana memang fitrah manusia itu berpasang-pasangan. Memerlukan teman.Terasa kekosongan dan kesepian sekiranya kita tiada seorang teman pun.Mungkin kita boleh meneuskan hidup dalam keadaan begitu, tapi jauh disudut hati, kita akan selalu rase terasing dan tersisih. Kadang-kadang hidup sorang-sorang itu bagus untuk satu waktu yang singkat.., tapi lagi bagus andai kita berpeluang untuk berteman, andai ada tangan yang menghulurkan pesahabatan, terimalah mereka seadanya. Terasa nikmat bila kita betul-betul menghayati nilai persahabatan yang dibina. Walau siapa pun yang singgah, yang hadir dalam hidup kita, terimalah dan hargailah mereka kerana manusia diciptakan tidak sama..baik dari segi fizikal mahupun sifat. Setiap manusia memiliki keistimewaan tesendiri. Apa yang palin penting dalam sesebuah persahabatan or ukhwah ialah kejujuran, keikhlasan , kepecayaan dan toleransi. Dalam tahapan ukhwah dalam islam yang paling bawah ialah berlapang dada. Elakkan prasangka dalam sesebuah persahabatan. Tahapan yang paling tinggi ialah menyayangi dan mencintai sahabat sebagaimana diri sendiri.
Bak kata seorang sahabat , Srikandiumar93-“ anggaplah ana adalah enti, enti adalah ana”-.kita adalah satu ruh dalam satu jasad. Bagi saya, berukhwah itu memang satu nikmat yang sangat bernilai. Ianya tak mampu dibeli dengan wang ringgit..Kita tak mampu membeli hati dan kasih sayang seorang manusia. So, apa yang mengikat antara hati-hati sahabat? ..DOA.. Doalah menjadi penghubung antara kita dengan Rabb dan dengan doa juga Dia mempertautkan hati-hati manusia dalam berukhwah. Seandainya kita inginkan perkara kebaikan, InsyaAllah, Dia pasti akan mempertemukan kita dengan sahabat yang sama-sama nak kearah itu..Ada yang berpendapat, sahabat sejati tak perlu dicari, ianya akan datang dengan sendiri. Betul juga tu..Apa pun yang menentukan nilai ukhwah seseorang tu bukan manis pada tutur kata, bukan kerapnya pertemuan, tapi betapa kerapnya ingatan sahabat itu untuk mendoakan kita dalam setiap bingkisan doa mereka.
Istimewa seseorang sahabat bukan saja dilihat dari luaran, dari segi layanan dan perhatian, tapi betapa prihatin dan ambil beratnya mereka bila tidak bersama.Kadang-kadang dilihat pada masa kasar kita merasakan kita semakin jauh , tidak selalu bersama, terasa diabaikan, itu bukanlah ukuran. Bagi saya itu bukan ukuran kerana kadang2 saya juga pernah buat bebuat sedemikian ..atas sebab-sebab tertentu..hehe.. Bila mana kita dah terlalu menyayangi sahabat kita, kita sanggup bekorban untuk dia walaupun kdg2 banyak perkara-perkara yang dilihat kecil oleh mata mengaburi segala kebaikan seorang sahabat.. Dalam berkorban, ia tak perlukan pembalasan..Cukuplah kita mampu melihat dia bahagia dari jauh. Kita sentiasa boleh melihat senyumannya.Jauh dilubuk hati kita, kita sentiasa mengharapkan yang terbaik untuk dia. Tapi kdg2 bila dah terlalu sayang kat sahabat, susah nak control perasaan. Kadang-kadang terlalu cepat sensitive, terasa hati, makan hati , cemburu..Sebab tu lah penting kita berukhwah dan berkasih sayang sesama manusia kerana Allah.
Segala-galanya indah andai dilakukan keranaNya. Terasa bahagia walaupun terluka. Terasa terubat walaupun sentiasa disakiti. Saya juga manusia biasa yang tidak sempurna, saya akui saya juga melalui saat-saat itu. So, let’s be positive and optimis dalam bersahabat.
Alhamdulillah, Allah menganugerahkan saya nikmat untuk terus bersahabat. Terima kasih sahabat-sahabat yang sudi menghulurkan tangan untuk bersahabat dengan saya..Saya menyayangi kalian semua. Menyayangi keranaNya..Semoga ukhwah yang terbina mendapat redhaNya dan berkekalan hingga ke hadiqatul jannah..Doa-doakan saya sama. Andai saya terleka, terlalai, jangan pernah tinggalkan saya..pimpinlah saya kembali untuk terus berada pada jalanNya.. Saya perlukan anda semua dan saya sangat menghargai persahabatan yang dihulur. Terimalah saya seadanya.Saya bukan sape2, saya adalah saya. Keikhlasan dan kejujuranmu sahabat yang ku harapkan. Seribu kemaafan dipohon seandainya pernah melukai hati samada melalui tutur kata mahupun tingkah laku sengaja atau tak sengaja.
Akhir kata, salam ukhwahfillah dr sy. Wassalam..
** Jom hayati lirik lagu Embun Hidayah by Hijjaz. (Dedikasi untuk semua sahabat).
Setitis embunan yang jernih
Di hujung dedaunan bersih
Kemilau warnanya bagaikan
Permata disuluh cahaya
Dinginnya menyentuh di jiwa
Menyingkap jendela hati
Itulah setitis hidayah
Membasahi gersang di jiwa
Nurnya bagaikan sinar mentari di hening pagi
Lembut dan dinginnya menusuk ke sanubari
Ia seumpama lentera di kamar diri
Terungkai segala kusut tertegak kebenaran
Tanpa mengira bangsa warna dan rupa
Tertebar petunjuk ke seluruh buana
Islamlah manusia walau di mana jua
Di timur barat selatan dan utara
Hitam putih dan kuning Islam bersaudara
Yang menyatukan semua hanya embun hidayah
Damai seluruh dunia aman alam semesta
Embun hidayah anugerah ALLAH
Hidayah hak milik Tuhan
Kurnia tiada tara
Meniti menerusi lidah Rasulullah
Zaman terus beralih
Musim terus berubah
Embun hidayah akan terus melimpah
Embun hidayah anugerah ALLAH
0 comments:
Post a Comment