Terima dan syukuri...~TAKDIR~


Assalamualaikum wbt..

Bismillahirahmanirrahim……

Sudah lame tidak mencoretkan sesuatu di halaman ini. Bukan tiada yang mahu dikongsi , tapi tak terluah pada pena, ianya hanya disimpan di kotak fikiran saje, kerana kadang-kadang ada benda yang elok dan sesuai dipost dan kadang-kadang ada yang dirasekan tak perlu terutama yang berkaitan masalah diri dan perasaan walhal seharusnya disinilah sepatutnye diluahkan dan dikongsi. Sebenanya saya masih terfikir-fikir, apa perlunya dan kegunaan blog saya ini memandangkan ianya wujud, tapi seolah-olah hidup segan, mati pun tak mahu. So, saya berbalik pada niat asal kewujudan blog saya ini. Saya lebih menfokuskan pada perkongsian dan kadang-kadang termasuk juga personal event saya, takpe kan..?? Apa yang pasti, menyampaikan sesuatu kebaikan itu harus berterusan ..InsyaAllah.

Hari ini, tergerak jari-jemari untuk mengukir kata-kata di halaman maya ini. Walaupun sebelum ini, banyak post-post yang pending..Almaklumlah, sekarang baru ada kelapangan masa dan fikiran untuk berkongsi sesuatu. huhu..

Subhanallah..Alhamdulillah..Allahuakbar..Segala puji-pujian hanya untukNya.

………………………………………….xxx…………….

“Perancangan dan aturanNya amat cantik sekali..”

“Allah tak pernah ambil sesuatu yang kita sayang melainkan menggantikan dengan sesuatu yang lebih baik…”


‘’ Apa yang kita dapat yang ditetapkan olehnya adalah yang TERBAIK”


‘’ sesuatu yang kita sangka baik untuk diri belum tentu baik untuk kita, sesuatu yang kita sangka buruk, tak semestinya tak baik untuk kita”



Kata-kata diatas mungkin telah tersemat rapi dalam otak dan sudah sentiasa diingatkan akan hal itu. Ayat-ayat penguat kat atas itu jugalah yang berjaya menenangkan hati tatkala diri bergolak dengan takdir. …Jika dihayati betul-betul, sangat terkesan dan menyedarkan.. yang kita hanya hamba yang kerdil..tak bisa lari dari Qada’ dan qadarNya. Yakinlah, ketetapanNya untuk diri kita sebenarnya adalah yang TERBAIK walaupun dinilai pada mata kasar, ia amat menyakitkan buat diri kita.

TakdirNya telah tersurat begitu untuk kita. Jodoh, ajal, maut, pertemuan, perpisahan dan segalanya semua aturanNya dan berada dalam pengetahuanNya. Apa-apa takdir yang ditetapkan untuk kita, seharusnya diterima dengan hati yang redha dan berlapang dada.Itulah yang terbaik untuk kita. Yakinlah..!!! Tiada apa yang ditimpakan olehNya pada tiap-tiap manusia tu secara sia-sia dan tanpa pengetahuanNya.

Segala-galannya dalam pengetahuanNya, taidak ada daun pokok yang gugur tidak diketahui olehNya apatah lagi sebesar-sebesar perkara. Firman Allah :

”Dan kunci-kunci semua yang ghaib ada padaNya; tidak ada yang mengetahui selain Dia. Dia mengetahui apa yang ada di darat dan di laut. Tidak ada sehelai daun pun yang gugur yang tidak diketahuiNya. Tidak ada sebutir biji pun dalam kegelapan bumi dan tidak pula sesuatu yang basah atau yang kering, yang tidak tertulis dalam kitab yang nyata (Luh Mahfuz).” (QS. Al-An’am: 59)

……………………………

Apa yang saya nak sampaikan ialah belajar menerima apa yang telah ditetapkan untuk kita. Redha dan berlapang dada. Bersangka baiklah dengan Allah atas ujian yang diterima.Sentiasa bersyukur dengan apa-apa yang tidak kita suka, kerana banyak hikmah dan iktibar untuk diri kita. Bersabarlah dan sentiasa mendekatkankan diri padaNya. Sentiasalah mengharapkan pertolongan dariNya..Jangan pernah jemu untuk berharap dan berdoa padaNya, kerana Dia tidak pernah jemu untuk mendengar suara-suara rintihan hambaNya. Letakkan pergantungan kita sekuat-kuatnya pada pertolonganNya..Jangan berhajat dan terlalu bergantung pada manusia.

Walau apa pun, dalam menghadapi setiap dugaan, memang tak akan terlepas dari perasaan sedih dan kecewa. Sedih itu fitrah, tak salah untuk berasa sedih, tapi jangan sampai dengan kesedihan dan kekecewaan itu menjauhkan diri kita dari rahmatNya..menangislah dan bersedihlah kerana merasakan kita sebenarnya tidak memiliki apa-apa..semua pinjaman. Teruskan langkah dan jalan yang telah kita pilih dengan ketentuanNya dengan hati yang lapang, tenang dan penuh kerendahan hati. Yakinlah, akan ada kebahagiaan lain yang bakal mengganti kesedihan itu.Allah kan maha adil. Carilah hikmah pada setiap apa yang terjadi dan jadikanlah ia sebagai pengalaman dan pedoman untuk melalui hari-hari yang mendatang. Percaya, dan yakinlah!! Berfikirlah dengan iman,disitu kita mampu berzikir dalam diam….

________xxx______

Sekadar renungan buat diri dan sahabat-sahabat.

Sebenarnya, dalam hidup ini, kadang-kadang kita banyak berhadapan dengan ujian dan dugaan yang sama, tapi masih lagi tak mampu dan lulus dalam berhadapan dengan ujian itu…ujian itu tarbiyah dariNya..daripada sekecil-kecil perkara kepada sebesar-besar perkara.Seluruh kejadian dilangit dan bumi dijadikan untuk kita merenung kebesaranNya dan mencari jawapan disebalik apa yang sedang kita hadapi. Alam banyak mengajarkan kita. Belajarlah daripada alam kerana tiap-tiap ciptaanNya bukan diciptakan dengan sia-sia.Kita yang perlu mencari..mencari..dan terus mengkaji.

Post kali ini memang sy tujukan buat diri sendiri, kerana saya tahu apa yang saya coretkan hari ini, saya akan menghadam kembali suatu saat nanti. Ini sebagai peringatan tika masih kuat sebagai persediaan tuk mengahadapi saat-saat lemah. Saya tahu, saya akan melalui semua itu lagi dan ianya sudah pasti sentiada berputar-putar dalam kitaran hidup ini. Ye, saya pernah melalui semua itu dan saya pasti ianya sentiasa akan mewarnai hidup ini. Diharapkan apa-apa yang bakal di tempuhi kelak akan mematangkan dan mempositifkan diri ini untuk terus hidup dan cara penerimaan terhadap ujian itu akan lebih baik kelak..Moga-moga mampu saya dan kalian tempuhi dengan sabar dan tabah.. InsyaAllah..

p/s : post ini sangat bermakna buat saya. Mungkin penyampaian saya kurang kemas dan mungkin tak sampai… tapi diri yang merasai lebih terkesan. Takut dan bimbang…. takut kehilangan..takut pada perpisahan…bimbang..sedih..semua rasa bercampur baur. Perkara-perkara itu always in my minds sejak akhir-akhir ini. Berharap untuk tak ditinggalkan supaya kekosongan itu tidak lagi wujud. Hidup saya dipenuhi dengan ‘perjuangan’ itu..saya juga perlukan ‘mereka’ dalam mengisi episod-episod perjuangan itu.


Oleh itu, sentiasalah tersenyum dan teruskan kehidupan dengan bahagia walaupun kita tidak pasti apa yang dihamparkan untuk kita nanti. janjiNya pasti . Saya yakin dan akan terus berpegang pada kata-kata itu ‘perancangan dan aturanNya adalah yang TERBAIK’… Dan “Dia tidak pernah mengambil sesuatu kebahagian dari kita melainkan menggantikan dengan sesuatu yang lebih baik….”


Wallahua’lam..

0 comments:

Search This Blog


 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 COGITO ALLAH SUM..... |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.