Kini kita sudah berada di peghujung pertengahan Ramadhan , fasa keampunan..
InsyaAllah, kita bakal masuk ke fasa akhir Ramadhan iaitu pembebasan dari neraka..
mudah-mudahan kita masih diberi kekuatan untuk terus melipatkan amal ibadah kita sampai ke akhir Ramadhan.. jangan kita sia-siakan kehadiran bulan yang penuh barakah ini..
bulan ini merupakan 'durian runtuh' Allah kepada hamba2NYA yang beriman..
Fasa terakhir Ramadhan iaitu 10 malam terakhir merupakan saat yang paling dinantikan oleh semua..
ada yang gembira kerana bulan puasa semakin tamat..
tidak kurang juga ada yang sibuk untuk mmbuat persiapan untuk raya..
Tapi...
bagi saudara2 kita di alam kubur, mereka meraung2 meratapi pemergian Ramadhan. sedangkan kita di dunia tidak sabar untuk menyambut Syawal. kalu boleh, nak habiskan puasa cepat2.. apakah itu hakikat kita berpuasa?? sekadar menahan lapar dan dahaga? dan mugkin bagi anak2 kecil, "raye" je mereka tahu.
Rasulullah S.A.W bersabda :
"ramai orang berpuasa, tapi ia tidak peroleh ape2 dari puasanya melainkan lapar dan dahaga."
~Riwayat oleh Nasa'i dan Ibn Majah~
Mudah-mudahan kita terbebas dari golongan yang disabdakan oleh Rasulullah.
Semoga segala amal ibadah kita diterimaNYA..
Ikhlaskan diri kita dalam beribadah padaNya..
Semoga Ramadhan kali ini mampu menjadi madrasah untuk kita menjadi hamba2Nya yang benar2 bertaqwa.. InsyaAllah..
Rebutlah peluang pada sisa2 Ramadhan yang masih tinggal ini..Mungkin ni adalah Ramadhan Terakhir kita...
teruskanlah beribadah dan rebutlah sebanyak mungkin peluang yang diberikanNya.
Mudah mudahan kita dipilih untuk bertemu dengan malam Lailatul Qadar.. malam yang lebih baik dari seribu bulan. Sesiapa yang beramal pada malam tersebut seolah2 dia beramal selama 83 tahun. Betapa besar 'hadiah" Allah buat umat Nabi Muhammad S.A.W.
Carilah malam Lailatul Qadar di malam2 ganjil pada 10 malam terakhir Ramadhan.. Semoga kita antara insan terpilih untuk merasaiNya.. Amin.
LAILATUL QADAR
Posted by
** Ratu Syahadah**
on Wednesday, September 9, 2009
0 comments:
Post a Comment