Appreciate and Learn it..

Assalamualaikum w.b.t..

Alhamdulillah..Ketemu lagi dalam sesi kali ini


post kali ni santai2 saje..Mungkin berkisar peribadi sikit..hehe


Erm..sekarang ni mungkin ada sahabat2 kita yang dah pun selesai bergelut ngan Final Exam..dan masih ada yang masih bertarung lagi..kepada yang belum selesai, go..go..kill the exam paper, if not, 'they' will kill us..hahahaaa.


Sebenarnya hajat dihati tak nak cakap pasal exam.. kalau menjengah blog kawan2, boleh kata most of them duk citer pasal exam..Stop dulu citer pasal exam ek..Saya da lepas 4 paper dan kini hanya tinggal 1 paper je lagi..last paper is the killest paper.. General Chemistry, 4 jam kredit tuh..Tak kisah la, janji saya mesti score betul2 subjek ni..masih punye masa nak study betul2 memandangkan gap time masih berbaki 5 hari.. Doakan..huhuhu. (^_^)


Tak pala, alang2 da citer pasal exam ni, nak share disebalik tabir hidup2ku dan kawan2 di sini.di UMK.huhu.. pada kaca mataku, exam kali ni kelihatan ramai antara kawan2 sekeliling saya ni mula bangun dari mimpi, sejarah lama mungkin..ramai yang da mula realize yang dorang dah di alam kampus,bukan lagi di matrikulasi atau alam stpm... Kalau sem lepas kebanyakan mereka duk melayan perasaan 'frust' tercampak kat UMK ni, (saya termasuk tak ek??)... kali ni sudah nampak pembaikan..perkembangan yang baik walaupun hakikatnya tak akan pernah sama macam environment study Universiti-universiti lain...we should not compare it. All depends on us..We deserve to decide.. its okay, saya faham.!!

hmm..rupe-rupenye masih ramai kawan2 kat sini masih mengintai peluang n ruang untuk keluar dari UMK..Dengar2 ramai yang dapat tawaran spa8..mostly kos yang ditawarkan relate ngan medic macam MA, farmasi n so on. My roomate n coursemate pun ada dapat juga..aku?? saya pun pernah dapat juga dulu..da pernag pergi interview pun..tapi Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untukku. Terpaksa akur pada takdirNya..sudah beberapa kali juga saya cuba nak skip from here, tapi last2 saya masih disini..memang da kena realise dah, disini tempatku..medanku di UMK..di bumi kelantan, bumi serambi mekkah ini. Hasrat nak tukar kos juga nampaknya macam terpaksa dibuang jauh2 kerana saya dah terikat ngan biasiwa JPA.. nantikan tak pasal2 kena bayar ganti rugi..Bukan senang orang nak taja kos macamku ni.Alhamdulillah..disebalik kesulitan tu, pasti tersembunyi pertolonganNya.. At least, saya da tak perlu fikir soal kewangan,. kalau nak compare ngan kawan2 lain, saya patut bersyukur sebab dorang terpaksa pinjam PTPTPU..Padahal dorang pun bukan suka pun kos yang dapat..


Apa sebab saya reject spa8?? haah.. setelah dipertimbangkan, rupe2nye saya sedar, memangla tak mau stay kat UMK, tapi saya tak nak jadi keluar dari mulut buaya, masuk ke dalam mulut harimau..huhuhu. Tak nak juga jadi cam yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran..Tambahan pula, yang menginterview saya tu tak setuju saya masuk spa8.. Apa dia kate?? hah, dia habaq result spm punyerla gempak, rugi la lau nak masuk spa8 je. memang spa8 ni boleh dikatekan mudah dan terjamin, tapi ia tak semudah apa yang difikirkan sebenarnya..Fikir2la sendiri ye..Encik tu prefer saya teruskan dengan my first degree, then sambung master and PHD..InsyaAllah, kalau Allah da tetapkan itu terbaik untuk diriku, peluang tu tak ke mana.. Cuma sekarang perlu bersungguh-sungguh..Study..Fokus betul2..I should success in my first degree~ngee~



Disebabkan motivasi percuma tu sebagai rewardku datang dari jauh tuk interview yang tut..tut..aku yang mengfailedkan diri aku..Aku masih disini..!!Teruskan hidupku di UMK. Di bumi kelantan ini!! rase bersalah pun ada sebenarnya coz bukan saje memutuskan harapan mak yang memang setuju saya pergi, tapi my beloved father.. kena drive jauh2 n ambil cuti..hehe. Ni la susah dapat anak yang tak berpendirian cam aku ni..Dulu lepas spm, situasi yang sama juga saya alami. dan perkara yang sama juga saya buat..takpe2 lupakan..~~minta maaf, sory, afwan sebab tak dapat nak jadi apa yang kalian harapkan.. biarlah adik2 dibelakangku yang menyambung impian itu..>>



Saya mahu belajar melupakan itu..menguburkan cita2 yang tak kesampaian itu.. belajar menerima apa yang dah ditentukanNya..belajar dan terus belajar....BELAJAR untuk belajar..!!! Bumi kelantan menjadi saksi kekecewaanku.. Mungkin akan ada banyak benda yang ku peroleh kelak dari bumi serambi mekkah ni.Apa mungkin ada lagi peluang untukku??.. saya penat da nak fikir..Enjoy apa yang ada depan mata..life is a long journey. takkan da nak buat roadblocked kat tengah2 jalan yang hanya beberapa kilometer yang baru kutempuhi..sampai bila pun tak akan sampai kat destinasi dituju kalau asyik2 nak u-turn je.. Kadang2 time nak u-turn pun boleh accident..So, its better to go on with the road that had been taken although sometimes the road is not straight..it's a life..Remember, today is for us,, so why not we enjoy it??~~ successful is not a destination, it is a journey..~~.



Buat kawan2ku , fikirlah semasak2, sedalam2 dan sebetul2nya..nak terima ke tak tawaran tu.. Buat solat istikharah.. jangan pening2.hehe. Semoga Allah tunjukkan yang terbaik untuk hidup dunia dan akhirat ang!! kalau da sayangkan degree, go on je la.. nanti kan tak pasal2 hilang kawan yang nak teman makan aiskrim + makan kat kafe..huhu..walau kadang2 'kau' sangat menyakitkan hati, tapi best la kawan ngan 'kau'. takpe2.adab dalam berkawan.. 'aku' da boleh terima 'kau' seadanya..n harap 'kau' pun sama.. apa pun keputusannya, saya sokong je.hehe




Haaa, ada lecturer kat cni bagitau, kate2nya masih saya simpan. He said that the first degree just a certificate to get a job. erm..boleh terima ke statement tu?.. Hakikatnya, itulah realiti sekarang kan. Betulkan niat juga dalam menuntut ilmu. apa pun, dia dah fly pg Australia, sambung master kalu tak clap. Semoga berjaya, Sir Rizal.. Dekan fakulti saya always remind us, he said that if you choosed that way (the course taken), just go on with that( never turn back)..and work hard for that.. Betul tu kate2 Prof.. kalau dah kita ditakdirkan untuk berada disini, terima n redhalah dengan pilihan dariNya. Prof ni antara graduan UKM yang mendapat First Class Honour degree..Tahniah prof! kalau tengok dari penampilannya, memang tak dinafikan, beliau seorang yang dedikasi dan komited..Bertuah FASA dapat dean mcm beliau. Tanpa FASA, siapalah UMK.hahaha. FASA is the biggest faculty kat sini UMK..~lala~~~


Beralih pula pada seorang lagi lecturer yang sangat membantu..Miss nabilah. Dia ni mengajar saya Basic Math sem lepas.tapi she also was not here.. also futher study abroad, in Ireland..continue her PHD..Nampaknya, tak sia2 kegagalan aku di Pasum dulu tak dapat score A dalam math sebab ianya berbalas, alhamdulillah dapat score A time first sem tuk subjek tue. Dapat kubuktikan yang aku masih setia ngan math.haha.
Tapi..kucukup empati juga kat miss ni, sebab dia menghidap satu penyakit kronik.. tahap severe juga la.. Selalu je pucat2..dan pengsan. Kesian kat miss, tapi dugaan tu yang menunjukkan betapa Allah sayang kat dia.. kalau kita terlalu perfect, mana kita nak nampak Dia kan?? Semuanya ada hikmah. Sabar ye miss... semoga berjaya dunia akhirat dan dikurniakan kesihatan yang baik.. Erm, the last person i want to share is Miss Ruhil.. Dia mengajar saya subjek Anatomy dan Fisiology haiwan untuk sem ni.. dia sangat supportive dan sporting. kami student SBH ( junior n senior) memang sayang lebih la kat dia ni. dia pun bakal sambung PHD jugak.. Wish you all the best. Goodluck miss.. we'll see again 3 years later..time kitorang nak grad!!(^_^)

Itu lah sedikit sebanyak ifigure-figure yang banyak memotivasikan diriku..saya pun nak ikut jejak mereka jugala.Boleh??(0_0)


.....................................................~~.............................................

Apa yang saya nak sampaikan kan kat sini, hargailah apa yang kita berpeluang memilikinya, tak kira apa sekalipun.. insan sekeliling kita, opportunity yang ada depan mata, makhluk2 disekeliling kita and so on.. hargailah!! ianya mungkin datang hanya sekali, ketepikan apa perasaan kita yang sentiasa oppose terhadap apa yang kita sedang hadapi.Disebalik apa yang kita tak suka , yang sangat memenatkan , kesusahan, kekecewaan, kegagalan,..benda2 tu la yang mematangkan kita..menyedarkan kita..mengajar kita. mengajar kita macam2.Mungkin kadang2 kita yang terlepas pandang dek kerana kita da setkan mind kita....


hargailah insan2 sekeliling kita, tak kira la sapa pun dia, baik orang kenamaan atau tukang sapu sekalipun..manusia dijadikan pelbagai ragam dan sifatnya..sesungguhnya Allah jadikan manusia pelbagai2 itu untuk kita saling mengenali..banyak yang kita dapat belajar daripada mereka..kadang2, kita tak perlu mencari insan2 yang sempurna, cukuplah kita rasa sempurna apabila bersamanya..mungkin ramai yang mengahadapi masalah dengan suasana.. suasana yang sedang kita lalui memang berbeza dari kehidupan kita dulu yang sangat kita rindui.. kalau diberi peluang, semestinya kita akan memilih untuk kembali pada saat-saat yang indah2..



Contohla, mungkin dulu kita di matrikulasi sentiasa dikelilingi dengan insan2 yang sangat membantu kita baik dalam akademik mahupun pendekatan rohani..selalu berusrah..selalu solat berjemaah..study bergroup2..walaupun pembelajaran di matrik lebih susah berbanding di alam kampus, tapi kenapa dahulu kita mampu lalui tu semua dengan tenang dan sabar? dan kenapa tidak untuk kehidupan yang sekarang?? kawan2, usrah, solat jemaah merupakan catalyst sahaja, pangkal pokoknya adalah diri kita sendiri.. Kita yang tentukan.!! kita hanya ada 2 pilihan..mahu atau tidak mahu..??



Hakikatnya, kekuatan yang telah kita bina dahulu tak akan pernah sama dengan kekuatan yang sekarang..jika dahulu kita kuat, sekarang kita dah jadi lemah.. kalau da lemah tu faham2 jela..Down tahap kritikal. kalau menghidap kanser, dah tahap ke3, kritikal time.. hanya yang betul2 mantap keyakinan pada Nya sahaja yang mampu melepasi waktu kritikal tu.. tapi ingatlah, kekuatan yang kita bina dahulu sebenarnya yang membantu kita untuk menggagahi kita untuk terus menjadi khalifah bumi ini..pada saat dan detik ini..Yelah, masakan kekuatan yang telah digunakan akan bertambah setelah digunakan?? Melainkan kita yang menambahkan kekuatan itu.. Kekuatan itu perlu ditopup..perlu dicari.. ia tak akan datang melayang..Turun naik kekuatan tu bergantung pada hubungan kita denganNya..lebih tepat tahap iman kita.. cakap pasal iman, semua tahu, iman kan yazid wayankus..

Jadi, dalam semua tu, kita yang akan decide untuk menentukan tahap iman kita. samada nak terus hanyut..atau nak bangkit kembali.. Orang yang nak bangkit dari jatuh brgantung pada tahap imunisasi dalaman seseorang. ada yang bila dah bertekad, teru s terbang tinggi tanpa menoleh ke belakang..dan ada juga yang lambat macam kura2, tapi tetap sampai juga akhirnya..mungkin ada juga orang yang macam katak dalam kaca, nampak benda tu baik, tapi malas nak berubah kerana sidah selesa dengan keadaan begitu..so, kat mane kita nbak letakkan diri kita, kita yang tentukan.. ketahuilah bahawa, berubah , berhijrah adalah satu proses.. apabila melibatkan proses, ianya perlu step by step. lakukan perlahan-lahan, yang penting istiqamah.. apa yang penting, mulakan langkah pertama..hijrah vs kalah....





Erm..setakat ini saja lah dulu untuk post kali ini.. Sekadar nak berkongsi sahaja. itu hanyalah pandangan peribadi saja. apa2 bantahan dan izin laluan, saya alu-alukan .hahaha.. Ok la, note2 chemistry dah memanggil2 untuk disentuh.. dahla kena siapkan assignment lagi. Takpe2 lecturer nak tolong kami tu, nak tolong upkan markah carymark kitorang.. lalaa~~~



Last of my word, appreciate..hargai..sayangi..dengan kata lain bersyukurlah dengan apa yang Allah izin kita miliki dan lalui..kalau tak nak belajar appreciate apa yang ada disekeliling kita, at least belajarlah appreciate diri sendiri.. Hargai nikmat yang paling besar yang kita miliki sekarang, iman dan islam. Hargailah dan sayangilah semua itu even binatang2..pokok2..dan all around us.. appreciate and learn something. Moga ianya dapat mendekatkan lagi hubungan kita dengan-Nya. Wallahualam~~

wassalam..

2 comments:

demartyr said...

ehem!
sape yg pegg pisau potg kek tu..
owh... aida.. senyp2 je en

** Ratu Syahadah** said...

hmm.kalau ye pun bg la salam dulu kakak sayang..

Nape? berkenan ke? boleh tolong.haha..

tak da kena mengena antara hdp n mati..belaja pun merangkak lg..len la akak.

Search This Blog


 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 COGITO ALLAH SUM..... |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.