Takziah,Kematian dan Ramadhan..

Assalamualaikum w. b. t..

Dipetik dari umtoday.blogspot

Mahasiswa mati jatuh bangunan
Arkib, Berita 30. Jul, 2010 by umtoday


Dikemaskini Universiti Malaya , 6.30 pm : Mahasiswa Pusat Asasi Sains Universiti Malaya (PASUM) mati jatuh bangunan jam 2.35 petang di Kolej Kediaman Dr Nazrin Shah (Kolej Kediaman Ke-12) Universiti Malaya.Menurut sumber, Zulkhairi Azmi bin Md Bukhari, 19 tahun, jatuh ketika ingin menyeberang tingkap ke bilik rakannya di bilik bersebelahan. Mahasiswa tersebut mati di tempat kejadian.

Mohd Syahid b. Mohd Zaini, ahli Kabinet Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya (MPMUM) ketika dihubungi berkata beliau simpati terhadap keluarga mangsa. “Saya menggesa Pihak Pentadbiran Kolej Kediaman Ke-12 menguatkuasakan langkah keselamatan agar kejadian sebegini tidak berulang.”, tambah beliau lagi. Beberapa pegawai keselamatan semasa dimaklumkan berkali-kali oleh beberapa pelajar menyangka bunyi seperti sesuatu terjatuh ialah ’sampah’.“Pada awalnya mereka menolak laporan kami yang ada budak jatuh bangunan,” jelas seorang pelajar yang menjadi saksi kejadian.Dalam pada itu pihak pentadbiran universiti mengambil keputusan menghantar jenazah Allahyarham ke Mersing. -Umtoday
***********************************

Saya bukanlah hendak mengulas tentang kejadian diatas..hihi. Tapi, sebagai pelajar yang pernah mendiami kolej itu dan juga pernah memegang title pelajar PASUM ketika dulu,saya sekadar prihatin tentang kejadian itu. Salam takziah daripada saya. Baru-baru ini juga, salah seorang pelajar tahun akhir di sini UMK telah kembali ke rahmatullah.

Al Fatihah untuk mereka. Semoga roh mereka dicucuri rahmat dan diletakkan bersama para soleh- solihin.. Amin..

Kedua-dua kematian itu sedikit sebanyak member peringatan kepada kita yang masih hidup bahawa kematian itu bakal terjadi bila-bila masa saja, ianya perkara yang sangat dekat dengan kita. Apabila ajal sudah tiba, sudah pasti kita akan dipanggil kembali mengadapNya.. Tapi persediaannya bagaimana? Bersediakah kita? ..Renungan sejenak.. Tepatlah ungkapan , sungguh MATI itu satu peringatan.

Apa yang kita harapkan , yang selalu kita panjatkan doa ialah semoga kita ditetapkan iman dan dimatikan dalam keadaan islam, dalam sebaik-baik kematian, dalam husnul khatimah..InsyaAllah.. Tiada kejayaan yang lebih besar bagi seseorang muslim itu selain menghadap Allah dalam keadaan 2 kalimah syahadah meniti dibibir setiap manusia tatkala malaikat maut datang mencabut nyawa.. Semoga kita semua dimatikan dalam keadaan yang baik pada masa yang baik dan ditempat yang baik. Perkara ini perlu diminta dalam setiap bingkisan doa kita.. Itulah tazkirah yang masih terngiang-ngiang dalam mindaku yang pernah disampaikan dalam sesi tazkirah ketika sama-sama solat terawih di dewan Gemilang Kolej Kediaman ke 12, UM..

Terasa seperti baru semalam melangkah dari tempat yang banyak mengajar aku. Tempat yang penuh dengan beribu-ribu kenangan..Tempat yang banyak mematangkan aku .. PASUM dan KK-12. Kini walaupun sudah genap setahun aku meninggalkan tempat yang amat kurindui itu, segala kenangan dan pengalaman yang pernah ditimba di situ masih segar dalam ingatan.. Masihkah ada kesempatan untuk ku ulangi detik itu? Aku merindui mereka yang pernah hadir dalam hidupku saat itu.. Merindui detik-detik ukhwahfillah yang terjalin mesra antara kami..

Pejam celik, pejam celik hanya berbaki beberapa hari lagi, kita akan menyambut kedatangan Ramadhan Kareem..bulan keberkatan..bulan yang sentiasa dirindui oleh seluruh umat islam.. Semoga Ramadhan kali ini dapat kita tempuhi dengan sebaik-baiknya..semoga menjadi ranadhan yang terbaik buat kita..amdaikan itu adalah Ramadhan terakhir kita, pasti kita tidak kan melepaskan peluang untuk melipatkalikan amalan kita..InsyaAllah. Semoga kita diberi kekuatan untuk beribadah padaNya..Ya Allah, sampaikanlah kami pada bulan Ramadhan…11 day2 to go..

Ayuh sama-sama persiapkan diri untuk menyambut Ramadhan kareem..




~ wallahua’lam..

0 comments:

Search This Blog


 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 COGITO ALLAH SUM..... |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.