"Aku bersaksi bahawa Tiada Tuhan Yang Ku sembah melainkan Allah, dan Aku bersaksi bahawa Nabi Mukammad itu pesuruhNya.."
ku harap pertunjuk-Mu
Di dalam sinaran purnama
ku mohon keampunan
Moga terlerailah segala dosa-dosaku
Mogaku jadi hamba yang bersyukur
Tuhan yang Esa,
udara yang ku hirup
Terasa nikmat-Mu yang menggunung
Tidak tehitung harga nilaiannya
Oh Tuhan, Kau Pengasih, Maha Penyayang
Oh Tuhan,
di depan ujian
Terasa diri ini memerlukan-Mu
Ku harap Kau lindungi hamba yang lemah ini
Kau Tuhan Maha Kuasa Maha Pengampun
Ku harapkan pintu taubat-Mu terbuka luas
Untuk hamba-Mu yang sering leka
Dengan rahmat-Mu dan kasih sayang-Mu
Kau ampunkanlah segala dosa-ku
Moga selamat di dunia dan akhirat
namun, ku mohon agar Kau limpahkan secebis cintaMu buat diri ini agar aku dapat merasai ketenangan dan kebahagiaan hakiki, agar aku tidak hanyut pada cinta manusia dan dunia yang selalu mengecewakan.
Amin...^_^
0 comments:
Post a Comment