Salam Aidilfitri..


Allahu akbar..Allahu akbar.
la ilahailallah wallahu akbar..
Allahu akbar walillah ilham..

Alhamdulillah, di Malaysia kita dapat menyambut hari raya dengan aman dan mewahnya. Sangat banyak dan besar nikmat yang dilimpahkan untuk kita semua sehingga kita dapat mengecapi dan meraikan idilfitri tahun ini dengan aman dan sentosa tanpa apa-apa bencana sepertimana yang melanda Pakistan. Tapi dalam kita bersukaria dan bergelak ketawa, jangan dilupa pada yang kurang bernasib baik dan golongan yang memerlukan.. Apatah lagi sesekali fikir-fikirkan saudara seislam kita di Palestine sana. Nasib kanak-kanak Aqsar disana tidak sepeti kanak-kanak di Malaysia..sangat beruntung dan bertuah kita diberi nikmat menyambut aidilfitri di Malaysia.

Sempena hari raya ini, marilah sama-sama kita merenung sebuah hadith Nabi yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik, berkaitan dengan konsep 'hari raya' yang lebih luas. Menurutnya, Nabi Muhammad saw. bersabda hari raya yang sebenarnya bagi orang beriman itu ada pada 5 keadaan:


1. Setiap hari ia berjalan dan bertemu seorang yang beriman serta ia tidak melakukan sebarang dosa, itu ialah hari raya baginya.

2. Hari keluarnya dari dunia dengan penuh keimanan dari tipu daya syaitan

3. Hari menyeberang Siratul Mustaqim dan terselamat dari bencana jatuh ke dalam api neraka

4. Hari kita masuk syurga dengan selamat dan terlepas dari api neraka

5. Hari ia menatap wajah Allah Ta'ala

Menurut Nabi Muhammad saw. Hari Raya bagi setiap orang beriman ada pada 5 ketika; iaitu setiap hari yang dia tidak melakukan sebarang dosa, saat meninggal dunia dalam husnul-khatimah, hari berjaya melintasi Siratul-Mustakim dan terselamat dari masuk ke neraka, masuk ke dalam syurga dan hari dia mengadap Allah Taala.

Sekiranya kita tidak melakukan sebarang dosa pada sesuatu hari, itu adalah hari raya bagi kita. Kalaulah kita berusaha sungguh-sungguh menghindarkan diri melakukan sebarang dosa dengan menjauhi larangan Allah serta mematuhi segala perintah Allah, hari itu adalah sebenarnya hari yang harus dirayakan.

Saat menghembuskan nafas terakhir dengan penuh keimanan dari tipu daya syaitan juga termasuk dalam 'hari raya' yang dimaksudkan oleh Nabi Muhammad saw. Saat sakratul-maut adalah masa yang paling genting bagi setiap individu. Kesakitannya yang amat sangat bukan saja menimpa jasad bahkan rohnya juga; seperti yang digambarkan oleh ulama kesakitannya lebih dahsyat daripada dipalu dengan 1000 pedang, atau digunting dengan beberapa gunting atau digergaji dengan beberapa gergaji. Malahan dikatakan saat sakrat adalah hari kiamat bagi si-mati.

Menurut Imam Ghazali kesusahan mati itu 3, pertama kesakitan sakrat, kedua kesusahan melihat kedatangan malaikatul-maut dengan mukanya yang amat bengis dan ketiga kesusahan jika dinampakkan tempat kediaman di neraka (jika ahli maksiat). Sudahlah tidak tertahan dengan kedahsyatan yang amat sangat, syaitan pula sibuk menangguk di air keruh. Di saat inilah dia menjalankan taktik dan strategi terakhir untuk menumpaskan kita. Hanya orang yang Allah tetapkan mati dalam husnul khatimah saja terlepas dari tipu dayanya. Berjayanya kita di saat ini barulah kita dapat menikmati hari raya sebenarnya. Namun alam perkuburan merupakan alam yang penuh dengan peristiwa-peristiwa dahsyat. Bagi orang mukmin, ia merupakan satu taman dari taman-taman syurga, sebaliknya bagi orang kafir, alam barzakh adalah satu pintu dari pintu neraka.

Hari Raya seterusnya adalah hari kita berjaya melepasi api neraka selepas merentas Titian Siratul Mustaqim. Sebelum menyeberang jambatan yang direntang di atas kawah neraka, setiap individu disoal dan ditimbang amalan baik dan jahatnya. Selesai dari segala perhitungan tersebut barulah diperintah meniti Titian yang sangat tajam dan sangat halus ini. Orang yang mengikut jalan lurus semasa di dunia selamat menyeberang dengan kelajuan yang pantas. Malangnya mereka yang menyeleweng dari jalan lurus di dunia gagal dan jatuh ke dalam api neraka. Bayangkan betapa dahsyat dan ngerinya berada di jambatan yang di bawahnya terdapat lautan api yang sentiasa mengait sesiapa saja yang berdosa. Andainya terlepas dari tercebur ke neraka, barulah boleh kita berhari raya.

Hari kita masuk syurga adalah hari raya seterusnya bagi orang beriman. Terlepasnya dari neraka bermakna kita akan dimasukkan ke dalam syurga yang penuh dengan kenikmatan dan kelazatan. Syurga adalah tempat manusia pilihan. Penghuni-penguni syurga dengan muka yang berseri-seri diberikan kerajaan yang sangat luas dengan mahligai yang besar serta menikmati pelbagai juadah yang lazat-lazat. Pendeknya mereka beroleh segala kelazatan dan terhindar dari segala seksa. Inilah sebenarnya hari raya bagi orang mukmin.

Hari raya yang paling meggembirakan orang beriman ialah di saat memandang wajah Agung Ilahi. Inilah kenikmatan yang paling agung dan lazat sehingga terlupa kelazatan dan kenikmatan syurga. Ia merupakan puncak atau klimaks kenikmatan orang beriman.

Memandangkan kita belum pun menempuh saat-saat di atas, sepatutnya kita berasa cemas dan berwaspada. Dalam masa kita bersuka ria menyambut hariraya ini, lintaskanlah di hati sanubari kita bahawa hari raya sebenarnya belum kita tempuhi lagi. Amat jauh terpesongnya budaya kita yang menyambut hariraya dengan maksiat seperti hiburan, nyanyian, tarian dan pelbagai kegilaan yang melupakan kita akan hari raya sebenarnya. Hari Raya Idilfitri hanya satu gambaran atau tamsilan bagi kita merenung bahawa Allah akan membalas dengan ganjaran baik jika berjaya melepasi rintangan hawa nafsu dan mengendalikan hidup mengikut cara yang Allah redhai.

Mudah-mudahan hariraya yang kita hadapi ini tidak berakhir di sini saja, sama-samalah kita berdoa semoga ia berterusan sehinggalah kita berjaya melepasi sakratul-maut, titian siratul-mustaqim, menjadi penghuni syurga dan akhirnya mengadap zat Allah Taala di syurga kelak.
Amin..


Dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan :

SELAMAT MENYAMBUT HARIRAYA AIDILFITRI
Taqabbalallahu minna wa minkum,
shiyamana wa shiyamakum,
minal 'aidin wan faizin
Mohon maaf zahir dan batin

Salam Aidilfitri..
Salam Lebaran..
Salam Syawal..
Salam kemenangan..
salam kemaafan dan
salam ukhwah…

Sambutlah aidilfitri denagn penuh kesyukuran dan pengertian. Moga segala ibadah yang kita lakukan sepanjang Ramadhan diterima dan dipandang oleh Allah S.W.T. semoga madrasah Ramadhan dapat mendidik jiwa-jiwa kita untuk terus bertaqarub padaNya.

Salam Aidilfitri daripada saya,
NURUL AIDA BINTI MOHD JAFRY

Ucapan ditujukan buat,

Semua yang mengenali diri ini terutama pengunjung blog ini dan seluruh umat Islam yang merayakan aidilfitri.

>>> Seluruh ahli keluarga..
>>> Cikgu-cikgu yang pernah mengajar saya ( TADIKA, PASTI, SK Kijal, SK Pusat Kemaman & SMK Rusila )
>>> Semua pensyarah ( PASUM & UMK)
>>> Sahabat-sahabat yang disayangi sekalian ( terutama buat student ex- 5Sn '07' SMKR, Budak PASUM 08/09 esp all student S3, rakan-rakan APIDS 08/09 & senior n junior UM n UMK dan buat kawan2 seangkatan SBH esp Zinnirah Clear)
>>> Ex-Murabbiyah sy, Kak Zaimie, Kak Hajar n Kak Syahid n semua akhwat2 terutama my ex halaqahmate,( Aini, Syakinah, wanie dan ika.)
>>> To my sifu, Kak Maya n kak Sara
>>> tidak lupe jugak buat roomate tercinta, Farah, Syaf dan ila.
>>> lastly buat Pn Azrina bt ba'ai dan keluarga.(sy tau, dia tak bace pon. just wish lam blog.hehe. Sori!!)

wassalam..~~

Layakkah kita untuk aidilfitri.??

Muhasabah diri...

Tersentuh membaca artikel yang dipostkan oleh Hilal Asyraf..

Jemput baca..^_^

link : http://ms.langitilahi.com/edisi-ramadhan-10-kamu-tidak-layak-untuk-aidilfitri/#more-2923

Renung-renungkan.. Apa hakikat sebenar kehadiran Aidilfitri buat kita??

"Aidilfitri, adalah hadiah kepada mereka yang berjaya melayani hadiah Ramadhan dengan baik.."

"Barangsiapa yang tidak melayani, menghargai hadiah Ramadhan daripada Allah itu dengan baik, hakikatnya Aidilfitri bukanlah untuknya."

~ Hilal Asyraf ~

Fikir-fikirkan.. I'm trying to think and to analyse it.huhu...^_^

S.A.H.A.B.A.T KE SYURGA...



Islam sentiasa menasihatkan umatnya berhati-hati memilih sahabat bagi mengelak berkawan dengan mereka yang membawa kemungkaran.

Firman Allah yang bermaksud:
“Janganlah engkau mengikut orang yang sudah Kami lupakan hatinya untuk mengingati (berzikir) pada Kami dan ia suka mengikut hawa nafsunya.” (Surah Kahf, ayat 29)

Jika kita memilih sahabat yang terlalu cintakan dunia dan mementingkan hawa nafsunya, ia merugikan terutama apabila kita turut terpengaruh dengan sikapnya. Oleh itu, pilih sahabat yang membimbing ke arah hidup lebih baik mengikut syariat agama.

Sabda Rasulullah SAW bermaksud:
“Seseorang menurut agama (aturan) kekasihnya, oleh sebab itu baiklah seseorang daripada kamu semua itu meneliti orang yang dikasihinya.”

Sifat perlu ada pada seseorang yang ingin kita jadikan sahabat bolehlah dicontohi daripada wasiat al-Qamah kepada anaknya.

Katanya: “Hai anakku, jika engkau perlu untuk bersahabat dengan seseorang maka pilih yang mempunyai sifat jika engkau melayaninya ia suka melindungi, jika engkau bersahabat dengannya, ia akan menjadi hiasan bagi dirimu dan jika engkau dalam keadaan kekurangan nafkah, ia suka mencukupi keperluanmu.

“Pilih sahabat yang apabila engkau menghulurkan tanganmu untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu, jika ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, ia suka menghitung dan dianggapnya sangat berguna, sedangkan jika ia mengetahui keburukan dirimu lalu ia suka menutupinya.

“Pilih sahabat yang jika engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jika engkau diam, ia mulai menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan menimpa dirimu, ia suka membantu dan meringankan, ia suka membantu dan meringan kamu serta menghiburmu.

“Pilihlah sahabat yang jika engkau berkata, ia sukar membenarkan ucapanmu dan bukan selalu mempercayainya saja, jika engkau mengemukakan sesuatu persoalan berat, ia suka mengusahakannya, sedang jika engkau berselisih dengannya, ia suka sekali engkau berselisih dengannya, ia suka sekali mengalah untuk kepentinganmu.”

Saidina Ali menyatakan: “Sahabat yang sebenar-benarnya ialah orang yang di sampingmu. Ia suka membabitkan dirinya dalam bahaya demi untuk kesejahteraanmu.”

Saidina Ali membuktikan katanya dengan mengambil alih tempat tidur Rasulullah SAW ketika Baginda dan Saidina Abu Bakar merancang untuk berhijrah ke Madinah.

Walaupun Saidina Ali tahu risiko bakal dihadapinya kerana pemuda Quraisy bercadang menyerbu rumah Rasulullah SAW dan membunuh Baginda, Saidina Ali sanggup menghadapi bahaya itu semata-mata atas dasar kepentingan keselamatan sahabatnya.

Contoh persahabatan lain yang boleh diteladani ialah antara Saidina Abu Bakar dengan Rasulullah SAW. Saidina Abu Bakar sentiasa mempercayai dan mengiyakan apa yang Rasulullah SAW katakan.

Ketika Rasulullah SAW menceritakan perjalanan Israk dan Mikraj kepada orang Makkah, mereka tidak mempercayai cerita Rasulullah SAW, malah menuduh Baginda pembohong. Mereka berjumpa Saidina Abu Bakar untuk bertanya jika cerita itu benar atau sebaliknya.

Apabila Saidina Abu Bakar mendengar pertanyaan mereka, dengan tenang beliau bertanya: “Apakah benar Rasulullah SAW bercerita begitu”. Mereka menjawab ‘ya’. Maka tanpa ragu-ragu Saidina Abu Bakar menyatakan apa yang Rasulullah SAW katakan benar.

Sepanjang perjalanan dari Makkah ke Madinah, Saidina Abu Bakar sentiasa berada di depan dan di belakang Baginda SAW. Apabila Baginda bertanya hal ini, Saidina Abu Bakar menjawab:

“Aku berjalan di depanmu untuk memilih jalan yang baik selamat sementara aku berjalan di belakangmu untuk menjaga keselamatan daripada serangan musuh yang mengejarmu.”

Perhatikan nasihat Abu Sulaiman mengenai pentingnya memilih sahabat seperti yang dianjurkan Islam. Katanya: “Jangan sekali-kali engkau bersahabat melainkan salah satu daripada dua orang ini. Pertama, orang yang dapat engkau ajar bersahabat dalam urusan duniamu dengan jujur dan kedua, orang yang dijadikan sahabat itu dapat menambahkan kemanfaatan dirimu untuk akhiratmu.

Jika engkau suka bersahabat dengan orang yang selain dua orang ini, maka pastilah engkau memiliki kebodohan yang luar biasa besarnya.”








share from : facebook on Wanita Solehah Itu,Bidadari Syurga.

Perkongsian : Mencari Malam Lailatul Qadar

10 Malam Terakhir sudah menjengah.
Aug 31st, 2010 by Hilal Asyraf.


Yang menjadikan 10 malam terakhir Ramadhan kali ini amat dikejari adalah kewujudan Lailatul Qadr. Satu malam yang istimewanya melebihi 1000 bulan. Ia bukannya sama dengan seribu bulan. Tetapi jauh lebih baik lagi.

Allah SWT sendiri mengisytiharkan sedemikian dalam firmanNya:

“Sesungguhnya Kami menurunkannya di dalam malam Al-Qadr, dan adakah kau tahu apa itu Malam Al-Qadr? Malam Al-Qadr itu lebih baik dari sebulan bulan. Pada malam itu turunlah para malaikat, dan Ruh(Jibril) dengan izin Tuhan mereka untuk segala urusan. Sejahteralah malam itu sehingga terbitnya fajar” ayat 1-5.

Ini menyebabkan ramai yang teruja dengan Lailatul Qadr. Hendak ibadahnya dikira seakan-akan dia beribadah lebih dari 1000 bulan. Hendakkan dirinya terampun dan sebagainya.

Tetapi, bila dilihat-lihat kembali, seakan wujud satu lawak di dalam hal Lailatul Qadr orang kita.




Lailatul Qadr kamu, Lailatul Qadr aku

“Semalam Lailatul Qadr la”

“Eh, mana ada. Seingat aku dua hari lepas la”

“Ya Allah, sungguh, aku nampak tanda-tandanya”

“Mustahil lah. Dua hari lepas tu aku nampak tanda-tandanya, jelas sangat”

Mungkin ini antara perbualan yang anda akan dengari sekiranya anda kaki mendengar perbualan orang. Saya apabila mendengar perbualan ini dari rakan-rakan saya, saya hanya tersengih sahaja.

Boleh pula seorang kata lailatul qadr malam ini dan seorang lagi kata dua hari lepas. Mengapa ya?

Jawapannya mudah, seorang bangun qiamullail malam tadi, manakala seorang lagi bangun qiamullail dua hari lepas. Sedangkan pada dua hari lepas, yang berqiamullail hari ini tidak bangun, manakala pada hari ini, yang berqiamullail dua hari lepas tidak bangun.

Maka jadilah lailatul qadr kamu, dan lailatul qadr aku.

Masing-masing nak mengaku dirinya mendapat lailatul qadr, pada hari dia bangun.


Mencari, bukan menunggu

Rasulullah SAW dalam mengejar Lailatul Qadr telah menyatakan dengan jelas di dalam sabda baginda:

“Carilah Malam Al-Qadr itu pada malam ganjil ketika 10 malam terakhir” Hadith Sohih riwayat Bukhari.

Rasulullah SAW dengan terang dan jelas menyatakan: “Carilah”

Tiada perkataan ‘menanti’ atau ‘menunggu’ atau mana-mana yang sekaum dengannya.

Dan mencari ini adalah bukan dengan ‘menunggu’ petanda pelik-pelik seperti pokok sujud, langit terang, dan sebagainya. Mencari di sini adalah dengan kita bersungguh-sungguh mengisi 10 malam terakhir itu dengan ibadah kepada Allah SWT.


Hikmah disembunyikan Lailatul Qadr

Apakah hikmahnya Allah SWT menyembunyikan malam yang hebat penuh barakah ini? Yang Rasulullah SAW sabdakan sebagai:

“Barangsiapa yang mendirikan malam Al-Qadr dengan penuh keimanan dan berkira-kira, nescaya akan diampunkan buatnya segala dosanya” Hadith riwayat Bukhari.

Hikmahnya adalah tersembunyi di dalam ayat berikut:

“Adalah untuk melihat, di manakah antara kamu yang terbaik amalannya” Surah Al-Mulk ayat 2.

Lailatul Qadr bukanlah untuk mereka yang bermalas-malasan dan bermain-main dalam beribadah kepada Allah SWT. Bukan untuk mereka yang seakan-akan menanti durian runtuh sambil bergoyang kaki, menanti keampunan Allah dengan sambil lewa. Bukan dan bukan.

Lailatul Qadr adalah rezeki daripada Allah SWT yang diberikan hanya kepada mereka yang berusaha.

Anda bayangkan, bagi mereka yang mendirikan kesepuluh-sepuluh malam terakhir, apakah ada kemungkinan mereka akan terlepas Lailatul Qadr?

Semestinya tidak.

Tetapi untuk yang lip lap lip lap?

Banyak lompong untuk Lailatul Qadr bolos dari pelukan mereka.

Ternyata, Lailatul Qadr hanya untuk hamba Allah yang benar-benar bersungguh berusaha.


Jangan bermimpi hendak mendapatkan syurga dengan bermain-main

Dan perkara ini jelas menunjukkan kepada kita betapa perkara besar seperti keampunan Allah, rahmatNya, syurgaNya, malam yang lebih baik dari 1000 bulan, bukanlah perkara yang kita boleh dapat dengan bernasib baik seakan-akan bermain loteri.

Tiada orang akan mendapat syurga dengan bermain-main.

Semua mendapatkannya dengan kesungguhan.

Begitulah mahalnya Al-Qadr.

Tidakkah kita memahami?


Dan untuk mereka yang telah berusaha bersungguh-sungguh

“Ala, kalau sungguh-sungguh daripada awal, tapi mungkin nanti malam lailatul qadr tu tertidur ke, kan sia-sia juga”

Mungkin sebahagian kita bagi alasan begitu pula.
Tak mengapa. Terlepas pun tak mengapa kalau kita dah sungguh-sungguh dari awal. Pada saya, orang yang bersungguh-sungguh dari awal, dia nampak kenapa dia beribadah, kenapa dia bersungguh-sungguh. Dia menyembah Allah, mengharap redha Allah. Bukannya dia menyembah lailatul qadr, mengharap redha malam itu kepadanya.
Dan jangan kita pandang enteng rahmat Allah SWT kepada orang yang berusaha mendekati-Nya dengan bersungguh-sungguh. Saya tak pernah rasa, bahawa Allah SWT akan mesia-siakan hamba-hamba-Nya yang bersungguh-sungguh itu. Orang yang bersungguh-sungguh ini, pastinya Allah akan berikan yang terbaik untuk-Nya.
Kalau tak dapat lailatul qadr, tapi dapat redha Allah, dapat pengampunan Allah, bukankah itu sudah dikira kemenangan?
Kalau dapat lailatul qadr, tapi kemudian tetap jadi manusia ingkar, tak ikut peraturan yang Allah tetapkan, maka apakah yang besarnya? Pahala lebih dari 1000 bulan itu, kemungkinan akan susut dengan sikap suka mengumpat, dengan dosa-dosa, dengan menganiaya orang lain dan sebagainya. Dapat lailatul qadr, lepas tak bangun dah qiam pada malam-malam lain. Adakah itu kemenangan?
Sedangkan, kita semua faham bahawa bukanlah lailatul qadr itu yang memberikan pahala. Allah jugalah yang memberikan pahala kepada kita.

Penutup: Ramadhan masih belum berakhir

Ramadhan masih belum berakhir. 10 malam terakhir masih belum tamat.

Hidupnya kita lagi pada hari ini tanda Allah masih memberikan peluang kepada kita.

Maka sepatutnya kita tunjukkan kesyukuran kita dengan serius mempertingkatkan amalan.

Apakah kita tidak beriman dengan ayatNya?

“Sekiranya kamu bersyukur, maka Aku akan tambahkan(nikmat pemberianKu)” Surah Ibrahim ayat 7.

Jadi bergeraklah wahai hamba Allah.

Bergerak merembat segala peluang yang Dia wujudkan untuk kamu hambaNya.

Selagi waktu dan nyawa masih ada pada kita.
wallahu'lam...

Hari- Hari Terakhir..

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..

Assalamualaikum..

Kembali berblog..


Alhamdulillah..setinggi2 syukur dirafatkan padaNya yang telah melimpahkan nikmat dan rahmat buat kita semua .Tanpa rahmat dan kasih sayangnya, siapalah kita??
Alhamdulillah..kita sudah berjaya melewati hampir sebulan bersama Ramadhan kareem..kini hanya tinggal beberapa hari saja lagi, lebih kurang 6 hari lagi dia bakal meninggalkan kita semua..kita pula bakal menanti kehadiran Syawal yang bakal melabuhkan tirainya..
Terasa masa itu bergerak terlalu pantas..tidak sedar yang kini sudah berada di penghujung Ramadhan..Terasa sayu dan sedih untuk berpisah dengan bulan Ramadhan, bulan yang penuh dengan keberkatan, bulan keampunan dan bulan kerahmatan..

Kini dengan berbaki lagi lebih kurang 6 hari,saya mengajak diri saya dan semua umat manusia supaya memanfaatkan dan meanggunakan setiap ruang dan peluang yang tinggal untuk terus melipatgandakan amal ibadah kita.Pada bulan Ramadhan, semua ibadah sunat yang dilakukan mendapat ganjaran yang berlipatkaliganda berbanding bulan-bulan biasa..Gunakan masa yang ada untuk memohon keampunan dan taubat dariNya supaya diampunkan dosa-dosa yang lalu dan yang akan datang.. Mudah-mudahan di akhir madrasah Ramadhan ini, kita berjaya mendidik diri untuk menjadi hamba-hamba yang bertaqwa..InsyaAllah..

Disini saya mengingatkan kembali dalil yang mensyariatkan untuk kita berpuasa :

“Wahai orang-orang yang beriman, puasa telah diwajibkan ke atas kamu sebagaimana ia telah diwajibkan ke atas generasi sebelum kamu, mudah-mudahan (dengan puasa itu) kamu bertaqwa” [al-Baqarah 2: 183]

T.A.Q.W.A..?..ittaqullah..

Apa itu taqwa sebenarnya.. Taqwa diumpamakan seperti kita melalui denai yang berduri. Bagaimana kita hendak berjalan supaya tidak terpijak duri? Semestinyalah kita berjalan dengan berhati-hati supaya tidak terkena dan terpijak duri itu.. Itulah taqwa…


Dalam kita sibuk dan bergembira dengan kehadiran syawal yang bakal tiba, jangan abaikan dan sisihkan ramadhan yang masih lagi bersama kita.. Terutamanya hari-hari terakhir ini kerana terdapat satu malam yang telah dianugerahkan oleh Allah untuk kita, malam Lailatul Qadar , malam yang lebih sempurna dari seribu bulan.

Bismillahirrahmanirrahim..

1.Sesungguhnya kami telah turunkannya (al Qur’an) pada malam al qadr.
2.Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu?
3.Malam al qadr itu lebih baik daripada seribu bulan
4.Turun malaikat2 dan malaikat Jibril padanya(malam al qadr) dengan izin Tuhan mereka membawa segala urusan.
5.Selamat sejahteralah ia(malam al qadr) sehinggalah terbit fajar (Subuh).

Surah al qadr(1-5)


Menurut kebanyakan ulama, malam Al Qadr boleh dijumpai pada 10 malam terakhir ramadhan dan carilah pada malam-malam yang ganjil.. Sama-malah berdoa dan berniat agar Allah memilih kita untuk bertemu dengan malam itu..istimewanya Ramadhan dengan kehadiran malam lailatul qadr. Sesiapa yang beribadah pada malam itu, seolah-olah beribadat selama 83 tahun. Kalau kita lihat, umur umat Muhammad kebanyakan tidak berjaya sampai pada umur 83 tahun.. Betapa sayang dan kasih Allah pada umat Muhammad, diturunkan malam lailatul qadr..Sangat banyak keistimewaan dan kelebihan malam lailatul qadr. So, jangan lepaskan peluang untuk mencari malam itu dengan membanyakkan ibadah terutama pada malam-malam ganjil .Jangan hanya mencari tapi tidak melakukan ibadah pada malam itu..sangat rugi..kerana kita tidak tahu mungkinkah diberikan kesempatan lagi untuk bertemu Ramadhan yang akan datang..Hargai masa , ruang dan peluang yang masih ada.

Akhir kata..ayuh sama-sama muhasabah diri apakah kita telah memanfaatkan kehadiran Ramdhan dengan sebaiknya?? Jika terasa masih kurang, gunakanlah masa yang masih ada sementara ramadhan masih bersama kita..Jom kita sama-sama menghidupkan malam-malam terakhir ini dengan membayakkan lagi amal ibadah..mudah mudahan kita terpilih untuk menjadi tetamu al qadr.. InsyaAllah.

Wallahua’lam..

Search This Blog


 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 COGITO ALLAH SUM..... |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.