Salam Aidilfitri..


Allahu akbar..Allahu akbar.
la ilahailallah wallahu akbar..
Allahu akbar walillah ilham..

Alhamdulillah, di Malaysia kita dapat menyambut hari raya dengan aman dan mewahnya. Sangat banyak dan besar nikmat yang dilimpahkan untuk kita semua sehingga kita dapat mengecapi dan meraikan idilfitri tahun ini dengan aman dan sentosa tanpa apa-apa bencana sepertimana yang melanda Pakistan. Tapi dalam kita bersukaria dan bergelak ketawa, jangan dilupa pada yang kurang bernasib baik dan golongan yang memerlukan.. Apatah lagi sesekali fikir-fikirkan saudara seislam kita di Palestine sana. Nasib kanak-kanak Aqsar disana tidak sepeti kanak-kanak di Malaysia..sangat beruntung dan bertuah kita diberi nikmat menyambut aidilfitri di Malaysia.

Sempena hari raya ini, marilah sama-sama kita merenung sebuah hadith Nabi yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik, berkaitan dengan konsep 'hari raya' yang lebih luas. Menurutnya, Nabi Muhammad saw. bersabda hari raya yang sebenarnya bagi orang beriman itu ada pada 5 keadaan:


1. Setiap hari ia berjalan dan bertemu seorang yang beriman serta ia tidak melakukan sebarang dosa, itu ialah hari raya baginya.

2. Hari keluarnya dari dunia dengan penuh keimanan dari tipu daya syaitan

3. Hari menyeberang Siratul Mustaqim dan terselamat dari bencana jatuh ke dalam api neraka

4. Hari kita masuk syurga dengan selamat dan terlepas dari api neraka

5. Hari ia menatap wajah Allah Ta'ala

Menurut Nabi Muhammad saw. Hari Raya bagi setiap orang beriman ada pada 5 ketika; iaitu setiap hari yang dia tidak melakukan sebarang dosa, saat meninggal dunia dalam husnul-khatimah, hari berjaya melintasi Siratul-Mustakim dan terselamat dari masuk ke neraka, masuk ke dalam syurga dan hari dia mengadap Allah Taala.

Sekiranya kita tidak melakukan sebarang dosa pada sesuatu hari, itu adalah hari raya bagi kita. Kalaulah kita berusaha sungguh-sungguh menghindarkan diri melakukan sebarang dosa dengan menjauhi larangan Allah serta mematuhi segala perintah Allah, hari itu adalah sebenarnya hari yang harus dirayakan.

Saat menghembuskan nafas terakhir dengan penuh keimanan dari tipu daya syaitan juga termasuk dalam 'hari raya' yang dimaksudkan oleh Nabi Muhammad saw. Saat sakratul-maut adalah masa yang paling genting bagi setiap individu. Kesakitannya yang amat sangat bukan saja menimpa jasad bahkan rohnya juga; seperti yang digambarkan oleh ulama kesakitannya lebih dahsyat daripada dipalu dengan 1000 pedang, atau digunting dengan beberapa gunting atau digergaji dengan beberapa gergaji. Malahan dikatakan saat sakrat adalah hari kiamat bagi si-mati.

Menurut Imam Ghazali kesusahan mati itu 3, pertama kesakitan sakrat, kedua kesusahan melihat kedatangan malaikatul-maut dengan mukanya yang amat bengis dan ketiga kesusahan jika dinampakkan tempat kediaman di neraka (jika ahli maksiat). Sudahlah tidak tertahan dengan kedahsyatan yang amat sangat, syaitan pula sibuk menangguk di air keruh. Di saat inilah dia menjalankan taktik dan strategi terakhir untuk menumpaskan kita. Hanya orang yang Allah tetapkan mati dalam husnul khatimah saja terlepas dari tipu dayanya. Berjayanya kita di saat ini barulah kita dapat menikmati hari raya sebenarnya. Namun alam perkuburan merupakan alam yang penuh dengan peristiwa-peristiwa dahsyat. Bagi orang mukmin, ia merupakan satu taman dari taman-taman syurga, sebaliknya bagi orang kafir, alam barzakh adalah satu pintu dari pintu neraka.

Hari Raya seterusnya adalah hari kita berjaya melepasi api neraka selepas merentas Titian Siratul Mustaqim. Sebelum menyeberang jambatan yang direntang di atas kawah neraka, setiap individu disoal dan ditimbang amalan baik dan jahatnya. Selesai dari segala perhitungan tersebut barulah diperintah meniti Titian yang sangat tajam dan sangat halus ini. Orang yang mengikut jalan lurus semasa di dunia selamat menyeberang dengan kelajuan yang pantas. Malangnya mereka yang menyeleweng dari jalan lurus di dunia gagal dan jatuh ke dalam api neraka. Bayangkan betapa dahsyat dan ngerinya berada di jambatan yang di bawahnya terdapat lautan api yang sentiasa mengait sesiapa saja yang berdosa. Andainya terlepas dari tercebur ke neraka, barulah boleh kita berhari raya.

Hari kita masuk syurga adalah hari raya seterusnya bagi orang beriman. Terlepasnya dari neraka bermakna kita akan dimasukkan ke dalam syurga yang penuh dengan kenikmatan dan kelazatan. Syurga adalah tempat manusia pilihan. Penghuni-penguni syurga dengan muka yang berseri-seri diberikan kerajaan yang sangat luas dengan mahligai yang besar serta menikmati pelbagai juadah yang lazat-lazat. Pendeknya mereka beroleh segala kelazatan dan terhindar dari segala seksa. Inilah sebenarnya hari raya bagi orang mukmin.

Hari raya yang paling meggembirakan orang beriman ialah di saat memandang wajah Agung Ilahi. Inilah kenikmatan yang paling agung dan lazat sehingga terlupa kelazatan dan kenikmatan syurga. Ia merupakan puncak atau klimaks kenikmatan orang beriman.

Memandangkan kita belum pun menempuh saat-saat di atas, sepatutnya kita berasa cemas dan berwaspada. Dalam masa kita bersuka ria menyambut hariraya ini, lintaskanlah di hati sanubari kita bahawa hari raya sebenarnya belum kita tempuhi lagi. Amat jauh terpesongnya budaya kita yang menyambut hariraya dengan maksiat seperti hiburan, nyanyian, tarian dan pelbagai kegilaan yang melupakan kita akan hari raya sebenarnya. Hari Raya Idilfitri hanya satu gambaran atau tamsilan bagi kita merenung bahawa Allah akan membalas dengan ganjaran baik jika berjaya melepasi rintangan hawa nafsu dan mengendalikan hidup mengikut cara yang Allah redhai.

Mudah-mudahan hariraya yang kita hadapi ini tidak berakhir di sini saja, sama-samalah kita berdoa semoga ia berterusan sehinggalah kita berjaya melepasi sakratul-maut, titian siratul-mustaqim, menjadi penghuni syurga dan akhirnya mengadap zat Allah Taala di syurga kelak.
Amin..


Dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan :

SELAMAT MENYAMBUT HARIRAYA AIDILFITRI
Taqabbalallahu minna wa minkum,
shiyamana wa shiyamakum,
minal 'aidin wan faizin
Mohon maaf zahir dan batin

Salam Aidilfitri..
Salam Lebaran..
Salam Syawal..
Salam kemenangan..
salam kemaafan dan
salam ukhwah…

Sambutlah aidilfitri denagn penuh kesyukuran dan pengertian. Moga segala ibadah yang kita lakukan sepanjang Ramadhan diterima dan dipandang oleh Allah S.W.T. semoga madrasah Ramadhan dapat mendidik jiwa-jiwa kita untuk terus bertaqarub padaNya.

Salam Aidilfitri daripada saya,
NURUL AIDA BINTI MOHD JAFRY

Ucapan ditujukan buat,

Semua yang mengenali diri ini terutama pengunjung blog ini dan seluruh umat Islam yang merayakan aidilfitri.

>>> Seluruh ahli keluarga..
>>> Cikgu-cikgu yang pernah mengajar saya ( TADIKA, PASTI, SK Kijal, SK Pusat Kemaman & SMK Rusila )
>>> Semua pensyarah ( PASUM & UMK)
>>> Sahabat-sahabat yang disayangi sekalian ( terutama buat student ex- 5Sn '07' SMKR, Budak PASUM 08/09 esp all student S3, rakan-rakan APIDS 08/09 & senior n junior UM n UMK dan buat kawan2 seangkatan SBH esp Zinnirah Clear)
>>> Ex-Murabbiyah sy, Kak Zaimie, Kak Hajar n Kak Syahid n semua akhwat2 terutama my ex halaqahmate,( Aini, Syakinah, wanie dan ika.)
>>> To my sifu, Kak Maya n kak Sara
>>> tidak lupe jugak buat roomate tercinta, Farah, Syaf dan ila.
>>> lastly buat Pn Azrina bt ba'ai dan keluarga.(sy tau, dia tak bace pon. just wish lam blog.hehe. Sori!!)

wassalam..~~

0 comments:

Search This Blog


 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 COGITO ALLAH SUM..... |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.