Rahmat dan nikmat


Assalamualaikum w.b.t..
Subhanallah..
Alhamdulillah..
Allahuakbar..




Kali ini mahu berkongsi satu hadis yang saya rasakan agak terkesan. Ayuh muhasanah seketika.

Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:

"Seseorang tidak akan dimasukkan ke syurga dengan sebab amalannya". Sahabat bertanya: "walaupun kamu, ya Rasulullah?" jawab Rasulullah SAW: " Walaupun saya, melainkan dengan limpahan rahmat Allah SWT kepadaku."

(Riwayat al-Bukhari)

Apa yang kita faham dari hadis diatas?



Hrmm…


Kita akan masuk syurga bukan kerana banyak dan hebatnye amalan kita tapi kerana rahmaNya. Walau banyak mana pun amalan yang kita kerjakan, belum tentu layak untuk menginjakkan kaki ke syurgaNya.. Betapa susahnye untuk menempahkan diri untuk ke syurga.Sama-samalah berusaha untuk ikhlas dalam beribadah padaNya mudah mudahan kita sentiasa dilimpahkan dengan rahmat, innayah dan kasih sayangNya buat diri kita. Semoga redhaNya sentiasa bersama kita. Jangan terlalu berbangga dengan amalan yang kita lakukan. Lakukan dengan seikhlas yang mungkin, semata-mata keranaNya..Ye, beribadah hanya keranaNya, tiada tujuan lain.


Dalam apa jua yang kita lakukan, bukan kerana banyaknya dan hebatnya usaha kita yang menyebabkan kita berjaya dan bahagia. Segala-galanya datang dariNya. Jangan terlalu berbangga dan merasa gah dengan kelebihan dan kehebatan yang dipinjamkan olehNya pada kita, kerana itu adalah ujian. Kelak pasti kita kan disoal bagaimana kita menggunakan segala nikmatNya..



Dalam menghadirkan keikhlasan dan kecintaan padaNya dalam beribadah bukan perkara yang mudah, dan ianya memerlukan mujahadah yang tinggi, memerlukan pada jiwa yang tenang dan penuh kehambaan. Rabiatul Adawiyah, salah seorang mujahidah yang mencintai Allah melebihi segala-galanya pernah bermunajat pada Allah :



“Tuhanku, sekiranya aku beribadah kepada-Mu karena takut neraka-Mu, biarlah diriku terbakar api jahanam. Dan sekiranya aku beribadah kepada-u karena mengharap surga-Mu, jauhkan aku darinya. Tapi, sekiranya aku beribadah kepada-Mu hanya semata cinta kepada-Mu, Tuhanku, janganlah Kauhalangi aku melihat keindahan-Mu yang abadi ".


Subhanallah..Maha Suci Allah..Dia yang memiliki segala-galanya.Dia yang mengetahui segala-galanya. Dialah pencipta langit dan bumi.



Siapalah kita tanpa rahmatNya..? Betapa besar rahmatNya buat kita, terasa diri terlalu kerdil tatkala dilimpahkan segala nikmat buat diri .Selalunya kita kadang-kadang terlupa untuk bersyukur. Paling mudah sebagai tanda bersyukur megucapkan Alhamdulillah..itupun kadang-kadang tersa berat. Kebiasaannya terkeluar perkataan lain dulu sebelum mengucapkan Alhamdulillah..



Apabila menerima sesuatu yang baik, perkataan ok atau bolehla mendahului perkataan alhamdulilah. Apabila ditanya sihatkah hari ini, kita pasti terus menjawab sihat mendahului ucapan Alhamdulillah..itu fenomena biasa berlaku pada diri kita dan saya..Mungkin kita kata ucap dalam hati, baguslah kalau macam tu.Macammane bagi yang terlalu berat tuk ucap Alhamdulillah..Mungkin merasakan itu hanyalah perkataan dalam bahasa Arab. Tapi ucapan itu terlalu besar bagi Nya. Ucapan penghargaan dan kesyukuran seorang hamba buat sang Pencipta..


Sebagaimana dalam Al-Qur’an, Allah menjanjikan akan menambah nikmat bagi mereka yang bersyukur.

Dan (ingatlah) tatakala Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras". (Surah Ibrahim ayat 7)

Jom sama-sama menanamkan rasa Qana’ah dalam diri. Bersyukur dengan apa yang ada. Bersyukur sentiasa..





Say Alhamdulillah, Thank you Allah..for everything.~

Walllahua’lam..
*peringatan buat diriku terutamanya..(^_^)


0 comments:

Search This Blog


 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 COGITO ALLAH SUM..... |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.