Rintihan....




Biar berlinangan airmata
Ku takkan hentikannya
Biarkan Dia menyembuh luka
Hilanglah rasa duka

Tidak ku termampu merentasi liku-liku
Tidak ku mampu menghadapi semua itu
Sungguh ku tak upaya
Jangan dibiarkan jerih perih kehidupan
Bisa meleraikan iman
Kan hancur semuanya

Walau menitis airmata darah
Tak bisa merubah segalanya
Melainkan taubat nasuha
Moga kan diterima..

Namun ku percaya
Masih ada kesudahannya
Kerana Allah itu
Maha kaya maha mendengar
Rintihan hamba-hambanya

Kerana sesiapa bertaqwa kepadanya
Pasti akan ada jalan keluarnya
Rezeki yang tidak disangka-sangka
Cukup Allah baginya
Berkuasa segala-galanya
Terima seadanya.....
~ Hijjaz~

KEPASTIAN



Kepastian -Inteam

Ujian Tuhan kepada semua insan
Adalah kehidupan ini
Yang baik menjadi tuntutan
Yang buruk dijauhkan

Syurga yang dijanjikan
Bukanlah suatu khayalan
Tentang nikmat berpanjangan Ilahi

Neraka yang tercipta
Menghimpun azab derita
Tangisan kesengsaraan insan

Syurga adalah kelazatan
Terbentang buat hamba beriman
Yang kasihkan Tuhannya...
Yang kasihkan Rasulnya..
Yang kasih agamanya..

Neraka tempat kemurkaan
Antara kedurjanaan insan
Yang lupakan Tuhannya...
Yang lupakan Rasulnya..
Yang lupa agamanya...

Siapakah yang lebih mulia
Dari mereka yang tidak lupa...
Janji Allah adalah kepastian
Dan nikmat syurga adalah indah..

klik here to see the video**

Musibah vs Ibrah

Assalamualaikum..

Belakangan ini, bermacam-macam berita yang didengari samada dalam negara dan luar negara. Tidak kurang yang kerap diberitakan tentang bencana alam spt banjir , gempa bumi dan gunung berapi.Keadaan banjir yang melanda hampir diseluruh malaysia dan yang terbaru banjir di Australia. Banjir di Australia dikatakan paling teruk belaku pada tahun ini. Pelbagai musibah diturunkan diseluruh alam maya ini. Bermacam-macam yang berlaku sejak dua menjak ini.

Apakah petandanya? Persoalan itu mungkin tedetik di hati mereka yang mahu berfikir dan ingin mengmbil ibrah daripada setiap yang berlaku..

Jika mengikuti pekembangan yang berlaku kini, 'event' yang paling 'hot' yang sedang mendapat liputan diseluruh pelusuk dunia ialah masalah kebangkitan rakyat Mesir untuk menundukkan pemerintah, presiden Mesir, Hosni Mubarak yang telah memerintah selama 30 tahun. Rakyat Mesir bangkit menentang pemerintahan HM yang mempraktikkan pemerintahan tentera dimana pemerintahan secara kuku besi yang mengamalkan dasar kapitalis yang mengekang dan menindas rakyat di mesir.

Kebangkitan ini dilihat sebagai kesinambungan revolusi kebangkitan di Tunisia . Sebelum ini, kita digemparkan tentang kebagkitan Rakyat Tunisia untuk menamatkan pemerintahan di Tunisia. Revolusi jasmin telah berjaya menumbangkan rejim Ben Ali. Hasil daripada kebagkitan itu, tampuk pemrintahan baru bakal dilaksanakan. Satu perubahan besar dalam sistem pemerintahan di Tunisia berjaya disuarakan oleh rakyat melalui protes dan tunjuk perasaan yang mencetus kebangkitan rakyat Tunisia. Kini, gelombang kebagkitan di Tunisia terbias pula pada rakyat di Mesir dan negara arab sekitarnya.

Kebangkitan rakyat menentang pemerintah yang zalim dilihat satu impak yang besar khususnya dalam usaha umat Islam menegakkan khilafah Islamiyah. Menurut pandangan dan kajian daripada golongan yang prihatin dan sentiasa ambil cakna, mereka berpendapat hanya khilafah adalah solusi.Kebangkitan yang dirintiskan oleh Tunisia ini haruslah dilihat sebagai permulaan yang baik ke arah merealisasikan sistem khilafah di seluruh negara.Tapi ianya takkan terrealisasi andai minda dan pemikiran kita disekularkan oleh barat. Let's open our eyes, heart and minds.

Seperti mana yang disampaikan dalam sebuah hadis yang di riwayatkan oleh Ahmad,

ثُمَّ تَكُونُ خِلَافَةً عَلَى مِنْهَاجِ النُّبُوَّةِ

"....Kemudian akan tertegak Khilafah mengikut manhaj kenabian.."[Hadis Riwayat Ahmad]






adakah peristiwa yang berlaku kini merupakan titik permulaan kearah kejayaan Islam. janjiNya adalah benar bahawa Islam itu pasti MENANG..

Kebangkitan yang cube disemarakkan oleh rakyat-rakyat di Tunisia dan Mesir diharapkan memberi impak yang positif buat kita.Banyak pengajaran dan hikmah yang patut diambil daripada apa yang sedang berlaku kini.

Ibrah daripada 'event' yang sedang berlaku kini yang saya dapat, kita perlu berani untuk berubah.Berani untuk melakukan satu perubahan ke arah yang lebih baik. Prinsip ini perlu diterapkan dalam kehidupan kita sehari-harian, terutama sebagai seorang pelajar. Untuk berjaya,perlukan pada perubahan. Kita yang perlu berubah membaiki diri jika inginkan sesuatu yang lebih baik.Sesuatu itu takkan datang dengan sendiri tanpa usaha.

Seperti mana yg tercatat dalam surah Ard ayat 11 :

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ” QS 13:11

Segala-galanya memrlukan pada usaha dan kegigihan .Lonjakan paradigma perlu ditonjolkan. Kita tak akan maju dan berjaya sekiranye masih ditakuk lama dan bermalas-malasan. Ayuh sama-sama lakukan perubahan, bermula dengan pengislahan diri dan seterusnya akan mampu untuk mengajak orang lain dan akhirnya mampu mengubah dunia. Nothing is impossible in this world to a willing heart..

Apa yang berlaku hari ini tidak mustahil berlaku di negara kita. Sudah bersediakah kita? bagaimanakah kita? Sbg pelajar, kita perlu ada kesedaran dan kecaknaan tentang apa yang sedang dan akan berlaku. Gunakan apa sahaja yang ada pada diri, samada harta, masa, tenaga dan ilmu untuk memperjuangkan agama dan kedaulatan negara. pelajar seharusnya melengkapkan diri dengan segala ilmu dan kefahaman yang mantap untuk membantu ummah. Dengan ilmu kita bisa mengalahkan yang batil. Dengan ilmu juga mampu menegakkan kebenaran. Jadi, jom kobarkan semangat bersungguh-sungguh dalam study. Kita akan kukuh dengan ilmu dan pemahaman. Jika ingin berjuang, semangat saja tidak cukup, sgt perlu pada ilmu dan kefahaman.Darjat mereka yang menuntut ilmu sangat tinggi disisi Allah.

Andaikan esok adalah hari kemenangan ISLAM, apakah sumbangan yang telah kita berikan? Tercatatkah kita antara salah seorang yang menyumbang ke arah itu? Dimana posisi kita dalam mendaulatkan Islam? Allah menjanjikan bahawa Islam itu pasti akan menang..persoalan kini, bile? Bila itu rahsianya. Ianya takkan mampu direalisasikan dalam masa yang terdekat andai kita belum mulakan dari sekarang.

Buat sahabat-sahabiah sekalian, ayuh sama-sama kita 'bekerja' untuk Allah dan Rasul demi Islam tercinta. Jadilah kita salah seorang Ansorullah. Semoga kelak kita juga tercatat sebagai orang yang membantu agamaNya. Joooom..Perbaiki diri dan ajaklah orang lain..Semoga dengan usaha yang kecil ini mendapat pandangan yang besar disisiNya..Sumbanglah sesuatu untuk Islam!!

Wallahua'lam...



p/s : sama-samalah mengambil ibrah dari setiap apa yang berlaku, mungkin ia adalah peringatan,boleh juga sebagai amaran dariNya. Doakan kejayaan dan kesejahteraan kita bersama..


"apabila berlakunya musibah, hadapilah dengan tabah dan pasrah, ambillah darinya segala 'ibrah (pengajaran), jadikanlah ianya sebagai khibrah (pengalaman), buat bekalan menempuh hayah (kehidupan), agar selamat dunia dan akhirah"

Ujub Zaman Modern

- Artikel iluvislam.com

Kita selalu dengar tentang ujub. Ujub adalah suatu penyakit hati yang bermaksud takjub dengan diri sendiri. Ujub merupakan titik tolak kepada penyakit hati yang lebih besar seperti riak (menunjuk-nunjuk) dan takabbur (membesarkan diri sendiri). Sifat-sifat ini tidak layak ada pada manusia.

Hanya Allah SWT. sahaja yang layak memiliki sifat ini kerana Allah-lah yang mencipta sekalian alam dan pemilik segala kekuatan. Maka, tidak salah bagi Allah SWT. untuk merasakan diri-Nya hebat, menunjuk-nunjuk kehebatan-Nya, dan mengagungkan diri-Nya.

Manusia yang ujub merasakan dirinya hebat. Contohnya, seseorang itu berasa ujub apabila dia berdoa lebih lama daripada orang lain, berasa ujub apabila sujud lebih lama daripada orang lain, berasa ujub apabila sedekahnya lebih banyak daripada orang lain. Mudah cerita, bisikan yang terlintas di hati berbunyi seperti "Uishh... aku sujud lebih lama daripada dia...".

Perkembangan pesat teknologi di zaman ini menjadikan penyebab penyakit hati juga turut maju selaras dengan perkembangan semasa. Penyakit hati ini akan meresap bersama-sama pesakit dan mengikuti perkembangan dunia. Berikut merupakan sedikit sebanyak contoh-contoh ujub atau riak yang telah wujud di zaman moden.

1. Blog dan "Followers"
Kebiasaannya perkara ini hanya menimpa dikalangan "blogger". Mereka berisiko untuk merasa diri hebat apabila ramai peminat ataupun "followers" yang mengikuti blog mereka. Ribuan atau ratusan "followers" menyebabkan diri terasa hebat dan dikenali ramai. Tidak salah untuk kita berasa seronok dengan ramainya "followers". Tetapi seronok atas dasar apa? Seronok kerana dapat mencurahkan ilmu kepada ribuan atau ratusan "followers" atau seronok kerana melihat JUMLAH "followers" yang banyak?

2. "Like" di Facebook
Post "status" di laman sosial facebook. Ramai pula yang tekan "like". Apabila ramai yang "like", mulalah rasa diri mendapat perhatian ramai. Setiap cetusan minda yang terpapar di laman Facebook dihargai dan rasa bangga dengan apa yang telah dihasilkan. Awas! Tidak salah untuk merasa gembira apabila orang lain suka apa yang kita lakukan, tapi janganlah sampai merasa riak dan berbangga dengan diri sendiri.

3. Komen di Facebook
Mungkin juga kita akan rasa teruja apabila ramai yang memberikan tindakbalas yang memberangsangkan pada "post" kita di Facebook. Apabila ramai sangat, mungkin bibit-bibit perasaan ujub akan mula lahir.

4. Komen Gambar di Facebook
Perkara ni mungkin berlaku pada lelaki yang kacak dan perempuan yang cun sahaja. Apabila cun atau kacak, ramailah yang komen. Tidak kurang juga yang memuji. Apabila banyak sangat terima pujian, mulalah rasa semacam dan seronok dengan pujian itu. Maka, perasaan ujub pun senang-senang boleh diterbitkan.

6. Ramainya Kawan atau Peminat di Facebook
Jumlah sekali lagi memainkan peranan penting bagi syaitan untuk menghasut manusia untuk berasa riak. Ramai bilangan rakan maya di facebook juga membolehkan perasaan ujub diterbitkan. Itu baru kawan, apatah lagi peminat artis yang mencecah jumlah ratusan ribu, malahan jutaan orang. Apabila ramai orang yang meminati artis tersebut, mungkin perasaan ujub akan muncul. Hati-hati!

7. Berdakwah di Facebook
Mungkin ramai kawan kita yang merapu di Facebook. Sebagai orang yang merasa dirinya wajib untuk berdakwah, maka Facebook dijadikan medan untuk berdakwah di tengah-tengah rakan Facebook yang banyak merapu. Maka, jadilah kita orang yang terpencil kerana tidak merapu sedangkan yang lain banyak yang merapu.

Apa yang dibimbangkan di sini, apabila kita berdakwah, kita turut akan berbangga dengan apa yang kita lakukan. Awas, wahai da'ie!

Jadi, berhati-hatilah dengan hati! Semoga kita dilindungi Allah daripada penyakit-penyakit hati ini. Ingatlah bahawa, setiap apa kebaikan yang kita lakukan semuanya adalah daripada Allah jua. Kita tiada hak untuk merasa ujub kerana tanpa izin-Nya ia tidak mungkin akan berlaku. Kembalilah apa jua pujian itu kepada Allah.


Ayuh, sama-samalah perbetulkan niat dalam melakukan apa-apa amalan atau perbuatan. Mudah mudahan setiap perbuatan yang kita lakukan menjadi satu ibadah dan mendapat pandangan yang tinggi pada sisiNya. Walaupun ianya nampak kecil pada pandangan manusia, tapi terlalu besar pada sudut pandangNya. Biarkan sedikit, janji bermanfaat daripada banyak tapi tiada memberi apa-apa. Right to say, quality is more important than quantity.

dalam apa-apa pekerjaan, perlakuan dan kerja amal, lakukanlah dengan sepenuh keikhlasan dengan harapan mengharapkan redhaNya semata-mata, bukan dibuat manusia, untuk memuaskan hati mana-mana pihak atau untuk mendapat pujian, gelaran dan untuk dikenali, disegani atau dihormati. Cukuplah Allah sebaik-baik penilai..
Sentiasa renew niat dan renovate hati..

Wallahua'lam..

Perkongsian Cerpen

Perkongsian cerpen drp iluvislam.com

Tajuk : Ada solehah dalam diriku , karya Saudari Syahadatul Hafizah.
.............................................

Izah mengirai-ngirai rambutnya yang masih basah. Diselak-selak sendiri dengan tangannya yang mulus. Kemudian, dilap kembali dengan tuala pinknya. Membalut, seterusnya menyanggul rambut ikal mayang basah nya itu.

Dia menapak ke sisi katil. Telefon bimbitnya digagau di bawah bantal. Ia berkelip. Ada dua mesej tertera. Kedua-duanya sudah tidak sabar untuk dibuka. Izah duduk di tepi katil, lantas menekan butang 'open'. Ada mesej dari Ikhwan, ada mesej dari Dzikry. Sambil senyum tipis, membaca sekilas mesej Ikhwan, Izah membiarkannya. Membuka pula mesej Dzikry, juga tersenyum tipis.

Izah berkeputusan membalas kedua-dua mesej tersebut. Sebetulnya sebelum mandi tadi, memang dia sedang bermesej dengan kedua-dua lelaki itu. Dia meletakkan telefon bimbit itu ke atas meja belajarnya. Mengambil losyen Nivea kemudian melumurkan ke bahu kanannya. Jam dari laptopnya berdenting sekali menandakan sudah pukul 7 malam.

Sambil meratakan losyen ke seluruh lengan kanannya, Izah menekan butang 'reply'.

"X wat apa pun..baru siap mandi.."

Izah menekan butang send.

Pintu bilik diketuk perlahan. Salam halus kedengaran pintu bilik dikuak. Muncul Fasihah dengan senyumannya yang manis. Rambutnya juga dibalut dengan tuala, persis Izah. Cuma yang berbeza, Fasihah nampak manis dan sopan dengan baju kelawar bercorak batik labuhnya. Berlengan panjang santak ke hujung lengan. Warna biru laut yang ceria, dihiasi warna-warna pastel yang lain. Tompokan bunga pink, kuning, hijau epal dan lilac tambah menyerikan gadis itu. Sedang Izah ada di birai katil, dengan handphone di tangan, masih selesa berkemban dengan kain batik.

Fasihah cermat-cermat meletakkan baldi berisi bekas mandi dan peralatan mandinya bersebelahan baldi Izah di ruang kanan bilik itu. Kipas siling di bilik 30x25 itu berpusing ligat. Fasihah lantas meleraikan balutan rambutnya. Terurailah rambutnya yang ikal mayang berkilat santak ke punggung itu. Dia mengambil sikat dan menyikatnya perlahan. Usai merapikan rambut, dia terus menyarungkan jubahnya. Anak telekung dipakai, dan telekung solat disuakan ke mukanya. Dia membuka lokernya, menyorong laci seterusnya mengeluarkan sepasang sarung kaki coklat yang baru. Menutup pintu loker seterusnya mengenakan sarung kaki tersebut.

Izah terus-terusan menghadap handphonenya. Fasihah melihat wajahnya sekilas di cermin. Jam berdenting sekali lagi dari laptop Izah menandakan sudah pukul 7.15 malam.

"Ahh..aku perlu cepat. Tak lama lagi azan akan berbunyi. Nanti tak sempat pula nak beriktikaf dan solat sunat qabliyyah," bisik Fasihah.

Fasihah senyum sekilas pada Izah. Izah hanya membalas dengan pandangan kosong. Fasihah terus keluar dan menutup pintu cermat-cermat, dengan Al-Qur'an hijau kesayangannya di tangan kanan. Tanda tanya timbul dalam hati Izah.

"Aik..selalunya dia ajak aku ke surau bersama.. Em, takpelah..bagus jugak. Takdelah aku serba salah nak cari alasan.. Peliknye..nak pi surau je, dekat je pun..nak pakai stokin jugak..hai.." Izah senyum sinis sambil terus menyambung menaip pesanan ringkas.Dzikry menunggu di hujung sana.

Tepat pukul 9.30 malam, Fasihah pulang dengan menjinjit beg plastik. Masih dengan senyumannya, dia hati-hati meleraikan telekung solatnya yang sedikit biru nila itu. Usai disangkut di hanger, lantas menggantungnya di hujung katil, Fasihah menyuakan bungkusan itu pada Izah yang leka mengadap laptopnya. Ada bunyi deringan menandakan mesej masuk. Bunyi mesej YM.

"Zah, jom makan sama-sama. Ada biskut raya. Amalina yang bagi, dia ajak singgah ke biliknya lepas solat Isya' tadi. Baik sangat dia, padahal baru kenal tadi."

Izah berpaling sekilas sambil senyum.

"Emm, takpelah. Kite dah makan petang tadi. Awak makanlah. Malam kite tak makan sangat..takut badan naik..haha," jawab Izah berbasa-basi.

"Owh..ye ke..baguslah. Doktor, mesti jaga kesihatan kan.." Fasihah senyum ceria.

Fasihah mengambil sekeping biskut Almond London, menyuakan ke mulut. Getaran Bismillah kedengaran halus. Usai mengisi lebihan biskut ke dalam tabung biskut di rak teratas, Fasihah mencapai buku teks Usul Akhamnya. Duduk mengadap ke arah kiblat, Fasihah membuka buku tersebut dengan bacaan Bismillah.

"Eii.. tolongla jangan panggil aku Zah. Macam nama orang tua je.. Em, hairan aku. Ramai betul kawan dia. Kejap Sumayyah, kejap Suhaila, kejap Aina, kejap Amalina..mm..apa-apa jelah..." gumam Izah di dalam hatinya.

Pukul 11.30 malam, Fasihah beberapa kali menguap. Izah masih tekun di hadapan laptopnya. Facebook sedang dilayari. YM masih terus dilayani, malah tambah rancak berbunyi.

Fasihah bangun mengambil baldinya. Dia keluar ke tandas yang berada selang beberapa bilik dari bilik kediamannya, D643. Usai memberus gigi, membersih muka dan meratakan air wudhu', dia menapak ke biliknya.

Fasihah membuka mushaf kesayangannya, menyelak tali oren, tempat tanda Surah Al-Mulk. Usai membaca habis surah itu perlahan-lahan, dia menutup mushaf itu, mengucup, mencium dan meletakkan ke dadanya. Erat.

"Zah, hah tidur dulu ea. Em, Zah jangan tidur lewat sangat tau... nanti ada black circle.. nanti hilanglah keayuan Zah..hehe.."

Izah senyum pada Fasihah.

"..Baiklah.. kite pun dah ngantuk jugak ni.."

Fasihah sudah lena dibuai mimpi. Dia tidur mengadap kiblat, dengan rusuk kanan berada di bawah. Desahan nafas halus berirama perlahan.

Pukul 12.30 malam, Izah masih di hadapan laptopnya.

"Ahh..belum solat Isya' lagi..tapi ngantuk la pulak.. Em..tidur dululah. Bangun pukul 4, baru Solat Isyak.."

Izah terus merebahkan badannya ke atas tilam empuk bercadar pink bunga merah itu, sambil menetapkan alarm telefon bimbitnya pada pukul 4 pagi. Tidak lama untuk dia mula belayar di lautan mimpi...

Pukul 3 pagi, Fasihah bangun. Menyucikan diri, menyucikan hati dan nawaitu. Menyegarkan diri dengan air wudhu', Fasihah mengenakan telekung solatnya. Sengaja dia menggantung telekung di hujung katilnya, agar terbangun sahaja, dia dapat melihat telekung itu seraya mengingatkan dirinya untuk solat malam.

Ahh.. solat malam. Nabi Muhammad S.A.W yang maksum, dicintai Allah dan pasti masuk syurga itu saja solat hingga bengkak kakinya. Sedang aku ini.. Maksum? Jauh sekali. Dicintai Allah?? Tak pasti... Syurga?? Ahh.. aku yang hina begini.. entah lah Ya Rabbi. Justeru itu.. izinkan aku bangun di dini hari-Mu ini.. meratap sendu di kaki-Mu Ya Ilahi Rabbi..memeluk bayangan-Mu Ya Habibi Qalbi.. bersimpuh tulus di hadapan-Mu Ya Naasiri..Ya Waliyyi..Anta Maqsuudi..Waridhaaka Mathluubi..

Sekejap sahaja air mata penuh di tubir mata Fasihah. Sendunya berlagu perlahan.. bimbang didengari teman sebilik. Dalam doa dia bertawakkal. Bulat, penuh. Usai berzikir perlahan, membaca Al-Qur'an barang tiga muka, solat witir, Fasihah merebahkan badan kembali, dengan mata yang masih basah.

Baru sahaja dia ingin melelapkan mata, handphone Izah berbunyi. Lagu Lady Gaga.

"Bunyi call? Atau alarm? Tapi biasanya kalau call... bunyinya macam lain.." Fasihah terkejut.

"Emm, pukul 4 pagi. Bangun bertahajjudkah?" Fasihah berteka-teki.

"Alhamdulillah.."

Sudah 3 kali handphonenya berulang dering. Namun Izah hanya bergerak-gerak tanpa memberi tindak balas apa-apa.

"Mungkin dia tidur lewat. Penat benar.." terka Fasihah.

Atas dasar sahabat, dan mungkin niat yang baik di disisi Izah, Fasihah menggerakkan Izah. Mungkin benar dia mahu bertahajjud, kasihan dia jika terlepas. Atau ingin mengulangkaji.. tidak kisahlah. Yang pasti tentu dia ada maksud tersendiri untuk bangun di dinihari itu. Jikalau tidak, masakan dia set alarm handphonenya.

"Zah.. Em.. Izah... Izah. Izah nak bangun ke?" Fasihah menyentuh kaki Izah lembut. Kemudian, Fasihah berhati-hati menggoncang bahu Izah.

"..Ha..Emm..Ya..Ya.." Izah menggosok-gosok matanya. Dia bangun dan duduk di birai katil. Mematikan alarmnya.

Fasihah kembali merebahkan badannya di katil. Cadar warna ungu muda itu dikemaskan sebelum dia merebahkan badannya. Dia tidak tahu bahawa Izah sebenarnya terlena kembali.

Tepat jam 5.30 pagi, Izah terbangun kembali.

"Aduh!! Solat Isya'!"

Mengerling handphonenya sekilas, Izah buru-buru ke tandas untuk mengambil wudhu'. Fajar Subuh akan menyinsing sekejap lagi.

Usai solat, itupun cuma 2,3 minit, Izah melepaskan kelelahannya yang berbaki.

"Ah..nasib baik sempat. Tak pasal-pasal aku kena ganti nanti... macam dua hari lepas..."

Bukan tak selalu Izah begitu. Qadha' solat disebabkan kebiasaannya melewat-lewat dan menangguh-nangguhkan solat. Itupun jika rajin dan teringat. Sudahnya dibiarkan sahaja tanpa menggantinya. Dalam remang bulan dan cahaya lampu mejanya, Izah tertangkap pada helaan nafas halus. Cukup teratur. Ia begitu mendamaikan. Lantas Izah menyoroti pula wajah itu. Ia tambah mendamaikan jiwa.

"Tak banyak beza antara aku dan dia. Rambutnya ikal panjang, lebih kurang sama saja dengan aku. Aku lebih cerah. Aku juga lebih kurus dari dia. Tapi, kenapa dia sangat menawan hati? Renungan matanya bening dan cerah. Kalau aku pun dah fikir begitu, entah apalah pandangan dan fikiran lelaki lain. Agak-agaknya dia ada tak pakwe? Tak pernah sekali pun dia cakap pasal lelaki. Kalau kawannya datang, tak pernah pun bincang pasal topik tu.. habis-habis tentang kuliah-kuliah agama, usrah, isu-isu semasa... tarbiyyah...apa tu? Aku??.." Izah bermonolog dalam hati sendiri.

"..Waktu tidur, Fasihah lagi cantik. Sangat puas menatap wajahnya yang lembut dan bersih itu. Aku? Entahlah...Ahhhhh..." Izah membanding beza lagi. Menjerit kecil dalam relung hati sendiri.

Pandangan mata Izah tertancap pada tangan Fasihah. Lengan bajunya tersingkap ke paras siku. Ada garis di situ. Garis di pergelangan tangannya jelas kelihatan.

"Ah.. jarang sekali untuk melihat lengannya begitu, apatah lagi sering berkemban macam aku.. Ya Allah, dia sebenarnya sangat putih. Cuma tangannya je yang sedikit berlainan. Inilah bukti dia menutup auratnya dengan baik sejak dahulu.. sedang aku? Selesa berlengan pendek ke sana ke mari.." Izah mula sebak.

Dia memandang kembali wajah Fasihah. Garis yang sama juga kelihatan di sekeliling wajahnya yang penuh itu. Ini kerana dia istiqamah dengan tudung labuhnya sejak di bangku sekolah rendah lagi. Menurut foto yang dilihat Izah di atas meja belajar Fasihah.

"..Ya, dia sebenarnya lebih putih dari aku.. lebih cantik dari aku. Aku sahaja yang perasan lebih sebelum ini. Tapi aku akui melihat dia mengenakan telekung solat atau tudung labuhnya, begitu mendamaikan jiwa.."

Izah segera teringat. Waktu itu Fasihah tertinggal bakul bajunya di bilik. Asalnya mungkin dia berkira-kira untuk membasuh baju tersebut. Ada dua helai semuanya. Jubah dan tudung labuhnya Kebetulan mungkin dia terdengar suaraku di bilik mandi itu. Ahh.. aku juga sebenarnya yang mulut luas, bising sahaja berborak dalam bilik air itu. Kebetulan aku terjumpa Zura, roomateku sesi lepas. Apa lagi, tentunya topik itu menjadi bualan. Aku tentang Dzikry dan Ikhwan, dan Zura kecoh sekali menceritakan mengenai teman chatting yang baru dikenali, Faiz. Baik dan romantik katanya.

Selepas Zura berlalu membawa bersama pinggan-pinggan dan mug yang katanya tidak berbasuh sejak dua hari lepas, Fasihah segera memanggilku dari dalam bilik air. Dia meminta tolong supaya mengambil bakul baju tersebut. Aku tidak kisah. Bukan aku tidak pernah meminta tolong darinya sebegitu.

Saat aku menyuakan bakul tersebut, dia membuka pintu bilik airnya. Dia berkemban, dan kelihatan agak kekok. Buru-buru dia mengambil bakul tersebut dan mengucapkan terima kasih padaku, lantas menutup kembali pintu bilik air. Sedang aku seperti tersihir. Dia amat cantik!!

Air mata Izah mula bertakung.

"Aku ini, nama sahaja Hafizah, Yang Terpelihara.. tapi tidak pun menggambarkan peribadiku.. entah apa yang terpelihara. Auratku kah? Pergaulanku kah? Ibadahku kah? Ahh..semuanya tidak!" Air mata Izah tambah melebat. Dia sedaya upaya menahan esakan tangisnya.

Dia merasa sudah lelah pada permainan dunia. Yang pasti, dia bukannya bahagia begitu. Ada juga dia berbincang-bincang dengan teman-teman se'kepala'nya. Hasil muzakarah, mereka mencapai kata sepakat : "Untuk apa menjadi hipokrit. Jadilah diri sendiri!" Awalnya dia bersetuju. Lama kelamaan dia mula goyah dengan doktrin itu. Itupun setelah bermesej dengan seorang ustazah, Ustazah Sakinah namanya. Ustazah Pendidikan Islam sekolah menengahnya dahulu.

Kata ustazah, "Hipokrit yang bagaimana dimaksudkan? Contohnya begini, kalau kita boleh memilih.. telur, beras, gred Exam umpamanya, mesti kita mahu yang gred A. Justeru itu juga dalam kita memilih halatuju hidup kita. Tentunya kita mahu semuanya yang terbaik, gred A. Ibadahnya, pergaulannya, pemakaiannya, semuanya gred A. Gred A dan sebagainya itu tentulah sudah ada dalam suluhan agama. Hanya kita selama ini yang hipokrit, memilih gred B, C dan sebagainya sedangkan hati kita sebenarnya mahu Gred A. Fitrah kita asalnya cenderung pada Gred A, kerana agama Islam itu sesuai dengan fitrah. Cuma kita yang menjadi hipokrit pada diri sendiri, menafikan kemahuan hati sendiri, ego pada kata hati sendiri!"

Selepas banyak berbincang dengan Ustazah Sakinah, aku seringkali memikirkan mengenai perkara ini. Cuma, untuk bertanya pada Fasihah, aku sebenarnya rasa malu. Dalam erti kata lain, egokah aku?? Ya, aku sebenarnya ego. Ternyata aku memandang rendah pada pelajar jurusan Pengajian Islam. Fikirku, aku jurusan Perubatan. Bagai langit dan bumi. Melangkah keluar sahaja dari universiti aku bisa memilih untuk bekerja di hospital manapun. Tiada istilah menganggur dalam kamus kehidupan seorang graduan perubatan. Namun aku lemah, aku kalah dalam menaksir makna sebenar sebuah kehidupan. Maka, jadilah aku seperti sekarang.

Mataku sudah menjadi umpama empangan yang pecah. Air mata tak tertahan lagi. Ternyata selama ini aku mengingkari fitrah, suara hati sendiri. Aku sebenarnya amat dengki pada mereka. Entahlah, susah untuk kugambarkan. Mereka manis dan sopan menjaga aurat. Persahabatan mereka bukan retorik, malah susah sekali untuk mendengar kata-kata kesat keluar dari bibir mereka. Apatah lagi untuk bergaduh, bermasam muka sesama mereka. Bergaduh kerana lelaki? Mempermainkan perasaan lelaki? Ah.. untuk mendengar nama seorang lelaki dari bibir mereka pun amat payah. Yang pasti, lelaki yang soleh tentulah untuk mereka. Mereka-mereka yang meletakkan agama dan Allah di tempat teratas, lebih dari segala-galanya. Sahabat, aku juga ingin sepertimu. Dalam ketenangan menghadapi hidup ini....

Di saat itu aku merasa akulah insan yang hina di hadapan Fasihah. Apatah lagi, aku merasakan akulah manusia yang paling kerdil dan hina di hadapan Allah. Umurku sudah 22 tahun, seperti juga Fasihah. Namun aku amat pasti, dia sudah jauh belayar ke lautan cinta Allah, dan mungkin sudah sampai ke pantai kemanisan iman. Sedang aku masih tersekat-sekat jauh di atas gunung sana. Muara masih jauh dalam genggamanku, apatah lagi untuk mula belayar di lautan cinta Ilahi dan tiba ke pantai kemanisan iman..

Fasihah bergerak-gerak. Aku segera menyapu air mataku, dan berpaling ke sisi lain. Fasihah bangun, melipat selimut, dan mengemaskan katilnya. Dia segera menuju ke bilik air bersama baldi dan tualanya. Tak lama kemudian, dia kembali ke bilik. Mengambil bakul bajunya. Azan Subuh berlagu syahdu bagi jiwa-jiwa yang hidup.

"Emm...... tak ke surau ke....." tuturku lambat-lambat.

"Emm..tak boleh solat pulak. Baru je.. Cadang nak basuh baju.. kenapa Zah?" Fasihah terkejut.

"Haa...takde apa-apa.."

Fasihah berlalu, dan aku berbelah bahagi. Cadangnya aku ingin bersamanya ke surau. Aku merasa tak kuat dalam keseorangan.

Tiba-tiba aku bangun. Kekuatan menerpa ke dalam jiwaku. Lalu mulai saat itu aku tekad! Saat aku melangkah kaki ke surau, meninggalkan bilikku pada fajar yang hening itu, aku bertekad untuk meninggalkan jua segala fitrahku yang songsang. Walau aku harus sendiri, aku ingin merasa indahnya hidup bertemankan Allah dalam setiap langkahan kakiku, dalam setiap hela nafasku. Ya! Inilah jalan hidupku yang ku cari-cari.

Sedang dari jauh ada sepasang mata memerhatikan. Ada air hangat mengalir di situ...

"Sesungguhnya Dunia dan Segala Isinya adalah Perhiasan.. dan Sebaik-Baik Perhiasan Dunia ialah Wanita Solehah..."

Bila Hati Berkata-kata...


Hari demi hari..
Langkah seakan terhenti seketika..
Badan lemah longlai.
Tak bermaya..hilang semangat..
Hilang tujuan..hilang segala-galanya..
Apa yang dinampak hanyalah kesuraman..
Persoalan yang sering menerpa..
Masih bergunakah diri ini?

Meniti hari- hari yang tanpa makna..
Hati yang kosong minta diisi..
Apakan daya, langkah masih longlai untuk mencari..
Mencari secebis cahaya untuk menggilap kembali..
Mencari pelangi yang indah untuk memaknakan kembali…
Namun, sering dalam pencarian, langkah itu hilang arah..
Kerunsingan untuk mencari jalan pulang makin menebal..
adakah mampu untuk temui jalan pulang itu?
Mungkinkah menjumpai jalan yang baru yang lebih bermakna?

Semua itu masih belum terjawab..
Bilakan terjawab.?
Hanya waktu yang menentukan segala-galanya..
.
Hanya berbekal iman senipis rambut menemani..
Hari- hari yang kian pudar..
Semoga dapat temui sinar disebalik kepudaran itu..
Agar mentari hidup ini kian bersinar kembali..
Untuk menghabiskan sisa-sisa kehidupan..
Demi meraih cinta dan redhaNya..

Kadang-kadang terasa tewas..
Hingga terduduk dan menangis sendiri..
Namun tiada yang bisa memahami..
Tiada yang mampu memghilangkan kegelisahan itu..
Dikelilingi teman-teman seolah-olah terasa sendirian..
Jiwa dan minda melayang entah kemana..
Dek kerana khusyuknya hati untuk mencari..
Mencari sesuatu yang sering didamba..
Dan mungkin mencari sesuatu yang telag hilang..



Oh diri..
Kemana menghilangnya kau?
Betapa lemahnya hati dan jiwa..
Sedikit cobaan mampu menggoyahkan
Iman yang pernah bertapak kukuh dijiwa..
Ya Allah, Kau temukanku dengan apa yang ku cari selama ini..
Kebahagiaanku bila ku tahu Kau meredhaiku..
dan Kau masih menyayangiku tatkala semua insan meminggirku..



Ya Allah, tatkala aku kesedihan,
Ku jadikan Kau tempat untuk bergantung harap
Dan pengubat hati yang duka..
Jangan Kau pernah tinggalkanku keseorangan
Dalam meniti hari-hari yang penuh misteri..
Semoga diriku sentiasa dalam redha dan rahmatMu..




Rahmat dan nikmat


Assalamualaikum w.b.t..
Subhanallah..
Alhamdulillah..
Allahuakbar..




Kali ini mahu berkongsi satu hadis yang saya rasakan agak terkesan. Ayuh muhasanah seketika.

Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:

"Seseorang tidak akan dimasukkan ke syurga dengan sebab amalannya". Sahabat bertanya: "walaupun kamu, ya Rasulullah?" jawab Rasulullah SAW: " Walaupun saya, melainkan dengan limpahan rahmat Allah SWT kepadaku."

(Riwayat al-Bukhari)

Apa yang kita faham dari hadis diatas?



Hrmm…


Kita akan masuk syurga bukan kerana banyak dan hebatnye amalan kita tapi kerana rahmaNya. Walau banyak mana pun amalan yang kita kerjakan, belum tentu layak untuk menginjakkan kaki ke syurgaNya.. Betapa susahnye untuk menempahkan diri untuk ke syurga.Sama-samalah berusaha untuk ikhlas dalam beribadah padaNya mudah mudahan kita sentiasa dilimpahkan dengan rahmat, innayah dan kasih sayangNya buat diri kita. Semoga redhaNya sentiasa bersama kita. Jangan terlalu berbangga dengan amalan yang kita lakukan. Lakukan dengan seikhlas yang mungkin, semata-mata keranaNya..Ye, beribadah hanya keranaNya, tiada tujuan lain.


Dalam apa jua yang kita lakukan, bukan kerana banyaknya dan hebatnya usaha kita yang menyebabkan kita berjaya dan bahagia. Segala-galanya datang dariNya. Jangan terlalu berbangga dan merasa gah dengan kelebihan dan kehebatan yang dipinjamkan olehNya pada kita, kerana itu adalah ujian. Kelak pasti kita kan disoal bagaimana kita menggunakan segala nikmatNya..



Dalam menghadirkan keikhlasan dan kecintaan padaNya dalam beribadah bukan perkara yang mudah, dan ianya memerlukan mujahadah yang tinggi, memerlukan pada jiwa yang tenang dan penuh kehambaan. Rabiatul Adawiyah, salah seorang mujahidah yang mencintai Allah melebihi segala-galanya pernah bermunajat pada Allah :



“Tuhanku, sekiranya aku beribadah kepada-Mu karena takut neraka-Mu, biarlah diriku terbakar api jahanam. Dan sekiranya aku beribadah kepada-u karena mengharap surga-Mu, jauhkan aku darinya. Tapi, sekiranya aku beribadah kepada-Mu hanya semata cinta kepada-Mu, Tuhanku, janganlah Kauhalangi aku melihat keindahan-Mu yang abadi ".


Subhanallah..Maha Suci Allah..Dia yang memiliki segala-galanya.Dia yang mengetahui segala-galanya. Dialah pencipta langit dan bumi.



Siapalah kita tanpa rahmatNya..? Betapa besar rahmatNya buat kita, terasa diri terlalu kerdil tatkala dilimpahkan segala nikmat buat diri .Selalunya kita kadang-kadang terlupa untuk bersyukur. Paling mudah sebagai tanda bersyukur megucapkan Alhamdulillah..itupun kadang-kadang tersa berat. Kebiasaannya terkeluar perkataan lain dulu sebelum mengucapkan Alhamdulillah..



Apabila menerima sesuatu yang baik, perkataan ok atau bolehla mendahului perkataan alhamdulilah. Apabila ditanya sihatkah hari ini, kita pasti terus menjawab sihat mendahului ucapan Alhamdulillah..itu fenomena biasa berlaku pada diri kita dan saya..Mungkin kita kata ucap dalam hati, baguslah kalau macam tu.Macammane bagi yang terlalu berat tuk ucap Alhamdulillah..Mungkin merasakan itu hanyalah perkataan dalam bahasa Arab. Tapi ucapan itu terlalu besar bagi Nya. Ucapan penghargaan dan kesyukuran seorang hamba buat sang Pencipta..


Sebagaimana dalam Al-Qur’an, Allah menjanjikan akan menambah nikmat bagi mereka yang bersyukur.

Dan (ingatlah) tatakala Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras". (Surah Ibrahim ayat 7)

Jom sama-sama menanamkan rasa Qana’ah dalam diri. Bersyukur dengan apa yang ada. Bersyukur sentiasa..





Say Alhamdulillah, Thank you Allah..for everything.~

Walllahua’lam..
*peringatan buat diriku terutamanya..(^_^)


Tanpa-Mu




Resah dan gelisah ku rasa
Hidup penuh pancaroba
Roda masa pantas berputar
Menduga iman di dada

Daku yang lena dan terleka
Tenggelam di lautan dunia
Kabur pandangan mataku
Pada nikmat yang menggunung

Mendustakan kurniaanMu
Tiba murkamu menghukum
Keangkuhanku kian hancur
Lantas ku jatuh dan tersungkur

TanpaMu kasih ..Ya Allah
Ku tak berdaya..Ku terpedaya
Hilang punca dan arah ..Pada helah dusta dunia
Hanyut alpa di arus bergelora

Kasih ..Ya Allah
Daku derita ...Tangisku hiba
Lemah dalam sengsara ..Dan mengalir air mata
Jiwa dan tubuh kepedihan
Terseksa, terhukum
Menanggung kifarah dariMu

Telah ku lalui semalam
Jalanan kelam dan suram
Lampaui batasan insan
KeagunganMu kulupakan

Rahmat dariMu kudambakan
KeampunanMu kupohonkan
Tuhan, ku tak berdaya
Tempuh segala

Tanpa kasihMu....

Hatiku ini merindu
Sinar cintaMu Yang Agung
Pasrah merayu redhaMu
Ampuni dosa-dosaku

Rahmat dariMu ku dambakan
KeampunanMu ku pohonkan.


~Inteam- TanpaMu`~






Damba Kasih



Semakin jauh ku dari-Mu
Semakin dekat pula Kau menghampiri daku
Ya Tuhan Yang Maha Pengasih
Siapalah diriku di pandangan-Mu..?

Semakin cuba ku dekati
Semakin kuat pula Kau mendugai aku
Ya Tuhan Yang Maha Sempurna
Kerdilnya diriku di hadapan-Mu


Bagaimanakah nantinya tika berhadapan dengan-Mu
Sudikah Kau menerima hamba-Mu yang hina ini
Ya Allah Kau Maha Pengampun ..

Di bayangan mentari aku kealpaan
Dusta dunia penuh kepura-puraan
Di kala dini hari aku kepasrahan
Mendamba jernih embun kasih sayang-Mu Ya Tuhan

Andainya dihitung amalanku
Belum pasti dapat ku hampiri gerbang syurga-Mu
Ya Tuhan Yang Maha Pemurah
Hindari diriku dari siksa-Mu…

Ya Allah..
Kasih sayang-Mu Tuhan
Itu yang ku dambakan
Dengan rahmat-Mu ampunilah diriku..

* modified from lirik damba kasih-inteam



Ya Allah...,
Kau ampunilah segala dosa aku, kedua ibu bapaku, adik beradikku, ahli keluargaku, guru-guruku , sahabat-sahabatku dan semua yang memohon ampun dariMu.
Terimalah kami sebagai hambaMu dan terimalah segala amal ibadah kami.

Ya Allah...,
Kau tuntunlah kami dalam menggapai redhaMu..
Tetapkanlah hati-hati kami pada jalanMu..
bantulah kami untuk ikhlas dan istiqamah dalam menghadapi kehidupan yang penuh pancaroba ini..

Amin Ya Robb.....




Sabda rasulullah s.a.w :

"Ya Allah, jauhkanlah antara diriku dengan dosa-dosa sepertimana Engkau jauhkan antara timur dan barat. Ya Allah, bersihkanlah diriku dari dosa-dosa seperti mana bersihnya pakaian yang putih daripada kekotoran. Ya Allah, sucikanlah dosa-dosaku dengan air, salju dan air yang sejuk."
(Daripada Abu Hurairah, Riwayat Bukhari & Muslim)

Salam Hijrah


Dengan kalam bismillahirrahmanirrahim pembuka bicara..

Alhamdulillah..

Kini tahun sudah bertukar..Sudah pun melangkah masuk ke tahun 1432H..
Tahun sudah berganti..Hari-hari yang menanti penuh misteri..Bagaimana pula dengan diri?

Dimanakah diri ini berada? Pada tahap mana? Adakah sudah berasa selesa dengan keadaan diri hari ini? Tepuk dada, tanya iman..

Bila berganti tahun Islam, atau lebih dikenali dengan ma’al Hijrah, sudah pasti ramai antara kita memasang azam dan tekad untuk berubah kearah yang lebih baik dari sebelum-belumnya baik dari segala aspek. Dengan erti kata lain BERHIJRAH..~

H.I.J.R.A.H..?

Apa yang kita faham tentang hijrah? Menyebutnya mungkin semudah ABC tapi pelaksanaannya bagaimana? Hijrah boleh didefinisikan dalam pelbagai sudut. Peristiwa Ma’al Hijrah ini dikaitkan dengan peristiwa penghijrahan Nabi Muhammad S.A.W dari Mekkah ke Madinah bersama-sama para sahabat. Kalau dilihat, kenapa Nabi berhijrah? Sanggup meninggalkan kampung halaman baginda dan para pengikutnya sanggup meninggalkan segala kemewahan, harta malahan isteri dan anak-anak semata-semata untuk berhijrah bersama-sama dengan Nabi. Hal ini kerana ketika itu di Mekkah, dakwah yang dibawa oleh baginda mendapat tentangan yang hebat dari kaum musyrkin dan baginda merasakan perlu berhijrah demi menyelamatkan syiar Islam yang dibawa dan akhirnya menerima pelawaan kaum Ansar untuk berhijrah ke Madinah setelah perjanjian aqabah termeterai. Sebelum itu, Rasulullah telah pegi ke negara-negara lain untuk menyebarkan dakwah Islam.

Daripada kisah penghijrahan Rasulullah dan para sahabat, jelas disini menunjukkan yang kita perlu berhijrah untuk menyelamatkan kesucian Aqidah Islam. Bila mana di sesuatu tempat itu boleh mengugat keimanan dan aqidah kita, kita wajar untuk meninggalkan tempat itu untuk tujuan memelihara kesucian Aqidah kita. Sepetimana kisah 7 pemuda al khahfi.Mereka sanggup masuk kedalam gua untuk menyelamatkan aqidah dari pemerintah yang zalim ketika itu.

Melihat pada keadaan kita hari ini dengan pelbagai ancaman dan hedonisme, bolehkah kita menggunapakai apa yang telah dibuat oleh baginda Rasulullah s.a.w.? Sedangkan negara kita sendiri bukanlah negara Islam sepenuhnya. Mahu berhijrah kemana? Mungkin berpindah dari sesuatu tempat tinggal ke tempat lain yang lebih harmoni boleh berlaku.

So, bagaimana konsep hijrah yang anda faham?

Bagi saya, hijrah terdekat yang boleh kita lakukan ialah berusaha untuk mengislahkan diri kearah yang lebih baik.Berhijrah kearah yang lebih baik untuk mencari redhaNya.Berubah dan mengubah diri kearah kebaikan semata-mata keranaNya, jika sebelum ini kurang baik, berusaha untuk menjadi baik, jika sudah baik, berusaha untuk menjadi lebih baik. Sentiasa membuat lonjakan dalam diri.keluar dari comfort zone.

Memang tidak dinafikan berubah @ berhijrah kearah kebaikan itu sukar.dan ia memerlukan mujahadah yang tinggi dalam diri kita. Jika kita berniat untuk melakukan perubahan yang lebih baik dalam diri, teruskan dengan niat baik itu kerana itu adalah satu petunjukNya buat kita. Bersyukurlah dengan setiap hidayah yang datang kerana ianya mungkin datang hanya sekali. Bila terdetik, teruslah untuk berusaha kearah itu. Ramai antara kita diberi petunjuk, tapi hanya orang yang betul-betul terpilih diberikan taufik untuk beramal. Hidayah boleh datang dalam 2 bentuk iaitu petunjuk dan taufiq. Beruntunglah mereka yang mendapat kedua-duanya.Carilah petunjukNya mudah mudahan kita diberi taufiqNya..ayuh bersama-sama mencari hidayahNya dalam menggapai keredhaanNya..InsyaAllah..~

Akhir kata dari saya, salam Ma’al Hijrah 1432H.Selamat melangkah ke tahun baru dengan azam dan niat yang baru, bersih dan lurus mudah-mudahan kita sentiasa dalam redhaNya. Mari kita sama-sama berusaha untuk lebih mendekatkan diri padaNya. Semoga kita diberikan kekuatan untuk mentaati segala perintahNya dan diberi kekuatan untuk meninggalkan segala yang dilarangNya. Hijrah menuju Allah.. Salam mujahadah buat semua. kullu 'amun wa entum ilallahi aqrab..

**Renungan bagi yang ingin berhijrah :

Sesiapa yang memasang azam untuk berhijrah dia telah mendpat pahala sebagaimana sabda Rasulullah saw :

“ Sesiapa yang berniat untuk melakukan kebaikan tetapi tidak melakukannya maka dituliskan untuknya satu hasanah ( kebaikan ). Dan sesiapa yang berniat untuk melakukan kebaikan kemudian dia melakukannya maka ditulis untuknya sepuluh kebaikan sehingga tujuh ratus kali ganda.” ( Riwayat Imam Muslim)

Alangkah ruginya kita sekiranya tidak memanfaatkan kelebihan yang Allah SWT sediakan untuk kita. Hanya berniat untuk berubah pun telah diberi pahala. Bila dilaksanakan, digandakan pula sepuluh kali ganda atau seberapa banyak ganjaran yang dikehendaki oleh Allah SWT. Jangan abaikan kasih sayang dan rahmat Allah SWT ini.
.......................................................................................................

Nabi saw : “Orang yang melakukan hijrah yang sebenar ialah yang meninggalkan perkara yang dilarang oleh Allah”. (Riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim)
.......................................................................................................

Dan orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak Kami, sesungguhnya Kami pimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan); dan sesungguhnya(pertolongan dan bantuan) Allah beserta orang yang berusaha membaiki amalannya."-Al-Ankabut:69
.......................................................................................................
Dari Amirul mu'minin Omar ibn Al Khattab Dari Hafs telah berkata: " Aku Dengar Rasulullah Sallallahualaihi Wasallam bersabda: " Setiap Perbuatan disertai dengan niat dan setiap orang apa yang ia niatkan. Barangsiapa berhijrah kerana Allah dan Rasulnya, maka hijrahnya kerana Allah dan RasulNya,barangsiapa yang berhijrah kerana dunia atau kerana perempuan yang akan dikahwininya maka hijrahnya pada yang ia hijrahkan".
Hadith ini diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim
......................................................................................................
Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan orang-orang yang berhijrah serta berjuang pada jalan Allah (untuk menegakkan agama Islam), mereka itulah orang-orang yang mengharapkan rahmat Allah dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.(2:218)
......................................................................................................
Dan sesiapa yang berhijrah pada jalan Allah (untuk membela dan menegakkan Islam), nescaya ia akan dapati di muka bumi ini tempat berhijrah yang banyak dan rezeki yang makmur; dan sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan tujuan berhijrah kepada Allah dan RasulNya, kemudian ia mati (dalam perjalanan), maka sesungguhnya telah tetap pahala hijrahnya di sisi Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.(An-Nisaa:100)
......................................................................................................
Maka adalah pindahnya itu kepada (apa) yang berpindah ia kepadanya. Dan bicarakan pekerjaan(pindah) ini dan kepadaNya(Allah) jua kembali segala Akuan. Maka fahamkan olehmu dengan sebenar-benar faham. Dan sejahteralah atas orang yang mengikut petunjuk - Ibni Athoillah-

wallahua'alam..~

Search This Blog


 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 COGITO ALLAH SUM..... |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.