DOA DAN HARAPAN

Salam w.b.t

Alhamdulillah..bertemu lagi dalam sesi post kali ni..

Bersyukur padaNya atas nikmat yang masih dapat kita kecapi dan tak lain tak bukan nikmat paling besar, iman dan islam..

Begitu juga nikmat kesenangan yang selalu kita lalaikan dan nikmat masih diberi peluang untuk terus berjuang di muka bumi yang fana ini..

Kepada mereka yang sudah dijemput awal, semoga berbahagia di sana dan semoga kalian ditempatkan dalam kalangan para solihin..Amin. Kepada yang masih bernyawa, ingatlah, kita semua pasti ke sana juga..ke negeri abadi, tempat kembali yang kekal selama-lamanya.

Minggu depan iaitu esok..saya ada 2 test untuk midsem.. semuanya subjek yang agak tough , Anatomy & Fisiology For Animal (tp same je cam human) dan General Chemistry.. Tapi masih banyak yang belum buat revision. Tak taula nape malas sangat ni.. Banyak sangat masa terbuang sia-sia. Buat keje lagho dan banyak lagi la.On9 pun termasuk la kan??

Subjek anatomy merupakan my favourite subject. Memang dari sekolah, kalau study pasal manusia, saya memang minat. Sejak sekolah menengah lagi, saya memang da hafal pasal jantung, in english, the heart..bukan hati tau.huhu. Boleh katekan setiap kali presentation, human heart la menjadi topik untuk saya present. Tak tau nape fanatik sangat kat heart. Sehinggalah masuk matrik kat PASUM, still minat pasal jantung. So, memandangkan telah lama kuhafal pasal jantung, keje saya nak study tuk test agak senang..tp untuk topik tu je la.. yang lain saya tak hafal..

Itulah manusia kan, buat sesuatu kerana minat dan suka. kalau tak minat dan tak suka, mudah sangat mengeluh dan rasa bosan..sehingga kadang2 timbul rasa give up.. Terutama apabila tibe saat2 nak exam..Bayangkanlah kena study benda yang kita tak minat, sudah pasti tak meresap ke hati kan. Situasi ni banyak berlaku pada kita, termasuk lah saya..

Kadang2 terfikir jugak buat pe kita nak teruskan dengan benda yang kita tak minat/ suka dan mesti kita rasa tak leh nak cope with.. Rasa buang masa. Nothing. Meaningless.

Tapi kita mesti ingat.. 'tak semua yang kita suka/minat terbaik untuk kita dan tak semua yang kita tak suka/kita rase tak baik untik kite buruk untuk kita'. Sesunguhnya Allah mengetahui apa yang kita tidak ketahui dan Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk kita..

Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal ia buruk bagimu. Dan Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. (QS Al-Baqarah [2]:16)

Mungkin ayat kat atas dah banyak kali kita dengar.Da banyak kita jumpa. Mungkin juga kawan2 kita akan menggunakan ayat tu untuk memujuk hati kita yang dilanda ujian.. Tapi sejauh mane kita hayati dan meresap ke ayat tu dalan hati kite?? Atau ia sekadar pemanis mulut sahaja sebagai kata-kata pujangga, hakikatnya.. bila berdepan dengan ujian yang sedemikian, kita seolah-olah hilang punca dan menyalahkan takdir..mana hilangnya kepercayaan kita saat itu? itulah manusia. Lemah. Kadang2 kita senang untuk menasihati kawan2 yang sedang dalam ujian, tapi orang yang menasihati apabila berhadapan dengan ujian tersebut belum tentu dapat terima dengan tabah. Belum tentu kuat.

Fitrah, manusia dijadikan lemah dan tak berdaya melainkan dengan bantuanNya. Sehubungan dengan itulah, Allah telah menyediakan senjata untuk hamba-hambanya..iaitu doa. Doa senjata
orang mukmin..Walau seberat mana ujian yang kita hadapi, walau kecewa mana pun kita..jangan pernah berhenti berharap pada pertolonganNya.. jangan berhenti berdoa. Teruskan berdoa.

Dan Tuhanmu berfirman, “Berdoalah kepadaku-Ku, niscaya akan Kuperkenankan bagimu…” (QS Al-Mu’min [40]: 60)

ALLAH memakbulkan doa hambanNya melalui 3 cara.. pertama, Dia terus memberi apa yang kita minta tanpa kita perlu menunggu terlalu lama. kedua, Dia memakbulkan doa kita dengan memberi sesuatu yang lebih baik.. Ketiga, Dia menagguhkan doa hambaNya dan akan memberikan pada waktu atau saat yang tepat.


"sekuat mana pun godaan yang kita hadapi, sekukuh apa pun cubaan yang harus kita jalani, sebesar mana pun kegagalan yang kita rasai, sejenuh mana pun hari-hari yang kita lalui, jangan pernah berhenti berharap pada pertolongan ALLAH, jangan pernah berhenti berdoa pada RABB kerana harapan adalah masa hadapan, kerana harapan adalah sumber kekuatan.."
DOA..pintu kebaikan..senjata orang beriman.


Jangan pernah mengalah dengan ujian dugaan. Ikhlaskan diri dan istiqamah berdoa.






Untuk pengetahuan lanjut pasal doa, sila klik ;





http://buletin.muslim.or.id/tazkiyatun-nufus/sesungguhnya-allah-mendengar-doa-hamba-nya



~semoga bermanfaat~

Muhammad sebagai Qudwah Hasanah


Bersama Menghayati Akhlak Rasulullah...

Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual.

Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyinsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur.

Sayidatina 'Aisyah menceritakan "Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumahtangga. Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang."

Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda amat lapar waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina 'Aisyah belum ke pasar. Maka Nabi bertanya, "Belum ada sarapan ya humaira?" (humaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina 'Aisyah yang bererti 'Wahai yang kemerah-merahan'). 'Aisyah menjawab dengan agak serba salah, "Belum ada apa-apa wahai Rasulullah."

Rasulullah lantas berkata, "Jika begitu aku puasa saja hari ini." tanpa sedikit tergambar rasa kesal di wajahnya. Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami memukul isterinya. Rasulullah menegur, "Mengapa engkau memukul isterimu?" Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar, "Isteriku sangat keras kepala. Sudah diberi nasihat dia tetap degil, jadi aku pukul dia." "Aku tidak bertanya alasanmu," sahut Nabi s.a.w. "Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu?"

Pernah baginda bersabda, "sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik dan lemah lembut terhadap isterinya." Prihatin, sabar dan tawadhuknya baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak sedikitpun menjejaskan kedudukannya sebagai pemimpin umat. Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat. Dilihat oleh para sahabat, pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali. Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain. Sayidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu langsung bertanya setelah selesai bersembahyang, "Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?"
"Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sihat dan segar."
"Ya Rasulullah... mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi bergeselan di tubuh tuan? Kami yakin engkau sedang sakit..." desak Umar penuh cemas.

Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut. Perut baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil, buat menahan rasa lapar. Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda.
"Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan, kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?"

Lalu baginda menjawab dengan lembut, "Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban kepada umatnya?"

"Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak."

Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpun makan di sebelah seorang tua yang penuh kudis, miskin dan kotor. Hanya diam dan bersabar bila kain rida'nya direntap dengan kasar oleh seorang Arab Badwi hingga berbekas merah di lehernya. Dan dengan penuh rasa kehambaan baginda membasuh tempat yang dikencing si Badwi di dalam masjid sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu.


Ketika pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya untuk baginda, baginda masih lagi berdiri di waktu-waktu sepi malam hari, terus-menerus beribadah hinggakan pernah baginda terjatuh lantaran kakinya sudah bengkak-bengkak. Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung kemahuan jiwanya yang tinggi. Bila ditanya oleh Sayidatina 'Aisyah, "Ya Rasulullah, bukankah engaku telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini?"
Beliau menjawab, " inilah tanda kesyukuranku
padaNya". Semoga amalan ini menjadi ikutan buat umatku..

Sempena Maulidur Rasul ini, marilah sama2 membanyakkan selawat buat junjungan mulia, nabi Muhammad s.a.w..


Rasulullah dalam mengenangmu
Kami susuli lembaran sirahmu
Pahit getir pengorbananmu
Membawa cahaya kebenaran

Engkau taburkan pengorbananmu
Untuk umatmu yang tercinta
Biar terpaksa tempuh derita
Cekalnya hatimu menempuh ranjaunya

Tak terjangkau tinggi pekertimu
Tidak tergambar indahnya akhlakmu
Tidak terbalas segala jasamu
Sesungguhnya engkau rasul mulia
Tabahnya hatimu menempuh dugaan
Mengajar erti kesabaran
Menjulang panji kemenangan
Terukir namamu di dalam Al-Quran

Rasulullah kami umatmu
Walau tak pernah melihat wajahmu
Kami cuba mengingatimu
Dan kami cuba mengamal sunnahmu

Kami sambung perjuanganmu
Walau kita tak pernah bersua
Tapi kami tak pernah kecewa
Allah dan rasul sebagai pembela..

Sesungguhnya, kami merinduimu...
Bismillahirrahmanirrahim..




kembali berblog..hehe



tak kala waktu sebegini, sekarang pagi hari @ tgah malam (tak tau yang mana tepat) menjadi saat-saat berjaganya spesis bernama 'owl'..yang setia menjadi volunteer security untuk alam ini.. Pernah ke kite terfikir kenapa ek 'owl' aktif pada waktu malam dan siang hari dia tidur?



So, kalu kes spesis homo sapien (human being) yang menyamai behaviour 'owl', ni apa kes??huhu..especially orang yang menulis

menjadi budaya yang sebati dalam diri terutama yang bergelar 'student' suke stay up sampai pagi dan tidur di siang hari. Terbalik kan?? Sedangkan Allah telah menjadikan malam hari untuk beristirehat dan beribadat manakala siang hari untuk mencari rezeki..

Bagus ke stay up dan meniru behaviour 'owl'...??

Stay up di tengah malam untuk tujuan mempelajari ilmu itu sangat2 digalakkan.. Menuntut ilmu merupakan satu ibadah jika betul niatnya. Darjat orang yang berilmu itu lebih tinggi daripada orang yang kuat beribadat tanpa ilmu.

Betapa Allah sangat memuliakan golongan yang menuntut ilmu dimana apabila seseorang ingin melaksanakan amalan sunat dan dalam masa yang sama terdapat sekumpulan manusia sedang mengadakan majlis ilmu, maka menghadirkan diri dalam majlis ilmu itu adalah lebih baik baginya.. Para malaikat melebarkan sayap-sayapnya kepada sesiapa yang berada dalam majlis ilmu. Bukan itu sahaja, seluruh isi alam, termasuk ikan-ikan dilaut turut mendoakan orang yang menuntut ilmu..

kita biasa mendengar, 'kita sanggup stay up sehingga larut malam, tapi kenapa tak mampu untuk bangun Qiam?? '

Pada sesi usrah yang lalu, naqib saya ada menerangkan tentang perkara ini..Qiamulail..
Qiam merupakan ibadah yang sangat2 dituntut..bagi membuktikan lagi keimanan kita kpdNya..Qiam ini sangat sukar dilaksanakan melainkan bagi individu yang benar2 ingin bertaqarub dan bermunajat padaNya..Pada waktu sunyi tanpa sebarang bunyi menjadi saksi pertemuan dan perbualan antara manuasia dan Pencipta. Qiam lebih afdal dilakukan pada 2/3 malam..Walaubagaimanapun, banyak pendapat yang dikemukan mengenai waktu untuk melakukan Qiam ;solat tahajjud.

Ada ulama' mengatakan solat tahajud boleh dilakukan selepas solat isyak dengan syarat tidur terlebih dahulu walaupun 1 minit.. Ada juga yang berpendapat walaupun belum tidur, memandangkan sudah lewat malam, kita boleh menunaikan solat tahajud sebelum tidur.
Kebayakan individu hari ini lebih cenderung bertahajud sebelum waktu Subuh..

Waktu perlaksanaan bergantung pada kekuatan individu..Islam itu mudah.!! Beramallah mengikut kemampuan dan yang penting istiqamah..InyaAllah..

Dalam satu usrah yang saya join, seorang naqib menerangkan bahawa seseorang itu telah berjaya menyempurnakan solat tahajud sekiranya telah solat berjemaah pada waktu isyak dan waktu Subuh.. Sesiapa yang solat Isyak berjemaah seolah2 dia telah melaksanakan ibadah sepanjang malam..So, berebut2lah untuk solat Isyak dan Subuh berjemaah.

***actually malam ni energy saya overactive..tu yang rajin mengepost. Baru saje siap membasuh baju..Seronok buat keje tengah2 malam.huhu.. Now, time to study sikit.(tp cam da saturated nie.hehe)Almaklumla, ada test.. nak test baru nak study.. Betulkan niat, wahai diriku..!!***

AIR MATA NABI ADAM

Tahukah kalian semua semenjak Nabi Adam terkeluar dari syurga akibat tipu daya iblis, beliau menangis selama 300 tahun. Nabi Adam tidak mengangkat kepalanya ke langit kerana terlampau malu kepada Allah swt.

Beliau sujud di atas gunung selama seratus tahun. Kemudian menangis lagi sehingga air matanya mengalir di jurang Serantip. Dari air mata Nabi Adam itu Allah tumbuhkan pohon kayu manis dan pokok cengkih. Beberapa ekor burung telah meminum air mata beliau. Burung itu berkata, "sedap sungguh air ini."

Nabi Adam terdengar kata-kata burung tersebut. Beliau menyangka burung itu sengaja mengejeknya kerana perbuatan derhakanya kepada Allah. Ini membuatkan Nabi Adam semakin hebat menangis. Akhirnya Allah telah menyampaikan wahyu yang
bermaksud, "Hai Adam, sesungguhnya aku belum pernah menciptakan air minum yang lebih lazat dan hebat dari air mata taubatmu itu."

Ibrah : Pintu taubat Allah S.W.T sentiasa terbuka untuk hamba-hambaNya yang benar-benar inginkan keampunanNya. Walau sebesar mana dosa yang kita lakukan, pasti Dia akan mengampuni dosa hambaNya yang bertaubat. Allah Maha Pengampun dan Dialah Yang Maha Penghapus Dosa..

"Dalam kita melangkah, kadang-kadang diuji dengan ujian yang sangat berat hingga kita terduduk dan menangis.. Tapi ketahuilah & renungilah kembali dalam diri kerana mungkin airmata tika itu hadir kerana Allah mahu kita menjahit kembali sejadah ima yang terkoyak lantaran ada langkah-langkah yang tersasar dari keikhlasan.."

Imam Syafie berkata " di saat hatiku membeku dan fikiranku kacau, ku jadikan harapanku sebagai tangga menuju ampunMu..dosaku terlalu besar bagi diriku, akan tetapi ampunMu lebih besar dibandingkan dengan besarnya doaku..selama ampunMu masih mengalir, tiada dosa yang tak terhapus , Kau Maha Pemurah lagi Maha Penyayang."

Search This Blog


 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 COGITO ALLAH SUM..... |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.