AIR MATA NABI ADAM

Tahukah kalian semua semenjak Nabi Adam terkeluar dari syurga akibat tipu daya iblis, beliau menangis selama 300 tahun. Nabi Adam tidak mengangkat kepalanya ke langit kerana terlampau malu kepada Allah swt.

Beliau sujud di atas gunung selama seratus tahun. Kemudian menangis lagi sehingga air matanya mengalir di jurang Serantip. Dari air mata Nabi Adam itu Allah tumbuhkan pohon kayu manis dan pokok cengkih. Beberapa ekor burung telah meminum air mata beliau. Burung itu berkata, "sedap sungguh air ini."

Nabi Adam terdengar kata-kata burung tersebut. Beliau menyangka burung itu sengaja mengejeknya kerana perbuatan derhakanya kepada Allah. Ini membuatkan Nabi Adam semakin hebat menangis. Akhirnya Allah telah menyampaikan wahyu yang
bermaksud, "Hai Adam, sesungguhnya aku belum pernah menciptakan air minum yang lebih lazat dan hebat dari air mata taubatmu itu."

Ibrah : Pintu taubat Allah S.W.T sentiasa terbuka untuk hamba-hambaNya yang benar-benar inginkan keampunanNya. Walau sebesar mana dosa yang kita lakukan, pasti Dia akan mengampuni dosa hambaNya yang bertaubat. Allah Maha Pengampun dan Dialah Yang Maha Penghapus Dosa..

"Dalam kita melangkah, kadang-kadang diuji dengan ujian yang sangat berat hingga kita terduduk dan menangis.. Tapi ketahuilah & renungilah kembali dalam diri kerana mungkin airmata tika itu hadir kerana Allah mahu kita menjahit kembali sejadah ima yang terkoyak lantaran ada langkah-langkah yang tersasar dari keikhlasan.."

Imam Syafie berkata " di saat hatiku membeku dan fikiranku kacau, ku jadikan harapanku sebagai tangga menuju ampunMu..dosaku terlalu besar bagi diriku, akan tetapi ampunMu lebih besar dibandingkan dengan besarnya doaku..selama ampunMu masih mengalir, tiada dosa yang tak terhapus , Kau Maha Pemurah lagi Maha Penyayang."

0 comments:

Search This Blog


 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 COGITO ALLAH SUM..... |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.