Janji
Posted by
** Ratu Syahadah**
on Thursday, March 4, 2010
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang..
"aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, aku bersaksi bahawa Muhammad itu pesuruhNya"
Alhamdulillah...(3X)
Kali ini nak berkongsi sedikit pasal menepati janji..
Apa itu janji? apa pula perjanjian?
Apa beza dengan ikrar? sumpah??
Semua itu adalah perkataan yang menerangkan 'janji'..
2 kalimah syahadah adalah janji paling besar bagi kita yang mengaku Islam..
tapi saya nak share soal janji manusia sesama manusia..
Pernah tak anda memungkiri janji dengan seseorang?? pernah tak orang memungkiri janji dengan anda? mungkin perkataan mungkir itu terlalu keras, kita guna tak menepati janji lah..Berjanji tu senag ,yang susah nak tepatinya, ye tak??
bagaimana agaknya perasaan anda apabila seseorang terutama kawan berjanji, tut tut, janji tinggal janji??.. janji kosong..bahagia ke anda? atau pun hanya kata 'saya tak kisah'.. satu kali mungkin kita boleh bersabar.. tapi bila berulang kali, apa perasaan kita agaknya ye?Ni in case berjanji dengan kawan.. wajarkan kita rasa marah, kecewa dan hilang kepercayaan kat kawan kita tu kan..
sebagai contoh, kawan anda berjanji untuk keluar makan malam bersama-sama.. tut..tut, bila time nak keluar, dia dah beli makanan..dah la tak bagitau sepatah pun. tu pun nasib baik kita yang tanya..tu mungkin untuk kali pertama. kali kedua, kawan yang sama berjanji untuk keluar makan malam lagi..dia sangat beria-ria..tak tahulah betul2 atau just nak sedapkan hati kita.kita pun da siap ingatkan jgn tak jadi plak. Ok, dia cakap fine!! Tut..tut..last minute, dia sent msj gtau tak jadi..tak nak makan pula..apa yang anda akan rasa? apa yang anda balas kat dia?? Mungkin diberi peluang ketiga...
Tu sebagai contoh, mungkin kita tengok benda itu biasa.. alah, tak banyak kali terjadi kat kita mungkin..mungkin ada yang tak kisah..tapi macam mane bagi yang kisah?? Mungkin kita selalu ambil ringan, alah dengan dia je pun..kawan je pun bukan ngan sape2.. tapi hakikatnya kita telah memutuskan harapan orang lain..kita da tak tepati janji. Islam tu sangat cantik, mengajar kita menyebut insyaAllah apabila berjanji.. InsyaAllah bukan berniat untuk tak tepati, tp akan menepatinya dengan izinNya.So, lain kali apabila kita nak berjanji, jgn terlalu mudah kate , ye!boleh!beres! n so on..tp sebutlah InsyaAllah..
Mungkin perkara itu dipandang remeh bg sesetengah manusia. tapi tahukah kalian yang memungkiri janji merupakan ciri-ciri org munafik!! apabila berjanji, dia mungkiri..nauzubillah..
saya berkongsi ini keranan ianya betul2 terjadi pada diri saya..agak sedih dan kecewala tp apakan daya..dia tetap kawanku. gaduh2, masam2 muka pun last2 cool balik.. Bukan tak da kawan lain..ramai tapi mereka hanyalah kawan sahaja.. mereka bukan sahabat.. mungkin diorang hanyalah teman.. kawan,teman dan sahabat benda yang berbeza walaupun maksd hampr sama.tu pendapat saya.
yang sebenarnya, saya tak harap sangat ada teman untuk pegi mane2..makan ke or whatever la..saya boleh je pg sorang2..bukan tak biasa pun. kdg2 pegi sorang lagi cepat dan straight to the point..(tujuan)..kalu tunggu2 kawan ni, leceh la..mcm2 kerenah ada. sampai kesabaran pun teruji. Yang nak ditekankan kat sini, bukan kecewa apabila kawan tak dapat temankan kita, tapi soal janji!! kalau rase tak mampu nak menepatinya, jgn suke menaburkan jnji manis itu seolah2 anda da sure akan tepati..
hal itu sangat sensitif bg saya..even tak da la bg effect sangat pun..tapi rasa geram tu of course la!! sabar mana pun seseorang mesti ada limitnya... Buat 'insan itu' , terima kasih sebab suka bt saya geram kat kamu! terima kasih sebab bg saya rasa betapa kecewa dan sedihnya hati orang yang kita tak tepati janji, sekurang2nya nanti saya tak akan ulangi perkara yang sama pada orang lain..
janji2 sangat familiar bg pasangan yang hangat bercinta.. macam2 kate2 dan janji2 yg dipatri untuk sehidup semati konon..masa bercinta tak ingat dunia. dunia dah nak terbalik pun masih tak sedar2..yang diorang pegang janji manis mereka. janji Tuhan tak ingat..So, bagi yang masih single, jagalah hati dan jgn sesekali menghampiri couple!! nauzubillah..tak da kapel islamik islamik ni.. yang haram tetap haram..jgan saluti dengan emas keimanan..anda masih belum tahu si dia ke pasangan hidup yang telah ditetapkan untuk anda..jgn pandai2 nak keneng2kan diri sendiri..
soal janji tak ditepati ni byk kali berlaku pd kita samada sedar atau tak je.. Tapi InsyaAllah, saya seorang yang agak ambil berat pasal janji. andai ada janji saya terhadap kalian yang belum ditunaikan, anda boleh tuntut dengan saya.. Saya juga masih menunggu insan2 yang pernah menaburkan janji2 yang tak seindah madu itu untuk ditunaikan.. mungkin ada yang da terlupa.Sikap dominant manusia, biasalah tu.. walau apa pun, saya maafkan anda-anda yang tak dapat menunaikan janji-janji yang pernah diungkapkan pasa saya.. Saya tak mengharapkan apa2 lagi dah dari anda semua..kerana janji-janjiNya adalah benar dan tak diragui, sesungguhnya, Dia tak pernah memungkiri janji..
saya rasa sampai disini dulu post kali ini. Semoga apa yang nak saya sampaikan tersampai..
wassalam..
p/s : ini baru rasa tak ditepati janji manusia, bagaimana pula janji kita yang gagal kita tepati dengan Allah?? Apa perasaanNya pada kita ye..renung2kanlah. (khas ditujukan untuk empunya diri)
0 comments:
Post a Comment