Kehidupan..



Kesenangan yang datang
tak akan selamanya

begitulah selepas susah
ada kesenangan

seperti selepas malam
datangnya siang

oleh itu, waktu senang
jangan lupa pada ratap

gunakan kesempatan untuk kebaikan
sebelum segalanya terlepas dari genggaman

kelak menyesal nanti tak berkesudahan
apa guna sesalan hanya menekan jiwa

jangan difikir derita akan berpanjangan
kelak akan membawa putus asa pada Tuhan

ingatlah biasanya kabus tak berpanjangan
setelah kabus berlalu, pasti cerah kembali

ujian adalah tarbiyah dari Allah
apakah kita akan sabar ataupun sebaliknya

kesenangan yang datang selepas kesusahan
semunya adalah nikmat dari Tuhan...



susah senang, bahagia sedih,berjaya gagal.. menjadi corak kehidupan yang mana banyak mengajar kita erti sebuah kehidupan yang sebenar-benarnya, mengajar erti sebuah perjuangan yang menuntut pengorbanan yang bukan sedikit. Perjuangan merupakan element yang sebati dalam kehidupan setiap manusia. Berbeza bagi setiap individu. Dugaan dan cabaran setiap insan berbeza-beza. Walaubagaimanapun, melalui semua itulah, kita semakin berani meniti hari esok yang tidak pasti menjadi milik kita kerana kita tahu Dia sentiasa bersama kita. Kita ditarbiyah untuk menjadi hambaNya yang lebih bersyukur dan menyedari yang kita hanyalah hamba yang lemah.. melalui semua inilah kita dapat akrab denganNya. Kita akan sentiasa mengadu masalah dan kesusahan dan tak lain tak bukan hanya kepada Rabb yang tiada sekutu bagiNya. Doa sentiasa kita pinta disaat kita menghadapi kesusahan. Dia sentiasa bersama kita disaat kita merasakan kita ditinggalkan oleh manusia..disaat kita kesepian, disaat kita kegelisahan dan disaat kita mengalami kegagalan..

tanpa ujian dalam hidup, pasti lukisan kehidupan tidak cantik.. hanya corak yang biasa saje. gelombang hidup kita pun pasti mendatar..Mungkin kita hanya berasa hepi gudlucky saje.. atau sedih sepanjang masa.. Sekiranya begitulah yang anda alami, maybe there is something wrong with you!!

Ujian dan dugaan adalah tarbiyah dariNya..tanda kasih sayangNya..Inilah caraNya mengajak kita untuk mendampingiNya..untuk kembali ke jalanNya..untuk menjahit kembali sejadah yang terkoyak lantaran ada tingkah laku yang tersasar dari jalanNya.

Oleh itu, janganlah kita sesekali merungut setiap kali diri teruji. Meskipun jiwa raga yang terseksa. Kesusahan tak akan berpanjangan.. Percayalah, Dia tahu kemampuan kita. Sesungguhnya Allah tak akan membebani seseorang melebihi kemampuan seseorang. Allah lebih tahu apa yang kita tak tau. disetiap kesusahan yang kita hadapi pasti ada lasih sayangNya.. pasti ada kemanisannya.pasti banyak benda yang Dia permudahkan.. Cube reflek balik. Renung2kan. Pernah tak anda dengan keadaan terpaksa, terpaksa melalui sesuau yang anda tak suka dan mungkin anda rasa benda itu berat untuk dilaksanakan. Mungkin permulaan, terasa sangat terbeban tapi lama-kelamaan anda merasakan urusan anda dipermudahkan sama ada anda sedar atau tak sedar. kadang2 benda yang kita tak sangka-sangka kita berjaya dapatkannya..

Contoh yang berlaku pada saya.. memang pada mulanya, agak tak senang dan tak suka study kat umk+ kos yang tak minat.. Macam tak ada ape2. macam je. Orang yang tak mencari akan berkata begitu. hakikatnya, pada setiap apa yang Dia ciptakan pasti ada sesuatu yang kita dapat belajar. kadang2 kita dihantui persaan tak mampu menerima takdir @ tak bersyukur menyebabkan kita bertindak menjauh dariNya. walaupun saya tak minta pun kos saya sekarang kos yang entah ape2 (tu kate2 at first time), apatah lagi belajar dalam environment yang tak macam Universiti lain (unik & berbeza), dalam keadaan yang serba kekurangan, tapi masih ada tanggungjawab yang perlu dilaksanakan disini. Sebab amanah itulah ku masih bisa bertahan.. Segala apa yang akan berlaku ku serahkan padaNya untuk tentukan. Walaupun kehadiran aku mungkin tak mampu lagi melakukan transfomasi yang besar, harapanku agar kehadiran ku disini memberi kesan untuk terus menegakkan islam tercinta disamping berusaha mewujudkan biah muslim disini. insyaAllah. Penilaian Allah bukan pada hasil, tapi pada usaha kita. Selebih2nya Dia yang uruskan..

Hakikatnya, hidupku sangat berlainan dari kehidupanku ketika di PASUM (detikku baru mengenal tabiyah). Saat di PASUM sangat indah bagiku. Disaat aku kealpaan, ramai insan yang mengingatkanku, disaat aku kehausan ilmu, pasti ramai yang sudi berkongsi denganku, disaat aku kesedihan dan kecewa, sentiasa ada yang menghiburkan dengan kata-kata semangat, disaat aku kesunyian,ramai yang menghulurkan Quwwah.. Semua kenangan itu sangat berharga, bukannya hanya untuk tatapan semata2, tapi aplikasi dalam kehidupan yang mendatang. InsyaAllah. Mungkin ku tak temui lagi disini, tp kuyakin suatu hari nanti detik itu akan berulang lagi.. Bersumberkan semangat yang sekeping inilah bekalku untuk terus melangkah.. Walaupun sekeping, akan kupastikan ianya tak terbang dibawa angin.. Masakan boleh terbang sekiranya akarnya kuat dan utuh.. Pokok pangkalnya, berbalik pada diri dan iman kita..Imanku benar2 teruji..

kadang2 terasa dah jauh tersasar.. adakah sebab saya dicampakkan ke kelantan? jauh dari akhwat2 yang dulu selalu bersama? hmm.. saya pun tengah nak faham semua permainan ini semua.. Kini, tiada lagi murabbi yang menanyakan mutabaahku, tak ada lagi teman yang mengejutkan aku qiam, tak da lagi teman untuk berkongsi semangat dan masalah, tak ada lagi teman yang bertanyakan akan imanku, tak ada lagi halaqqah yang selalu aku rindui..banyak lagi yang tak ada lagi dan belum kutemui sepenuhnya.. yang agak teruk, solat berjemaah dah terabai dan lemahnya ukhwah dalam kalangan kami disini..seolah2 bahagia hidup sorang2..

Semua kekurangan itu sebenarnya bukan untuk dijadikan alasan untuk terus hanyut..tiada halangan, hanyalah peluang!!wake up!! Even kadang2 aku sendiri tak yakin ngan diri, dan tak faham la ngan rentak jiwa. apatah lagi iman yang seolah2 selalu memberontak. Sekarang ku dapat rasakan yang ku lebih banyak protes. apa2 yang aku tak suke dan tak setuju je, ak da tak buat..Kadang2 bagus jgk camtu, so tak delah mcm lembu dicucuk hidung. yeke??? At least, we think before we do!! hehe...

Pendek kata, saya tak faham ujian pe yang tengah saya lalui..ujian kesenangan atau kesusahan..Yang pasti ujian kesenangan paling susah..Nape ye?? tapi dalam kedua2nya itu pengorbanan yang besar perlu DItaburkan. kalau berkorban, pasti ada yang terkorban..Wajib untuk mengorbankan walau sekecil-kecil apa pun.. sesungguhnya pengorbanan kecil bagi kita sangat besar disisi Allah.. apa2 yang perlu ak korbankan semoga Allah merahmati dan memberkati segala-galanya kerana sesungguhnya solatku, hidupku, matiku hanyalah untuk Allah. Aku akan cuba untuk terus bersedia..bersedia menanti..kemenangan hakiki..kejayaan yang sebenar2nya..


Iman itu seperti debu.. Debu sangat berguna ketika ketiadaan air sebagai tayammum. debu yang kering sangat mudah dibawa angin. Tapi debu yang terlekat dengan air amat sukar untuk terbang. begitu juga iman kita, iman ini sangat penting disaat kita kehilangan keyakinan dan semangat, dialah yang memimpin kita. dan menguatkan kita. sekiranya iman sentiasa dihiasi dengan amal soleh amat sukar untuk kita tersasar dijalanNya tetapi sekiranya iman yang tidak diisi dengan amal soleh, pasti amat senang sekali diri kita ke arah keburukan..

Dalam melalui hidup ini, Allah telah menyediakan kita sahabat2 yang akan sentiasa mengingatkan kita disaat kita lupa dan lemah..iaitu melalui ukhwahfillah. Ukhwahfillah itu indah tapi mesti dibajai dengan iman yang sebenar2nya.. Oleh itu, buat sahabat2 sekalian, semoga kita dapat teruskan ukhwahfillah kita. Saya masih perlukan kalian walaupun kita tak bersama..kita jauh, tapi tak bermakna terpisah..kita tak pernah dipisahkan kerana kita akan ditemukan lagi disana..andai layak menjejak ke syurga, disitulah kita jumpa nanti. InsyaAllah. Antara kita punyai matlamat yang sama..MARDHOTILLAH.. Semoga Allah memberkati ukhwah kita..


Buat sahabat sekalian,

jika hari ini aku leka dalam menunaikan hakNya,
kau sedarkanlah aku dengan kalimah suciNya..

jika hari ini aku lalai dengan permainan duniawi,
kau bawalah aku kejalan ukhrawi yang abadi..

jika hari ini aku ketandusan semangat,
kau nyalakanlah semangat jihad pada jalaNya..

jika hari ini aku terlalu jauh dariNya,
kau pimpinlah aku untuk kembali padaNya...


Buat sahabat2 yang telah aku abaikan, yang telah aku lalaikan, mohon maaf atas kekhilafan dan keterlanjuran yang pernah saya buat. Asif khatira andai ku gagal membimbing kalian..bukan niatku ingin lepas tangan @ lari dari tanggugjawab, tapi disaat itu diriku tidak kuat. Percayalah saya juga mcam kamu..tapi saya memilih jalan ini untuk dipinjamkan sekejap untuk bekal disana nanti. Semoga Allah memberi hidayah untuk anda kalian untuk turut bersama-sama menjadi rantai2 perjuangan Islam. Amin..kamu tetap kawan saya sampai mati..

sekian..

p/s : doakan saya istiqamah..supaya angin pantai timur tak bawa saya sekali.huhuhu

0 comments:

Search This Blog


 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 COGITO ALLAH SUM..... |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.