Erti Persahabatan..

Buat aku dan kamu..
Dalam dunia ini kita punya Tuhan yang Esa..
Kita juga dikurnia ibubapa dan keluarga…

Alhamdulillah..

Selepas itu, kita tidak punya sesiapa,
Kecuali diri sendiri…

Tetapi…
dalam kita bersendirian, kita beruntung kerana….
Allah telah mengurniakan seorang sahabat,
yang mana dapat memahami kita..
yang telah berjanji untuk bersama-sama kita

Sebagaimana kita mengharapkan keiklasan dan kejujuran
seorang sahabat, begitulah juga dia.
Tetapi kita sering terlupa akan hal itu..

kadang2,
kita hanya mengambil kira tentang harapan dan perasaan sendiri..
Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya.
Kita tidak memberi dia peluang untuk menerangkan keadaannya.
Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.

kita tak perasan,
rupe2nye, kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti
kerana kita juga ada janji yg tidak ditepati.
Kita beri beribu alasan memaksa dia terima alasan kita.

Waktu itu, terfikirkah kita perasaannya…..?

Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa…..
tetapi kita sering terlupa..

Untungnya mempunyai seorang sahabat yang sentiasa memahami
Yang selalu berada disisi pada waktu kita memerlukannya.
Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan.
malah, harapan dan impian juga kita luahkan.
Tak pernah dia bosan dengan kita..

Sebaliknya, dia sentiasa berusaha menyelesaikan masalah kita..
terpaksa memerah idea untuk memikirkan jalan untuk bantu kita..

Selalunya kita terlalu asyik menceritakan tentang diri kita hingga
Kadang-kadang kita terlupa sahabat kita juga
ada cerita yg ingin dikongsi bersama kita.
Pernah kah kita memberi dia peluang untuk
menceritakan tentang perasaannya?

Gembirakah dia?
Sedihkah dia?
Takutkah dia?

Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita..?
Sebagaimana dia selalu memujuk kita dengan janjiNya tatkala kita kehilangan semangat..?

Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya?
Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya sepertimana dia meniup semangat setiap kali kita rasa kecewa dan menyerah kalah?

Dapatkah kita yakinkan dia yg kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah….?

Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia bersandar harapan?
Berkongsi segala beban masalah, suka duka dan naik turun dia?

Sahabat,
Sesekali jadilah sahabat yg mendengar dari yg hanya bercerita…..
Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan sahabat…
Kerana dia juga seorang manusia,
Dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang,sedih dan kecewa.
Dia juga ada kelemahan dan memerlukan seorang sahabat…..
sebagai kekuatan..

Jadilah kita sahabatnya itu….
Sahabat yang setia disisinya..


Kita selalu melihat dia ketawa,tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yg kita sangkakan.
Di sebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yg ingin diluahkan..
Di sebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan…..
Kita tidak tahu….

Tetapi….jika kita cuba jadi sahabat sepertinya, mungkin kita
akan tahu….

selamilah hati dan perasaan sahabat kerana dia juga seperti kita.
belajarlah memahami daripada difahami..
Jadilah kita sahabat dan bersahabatlah kita.. Yang paling penting, bersahabatlah keranaNya..

Satu-satunya cara agar kita memperolehi kasih sayang, ialah jangan menuntut agar kita dicintai, tetapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan. -Dale Carnagie-

Orang yang menunjukkan kebaikkan kepada anda adalah sahabat yang baik. Dan orang yang menunjukkan kesalahan anda adalah sahabat yang paling baik. ~Hukamak~

Mengenali seseorang itu kadangkala membuat kita ketawa,
Mengenali seseorang itu juga kadangkala membuat kita mengalirkan airmata
Sesungguhnya , mengenali seseorang itu mampu member kita sejuta rasa..
Marah, sedih, gembira, sayang dan rindu..
Tapi, sedarkah kita?
Mengenali seseorang itu sebenarnya adalah satu anugerah..
Biarpun hadirnya seketika dan sekadar teman berbicara.
Bersyukurlah akan kehadirannya,
Kerana barangkali melaluinyalah kita mengerti apa itu
Erti sebuah persahabatan…



~ Dari sahabat kepada sahabat ~

0 comments:

Search This Blog


 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 COGITO ALLAH SUM..... |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.