Always Be There...

sometime I feel i want to stop everything..
it is ridiculous!!
Impossible I 'll do


I'm not give up..
but
I want to have what I love to..

to get what we love to is something impossible
but I'm sure it can be possible..
Maybe not in that time..
so, please be patient,

yeah, I need to be strong!!
be patient to face life in front of me..

Sometime, I feel alone..
Although I know I'm not alone
I have a great God that always be with me..

Yes!, HE always with me
Only HIM will never leaves me..
HE always be there..

Always Be There...

If you ask me about love
And what i know about it
My answer would be
It’s everything about Allah
The pure love, to our souls
The creator of you and me,the heaven and whole universe
The one that made us whole and free
The guardian of HIS true believers

So when the time is hard
There’s no way to turn
As HE promise HE will always be there
To bless us with HIS love and HIS mercy
Coz, as HE promise HE will always be there
HE’s always watching us, guiding us


So when the time is hard
There’s no way to turn
As HE promise HE will always be there
To bless us with HIS love and HIS mercy
Coz, as HE promise HE will always be there
HE’s always watching us, guiding us
And HE knows what’s in all in our heart

So when you lose your way
To Allah you should turn
As HE promise HE will always be there…

HE bring ourselves from the darkness into the light
Subhanallah praise belongs to YOU for everything
Shouldn’t never feel afraid of anything
As long as we follow HIS guidance all the way
Through the short time we have in this life
Soon it all’ll be over
And we’ll be in His heaven and we’ll all be fine

So when the time gets hard
There’s no way to turn
As HE promise He will always be there
To bless us with HIS love and HIS mercy
Coz, as HE promise HE will always be there
HE’s always watching us, guiding us
And HE knows what’s in all in our heart

So when you lose your way
To Allah you should turn
As HE promise HE will always be there…

Allahu Akbar…

So when the time gets hard
There’s no way to turn
As HE promise He will always be there
To bless us with HIS love and HIS mercy
Coz, as HE promise HE will always be there
HE’s always watching us, guiding us
And he knows what’s in all in our heart

So when you lose your way
To Allah you should turn
As HE promise HE will always be there…
Allahu Akbar…

~ Maher Zain~

Actually we are not alone!!

I'm not alone!!






PERINGATAN BUAT DIRI

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...

Setiap manusia pastinya selalu menginginkan yang terbaik. Mendapat segala
yang terbaik dan mengusahakan sesuatu yang terbaik, baik untuk dirinya mahupun untuk orang-orang yang tersayang…

Salah satu sifat seorang Muslim ialah selalu memohon dan meminta pada Allah,
Zat yang Maha Kuasa. Satu persepsi dan pegangan bagi seseorang yang bepegang teguh bahawa jika mahukan sesuatu, mintalah pada Allah kerana Dia pasti tidak pernah menghampakan.

Meminta pada manusia, sekali dua kali, mungkin diberinya, tapi mungkin tidak
pada permintaan yang berikutnya....tetapi jika berkehendakkan sesuatu, mintalah pada Allah, kerana Dia pasti tidak jemu dan bosan untuk menunaikannya, terkadang juga tidak diminta, diberi-Nya pula.

Mungkin terselit ungkapan tulus dalam bait-bait kata dalam banyak-banyak doa yang dipohonkan kepada Ilahi ... “ Ya Allah, berikanlah yang terbaik untukku....”. Tetapi terkadang manusia lupa, terkadang yang dirasakan terbaik untuk diri kita menurut kacamata kita adalah yang terburuk untuk kita menurut pandangan Allah.

“.............Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu,
dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk
bagimu; Allah Mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui...” (QS: 216)

Sebaliknya, berkatalah...”Ya Allah, berikanlah yang terbaik untukku, yang Engkau rasakan terbaik untukku...”.

Terkadang juga manusia itu lupa, bahawa yang dilaluinya dan diterimanya itulah yang diminta daripada Allah. Kita terkadang sering lupa, yang datang itulah yang terbaik untuk kita. Tanpa kita pinta, sesuatu ujian yang amat berat datang menjengah untuk mewarnai kehidupan dan menguji kesabaran kita.

Suatu ujian yang dirasakan berat untuk dipikul dan terasa hilang kesabaran
menghadapinya. Ujian yang kita tidak minta tetapi ia datang. Sedangkan kita lupa, bahawa ujian itulah yang kita minta daripada Allah, sesuatu yang ‘terbaik’ untuk kita. Ibrah yang ‘terbaik’ untuk kita...untuk menjadikan kita yang ‘terbaik’ di pandangan Allah.

Begitulah, setiap sesuatu yang ‘terbaik’ itu, amat tinggi nilainya di mata
Allah, tiap sesuatu yang ‘terbaik’ itu juga amat tinggi pengorbanannya pada Allah, tinggal pada diri kita, adakah kita sanggup untuk menghadapinya untuk mendapatkan yang terbaik itu serta sentiasa berbaik sangka kepada Allah atau sebaliknya......

Janganlah kita menjadi hamba yang kufur akan nikmat-Nya, hanya kerana belum diberi apa yang diinginkan. Yakinlah, Allah Maha Tahu apa yang terbaik bagi hamba-Nya. Lihatlah sisi positifnya dari setiap keadaan kita. Sabar dan ikhlas selalu..

" Allah does not require you to be the best, HE just wants you to do your best & HE will take care of the rest "

Ya Allah, ampunilah dosaku kerana sering kali

mempertikai apa yang telah Kau tentukan untukku selama ini.

Ampunilah dosa kerana sedikit sangat ku mensyukuri nikmatmu.


Ya Allah, ku serahkan padaMu segala-galanya..

Berikanku kekuatan untuk ku terus kan perjuangan

walau dalam keadaan apa sekalipun..

tetapkan imanku dan bantulah untuk ku

istiqamah di jalanMu..

"Janjiku padaMu, abdikan seluruh jiwa sehingga masanya Kau seru hujung nyawaku..."

40 Nasihat Saiyidina Ali Ibn Abi Talib

Berikut adalah 40 nasihat Saiyidina Ali Ibn Abi Talib sebagaimana
yang terdapat di dalam kitab Nahjul Balagh oleh Saiyidina Ali Ibn
Abi Talib dan kitab Al Bayan Wattabyeen oleh Al Imam Abu Othman
Amru Ibn Bahr Al Jaahidh r.a.

01. Pendapat seorang tua adalah lebih baik daripada tenaga seorang muda.

02. Menyokong kesalahan adalah menindas kebenaran.

03. Kebesaran seseorang itu bergantung dengan qalbunya yang mana adalah hanya sekeping daging.

04. Mereka yang bersifat pertengahan dalam semua hal tidak akan menjadi miskin.

05. Jagailah ibubapamu, nescaya anak anakmu akan menjagai kamu.

06. Bakhil terhadap apa yang ditangan adalah tidak mempunyai kepercayaan terhadap Allah s.w.t.

07. Kekayaan seorang bakhil akan turun kepada ahli warisnya atau ke angin. Tidak ada yang lebih terpencil daripada seseorang bakhil.

08. Seorang arif adalah lebih baik daripada arif. Seorang jahat adalah lebih baik dari kejahatan.

09. Ilmu adalah lebih baik daripada kekayaan kerana kekayaan harus dijagai, sedangkan ilmu menjaga kamu.

10. Jagalah harta bendamu dengan mengeluarkan zakat dan angkatkan kesusahanmu dengan mendirikan solat.

11. Sifat menahan kemarahan adalah lebih mulia daripada membalas dendam.

12. Mengajar adalah belajar.

13. Berkhairatlah mengikut kemampuanmu dan janganlah menjadikan keluargamu hina dalam kemiskinan.

14. Insan terbahagi kepada 3 : mereka yang mengenal Allah, mereka yang mencari kebenaran dan mereka yang tidak berpengetahuan dan tidak mencari kebenaran. Golongan terakhir inilah yang paling rendah dan tidak baik sekali dan mereka akan ikut sebarang ketua dengan buta
seperti kambing.

15. Insan tidak akan melihat kesalahan seorang yang bersifat tawadhu' dan lemah.

16. Janganlah kamu takut kepada sesiapa melainkan dosamu terhadap Allah.

17. Mereka yang mencari kesilapan dirinya sendiri adalah selamat daripada mencari kesilapan orang lain.

18. Harga diri seseorang itu adalah berdasarkan apa yang ia lakukan untuk memperbaiki dirinya.

19. Manusia sebenarnya sedang tidur tetapi akan bangun apabila ia mati.

20. Jika kamu mempunyai sepenuh keyakinan akan Al Haq dan kebenaran, nescaya keyakinanmu tetap tidak akan berubah walaupun terbuka rahsia rahsia kebenaran itu.

21. Allah s.w.t merahmati mereka yang kenal akan dirinya dan tidak melampaui batasnya.

22. Sifat seseorang itu tersembunyi disebalik lidahnya.

23. Seseorang yang membantu adalah sayapnya seseorang yang meminta.

24. Insan tidur diatas kematian anaknya tetapi tidak tidur diatas kehilangan hartanya.

25. Barangsiapa yang mencari apa yang tidak mengenainya nescaya hilang apa yang mengenainya.

26. Mereka yang mendengar orang yang mengumpat terdiri daripada golongan mereka yang mengumpat.

27. Kegelisahan adalah lebih sukar dari kesabaran.

28. Seorang yang hamba kepada syahwatnya adalah seorang yang lebih hina daripada seorang hamba kepada hamba.

29. Orang yang dengki, marah kepada orang yang tidak berdosa.

30. Putus harapan adalah satu kebebasan, mengharap (kepada manusia) adalah suatu kehambaan.

31. Sangkaan seorang yang berakal adalah suatu ramalan.

32. Seorang akan mendapat teladan diatas apa yang ia lihat.

33. Taat kepada perempuan (selain ibu) adalah kejahilan yang paling besar.

34. Kejahatan itu mengumpulkan kecelakaan yang memalukan.

35. Jika berharta, berniagalah dengan Allah dengan bersedekah.

36. Janganlah kamu lihat siapa yang berkata tetapi lihatlah apa yang dikatakannya.

37. Tidak ada percintaan dengan sifat yang berpura pura.

38. Tidak ada pakaian yang lebih indah daripada keselamatan.

39. Kebiasaan lisan adalah apa yang telah dibiasakannya.

40. Jika kamu telah menguasai musuhmu, maafkanlah mereka, kerana perbuatan itu adalah syukur kepada kejayaan yang telah kamu perolehi takkan sama dengan hari ini, seperti mana hari ini tak sama dengan semalam...


Antara kata-kata Saidina Ali :


~ Manusia itu tidur, jika ia mati baru ia bangun.

~ Seseorang tidak akan binasa bila ia mengetahui keampunanNya.

~ Nilai seseorang itu diterima oleh perbuatan baik.

~ Orang yang manis lisannya akan banyak mendapat teman.

~ Peribadi seseorang itu tersembunyi di bawah lisannya.

~ Dengan perbuatan yang baik orang merdeka dapat diperbudakkan.

~ Janganlah memandang kepada siapa yang berbicara tetapi perhatikanlah apa yang dibicarakan.

~ Tidak ada kemenangan bersama kedurhakaan.

~ Tidak ada pujian bersama kesombongan.

~ Tidak ada kesihatan bersama kerakusan dan kurang cerna.

~ Tidak ada kemuliaan bersama adat yang bejat.

~ Tidak ada kesentosaan bersama kedengkian.

~ Tidak ada kebenaran dengan meninggalkan perbincangan.

~ Tidak ada keperwiraan dengan meninggalkan perbincangan.

~ Tidak ada keperwiraan bagi pendusta.

~ Tidak ada kemuliaan yang melebihi ketakwaan.

~ Tidak ada pemberi syafaat yang melebihi taubat.

~ Tidak ada penyakit yang lebih menyulitkan daripada kebodohan.

~ Manusia itu musuh dari apa yang ia tidak ketahui.

~ Allah menyayangi seseorang yang mengenal keampunan dan tidaklah kekuasaannya menjadikannya melampaui batas.

~ Mengulangi meminta maaf itu mengingatkan kesalahan.

~ Musuh terbesar itu ialah yang paling tersembunyi tipu dayanya.

~ Hikmah adalah milik orang beriman yang hilang.

~ Yang jijik itu menghimpun segala aib yang buruk.

~ Nasihat di tengah khalayak ramai itu adalah satu celaan.

10 wasiat Hasan al-Banna

1) Wahai kawanku, Segeralah tunaikan solat di awal waktu Dikala mendengar azan Usahakanlah semampu terdaya. Ini membuktikan kesungguhan anda. Di situ ada sumber kejayaan Di situ ada sumber pertolongan Di situ ada sumber taufiq Perhatikanlah banyak perintah ayat al-Quran. ... dimulakan dengan menyebut solat di awalnya Perhatikanlah Tuhan mensyariatkan solat... Juga di medan perang. Walaupun... Di saat genting dan cemas.

2) Wahai kawanku, Bacalah al-Quran dan cuba memerhati mesejnya Selalulah berzikir dan cari ilmu walaupun sedikit Kurangilah dengan masa yang tidak bertujuan Sesungguhnya al-Quran adalah sumber asli lautan ilmu Sumber hidayah kepada anda dan saya Bacalah al-Quran, kelak ia memberi syafaat. Sentiasalah membaca, menghafal dan... Cuba hayati mesej arahannya. Selalu berzikir, berzikir dan terus berzikir!!! Di sini ada ketenteraman Di sini ada kedamaian Di sini ada kesalaman Jadilah hamba yang sejahtera.

3) Wahai kawanku, Dorongkanlah diri untuk menguasai Bahasa al-Quran Mulakan dulu walaupun sepatah perkataan Sebenarnya anda telah lama bermula Iaitu sejak anda solat setiap hari Sebut dulu walaupun tak faham. Antara mala petaka pertama menimpa umat kita... Ialah kecuaian menguasai bahasa agamanya. Juga mengutamakan bahasa pasar, Ayuh !!! Apa tunggu lagi?????? Bukalah ruang walaupun seminit !!!

4) Wahai kawanku, Usahlah bertarung idea tanpa adabnya!!! Berdebatlah jika kiranya berbuahkan kebaikan Awasilah pertengkaran Kerana di sana ada unsur lain membisikkan? Syaitannnn namanya !!!

5) Wahai kawanku, Senyumlah selalu tapi bersederhanalah dalam ketawa !!! Rasulullah s. a. w adalah yang paling banyak senyum Beliau ketawa kena pada tempatnya Tapi berpada-pada sahaja, wahai kawan ! Plato juga berharap agar pementasan hiburan... Yang tidak bermutu terlalu banyak ketawa bodoh Hanyalah disaksikan oleh golongan abdi Dan orang upahan asing! Begitu juga Aristotle berpendapat Supaya golongan belia ditegah daripada menyaksikan hiburan-hiburan yang membolehkan perbuatan ketawa berlebih-lebihan. supaya tidak menular. Keburukan dalam diri!!!

6) Wahai kawanku, Seriuslah selalu dan berguraulah berpatutan Tanpa serius, hilanglah kesungguhan !!! Tanpa bergurau, tawarlah kehidupan Kata seorang penyair : Berikan kerehatan pada jiwamu Yang sibuk dengan berfikir Ubati dengan bergurau Tapi, Kalau mengubatinya dengan bergurau Mestilah dalam batas Seperti kau masukkan garam ke dalam gulai.

7) Wahai kawanku, Kawallah nada suaramu Setakat yang diperlukan oleh pendengar di depanmu Janganlah jadi seperti orang bodoh. Bahkan menyakit hati orang lain pula!!! Luqman El-Hakim juga mencela orang yang tidak pandai menjaga nada suara pada tempatnya. Itulah katanya suara keldai!!! Surah al-Isra' memberi tip kepada kita... Jangan keraskan suramu dalam solat Tapi jangan pula merendahkannya Carilah jalan tengah di antara keduanya.

8) Wahai kawanku, Usahlah umpat mengumpat Usahlah merendah-rendahkan pertubuhan lain Bercakaplah jika ada unsur kebajikan Ayuh!!! Hindarilah... mengumpat! Tidak sekali mencabuli jemaah-jemaah lain!!! Perkatakanlah kebaikan demi kebajikan bersama. Sukakah anda memakan daging pasti anda suka!! Tapi sukakah anda memakan daging kawan anda yang telah mati?? Sekali-kali tidak!!! Begitulah dosa orang yang mengumpat. Bertaubatlah jika anda mengumpat Tapi mesti minta ampun terhadap orang umpatanmu bersama!!! Boleh mengumpat... apabila ada tujuan syarie.
* untuk menuntut keadilan apabila dizalimi
* untuk menghapuskan kemungkaran
* kerana memberi amaran kepada Muslim tentang kejahatan
* kerana mengisytiharkan kefasikan dan kejahatan.

9) Wahai kawanku, Luaskanlah interaksimu dengan umat manusia Sekalipun mereka tidak diminta berbuat demikian!!! Salam kasih sayang adalah untuk semua Salam kemesraan adalah untuk sejagat. Hulurkanlah, hulurkanlah salam perkenalan...! Lihatlah pensyariatan ibadah haji. Pelbagai bangsa datang berkunjung!!! Pelbagai lapisan datang berkunjung!!! Pelbagai darjat datang berkunjung!!! Sama-sama menjunjung obor suci Tidak mengenali tapi tak sepi.

10) Wahai kawanku, Maksimumkanlah faedah waktu anda dan Tolonglah orang lain supaya manfaatkan masa. Hadkanlah masa penunaiannya. Biasakan hidup berjadual di hadapan. Bijaksanakanlah menggunakan waktu anda! Bersegeralah, kerana... Sabda Nabi s. a. w bermaksud : "Bertindak segeralah melakukan amal..." (Diulang 7 kali..) Sayanglah masa saudaramu!!! Hormatilah waktu mereka!!! Usahlah berbicara meleret-leret... Tanpa haluan dan noktahnya..

Nasihat al-Qamah: 5 cara memilih sahabat

NASIHAT yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana
pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah saw) kepada anaknya:

Pertama,

pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah
hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi
keperluan.

Kedua,

pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan
untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa
terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka
menghitung-hitungkan (menyebutnya).

Ketiga,

pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan
untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa
terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai
keburukan dirimu ia suka menutupinya.

Keempat,

pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya,
pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada
sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan
meringankanmu serta menghiburkanmu.

Kelima,

sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan
bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu
persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih
dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu...dan meminta maaf darimu.


" carilah teman-teman yang jujur & hiduplah disamping mereka kerana mereka umpama perhiasan di waktu senang & bekalan di waktu susah "
~ Umar Al Khattab ~


MENYELAMI WASIAT SYED QUTB

Saudara!
Seandainya kau tangisi kematianku
Dan kau siram pusaraku dengan airmatamu
Maka di atas tulang-tulangku
Yang hancur luluh
Nyalakanlah obor buat ummat ini
Dan ……
Teruskan perjalanan ke gerbang jaya
Saudara!
Kematianku adalah satu perjalanan
Mendapatkan kekasih yang sedang merindu
Taman-taman di syorga Tuhanku bangga menerimaku
Burung-burung-Nya berkicau riang menyambutku
Bahagialah hidupku di alam abadi

Saudara!
Puaka kegelapan pasti akan hancur
Dan alam ini akan disinari fajar lagi
Biarlah rohku terbang mendapatkan rindunya
Janganlah gentar berkelanan di alam abadi
Nun di sana fajar sedang memancar

Wasiat ini di tulis beberapa ketika sebelum beliau menemui syahid. Jika di baca sekali imbas, tidak akan dapat di fahami sepenuhnya. Tetapi sebaliknya jika dibaca berulang-ulang kali dan cuba menghayati apa maksud yang tersirat di sebalik keindahan bait bait sajak beliau itu maka kita akan dapat merasai kesayuan dan menangisi pemergian beliau - berkorban hatta nyawa demi Islam. Beliau adalah salah seorang mujahid agong abad ke 20 yang syahid di tali gantung kerana mempertahankan ‘Rabbuna’Llah’.

Beliau telah mengorbankan sebahagian besar hidupnya dalam mendalami Al-Qur’an (lebih 10 jam sehari) dengan roh perjuangan dan ketegasan sikap serta pemikiran yang cukup bernas. Hingga kini hasil penulisan beliau yang dibukukan menjadi rujukan kepada setiap peringkat gerakan dan pencinta Islam.

Pesanan akhir beliau dirangkumkan dalam bentuk puisi/sajak dan amat menyentuh perasaaan jika memahami maksud yang tersirat. As-Syahid Syed Qutb mengisytiharkan bahawa tugas tugas beliau di muka bumi ini telah selesai dan telah sampai masanya dia kembali kepada Allah SWT yang sememangnya di nanti-nantikan. Hasil kreativiti dan penulisan beliau telah cukup menjadi saksi beliau di hadapan Allah SWT dan menjadi bekalan dan rujukan kepada pencinta-pencinta Islam yang akan meneruskan perjuangannya.

Pada rangkap pertama, As-Syahid amat pasti bahawa akan ada saudara-mara, sahabat handai dan para dai yang menangisi pemergiannya (kematiannya). Beliau yakin, tangisan itu akan menyalakan semangat atas dasar iman (nyalakan obor buat umat ini) untuk meneruskan perjuangannya hingga berjaya. Perjuangan untuk mendaulatkan Deen Allah di dalam kehidupan tidak akan berkahir, walaupun perjuangannya telah kembali kepada Allah SWT. Pasti ada pejuang lain yang akan tampil mengganti di kalangan Ikhwan yang diproses keimanannya. Beliau amat mengharapkan para pendakwah TERUSkan kewajiban berjihad menegakkan yang ma’ruf dan mencegah yang munkar hingga berjaya dan sekaigus menumpang Jahiliyah yang bermaharajalela di muka bumi ini. Perjuangan itu ibarat mengenggam bara api sampai menjadi arang (diatas tulang-tulangku yang hancur luluh) dan ibarat lilin yang membakar demi Islam!

Rangkap kedua beliau menyatakan bahawa berakhirnya hayat beliau di tali gantung bukan bermakna beliau telah mati. Sebaliknya beliau masih hidup di sisi Allah SWT.


“Janganlah kamu menyangka orang yang gugur berjuang pada jalan Allah itu mati. Sesungguhnya mereka itu hidup dan diberi rezeki oleh Allah.” (Ali Imran: 169)




“Kematianku adalah satu perjalanan mendapatkan kekasih yang sedang merindu”, merupakan ayat yang sangat indah bunyinya membawa maksud yang menyentuh perasaan. As-Syahid seolah olah memujuk para pendakwah agar tidak terus menangisi kehilangannya. Tidak ada apa yang perlu disedihkan kerana rohnya sedang mengembara (perjalanan) menuju kepada Allah SWT untuk bersama roh roh para anbiya dan para syuhada’ yang sedang menunggunya (kekasih yang sedang merindui).

Pintu-pintu syurga terbuka luas menerima rohnya (taman-taman di syurga Tuhanku bangga menerimaku). Perkataan BANGGA memberi maksud yang amat kuat bahawa segala apa yang disediakan di syorga ternanti-nanti menerima kedatangan dan kehadiran pendakwah sepertinya. Burung-burung merupakan simbolik pada para bidadari atau mala’ikat. Mala’ikat dan para bidadari riang menyambut kedatangannya dan melayaninya sebagai di antara tetamu yang teristimewa di syorga. Ternyatalah bahawa di saat akhir hayatnya, As-Syahid telah terbau harum syorga atau terbayang keadaan syorga menantinya. Dengan keyakinan itu, beliau berani menyatakan bahawa hidupnya bahagia di alam abadi (Bahagialah hidupku di alam abadi).

Dalam rangkap ketiga, beliau menanamkan keyakinan dan semangat terus berjuang bahawa alam ini akan disinari fajar lagi. Tidak mustahil daulah Islam akan tertegak lagi di muka bumi ini. Menurut keyakinannya, “puaka kegelapan pasti akan hancur” bermaksud jahiliyah yang diwakili oleh ‘kuasa besar’ Amerika dan Russia pasti akan tumbang. Karangan beliau ‘Masa Depan di tangan Islam’ (‘Al Mustaqbal Lihaza Al-Din) memperkatakan tentang keyakinan itu. Kenyataan beliau telah dibenarkan oleh reality kini bahawa kerajaan Komunis Russia telahpun tumbang.

Beliau mengulangi lagi tentang keadaan rohnya. Jiwanya pasrah dan rela dibunuh untuk mempertahankan kalimah “Lailaha illallah Muhammadur Rasulullah” agar sentiasa bergema di muka bumi ini. “Biarlah rohku pergi mendapatkan rindunya” merupakan satu penekanan bahawa pengorbanan untuk menegakkan daulah Islam tidak ada ruginya. Walaupun di dunia terasa seperti kerugian, tetapi hakikatnya roh beruntung kerana dapat berkumpul bersama-sama roh yang merinduinya. Roh yang sentiasa di dalam pemeliharaan Allah dan disanjung oleh Allah SWT.




RENUNGAN : Kisah Semut















Cara Menangkis Virus Ukhuwah




Dalam surat Al-Hujurat, Allah swt memaparkan 7 sikap bagi kita untuk membasmi virus-virus ukhuwah yang bisa menghancurkan kekuatan ukhuwah yang telah dibina.


1. Tabayyun yang bererti mencari penjelasan dalam setiap maklumat yang diterima dan mencari bukti kebenaran informasi yang diterima. Allah swt berfirman: "Wahai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasiq membawa berita maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu." (QS 49:6)

2. 'Adamus Sukhriyyah, ertinya tidak memperolok-olokkan orang atau kelompok lain. Firman Allah swt: "Wahai orang-orang yang beriman janganlah satu kaum memperolok-olokkan kaum yang lain (karena) boleh jadi mereka (yang diperolok-olokkan) lebih baik dari mereka (yang memperolok-olokkan)." (QS 49:11). Mampukah kita untuk meninggalkan tradisi sukhriyyah dan perasaan ana khairun minhu (saya lebih baik daripadanya), yaitu perasaan 'sombong' seperti yang dimiliki iblis? Inilah persoalan yang perlu ditanya pada diri.

3. Tidak mencela orang lain. Ini ditegaskan dengan firman-Nya: 'Dan janganlah kamu mencela diri sendiri'. Mencela sesama muslim, oleh ayat ini dianggap mencela diri sendiri, sebab pada hakikatnya kaum muslimin dianggap satu kesatuan. Apalagi jika celaan itu berkait dengan kedudukan dan kebendaan di dunia. Allah sendiri menyuruh Rasul dan orang-orang yang mengikutinya untuk bersabar atas segala kekurangan orang-orang mukmin. (Lihat QS, 18:28)

4. Meninggalkan panggilan dengan sebutan-sebutan yang tidak baik terhadap sesama muslim. Ini berdasarkan firman Allah swt: "Dan janganlah kamu saling memanggil dengan sebutan-sebutan (yang buruk)." (QS 49:11) Tanabuz dalam bentuk yang paling parah adalah berupa pengkafiran terhadap orang yang beriman. Pada kenyataannya masih saja ada orang atau kelompok yang dengan begitu mudahnya menyebut kafir kepada orang yang tidak tertarik untuk masuk ke dalam kelompok tersebut.

5. Ijtinabu Katsirin minadzdzan di mana Allah swt berfirman: "Wahai orang-orang yang beriman jauhilah kebanyakan dari prasangka, karena sebagian prasangka itu dosa." (QS 49:12) Pada dasarnya seorang muslim harus berbaik sangka terhadap sesamanya, kecuali jika ada bukti yang jelas tentang kesalahan tersebut.

6. Tidak mencari-cari kesalahan dan aurat orang lain. Perbuatan ini amat dicela Islam. Allah swt amat suka bila kita berusaha menutup aib saudara kita sendiri. Firman Allah swt: "Dan janganlah kamu sekalian mencari-cari kesalahan (dan aurat) orang lain." (QS 49:12)

7. Allah swt menegaskan: "Dan janganlah kamu sekalian menggunjing sebagian lain.Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati?..." Ghibah sebagaimana yang dijelaskan Rasulullah saw adalah menceritakan keburukan dan kejelekan orang lain. Ketika seseorang menceritakan kejelekan orang lain, maka ada dua kemungkinan yang terjadi. Pertama, jika yang diceritakannya benar-benar terjadi maka itulah ghibah. Kedua, jika yang diceritakannya itu tidak terjadi bererti ia telah memfitnah orang lain. Begitu besarnya dosa ghibah, sampai Allah SWT menyamakan orang yang melakukannya dengan orang yang memakan bangkai saudaranya sendiri.

Wallaahu'alam

Kesedihan Kian Terubat..




Alhamdulilah..

Dengan berakhirnya last paper 4 final exam, Biochemistry & Microbiology (the killest paper I think.haha), maka tamat la sudah Sem1 2009..tinggal lagi 7 sem nampaknya. Akhirnya, berjaya juga ku menghabiskan Sem 1 ni walau macam2 perasaan dan dilema kulalui.. I realised, that's my life now, walaupun kehidupan sekarang tidaklah sebermakna life kat PASUM dulu.. Honestly, Pasum lagi best than now..Miss that moment!!

erm, pejam celik dah abis 1 sem, da hampir 6 bulan bergelar mahasiswi (=p tp tak rase cam tu pon), dah nak abis tahun 2009.. Umur pun da genap pun 19 tahun.. cepat benar mase berlalu!! Masa yang telah berlalu entah pe yang ku abiskan..yang pasti banyak benda lagi ku belum capai dan explore dalam dunia nie.. sempat ke nak explore semua!!

Sem 1 nie hanya ada 16 jam kredit untuk dipenuhi. Alhamdulillah, walaupun study main-main, Allah masih permudahkan untuk ku menjawab semua soalan exam. Beselah, awal2 masuk Sem, honeymoon dulu.hehe. Ditambah pula dapat yang unexpecting thing. Take a long time maybe to comford..whatever happened, the past was past.. the future depends on our strength nowaday. So, never give up & keep moving until ......( I'm also don't know.huhu) . Antara subjek yang saya ambil untuk sem1 ni :

  • Biochemistry & Microbiology
  • Biodiversity
  • Basic Mathematics
  • TITAS
  • English 1
  • Kepimpinan dan Motivasi Diri
Dengan rasminya, cuti saya dah start 12 November hingga 26 Disember 2009. Tak sampai 2 bulan pun. Cuti pun tak macam cuti sekolah. Masih ada kerja yang perlu dibuat. Semua student UMK wajib menjalankan SIEP ( Student In Intrepreneurship Programme). Untuk sem 1 ni, hanya perlu observe dan make report tentang kedai/syarikat yang dipilih. I still don't have idea where I want to do my SIEP. Minimum untuk SIEP 10 hari.. Next sem pun ada juga program masa cuti. USK1014 ( khidmat masyarakat). Yang ni punye program perlu dibuat pada setiap tamat tahun. Macam best je khidmat masyarakat nie. UMK memang banyak menganjurkan program khidmat masyarakat & bakti siswa. Program yang terdekat "Program Kemanusiaan ke Kemboja sempena Hari Raya Qurban.." Tp saya tak pergi pun atas sebab-sebab tertentu. Rugi tak dapat pergi!. Dahla program bakti siswa tempoh hari juga tak berkesempatan nak join. Never mind..,lame lagi kat sini. hehe.

Next sem subjek yang kena belajar da mula relate dengan kos. Agak tough la jugak. Sebab it's new for me..Subjek-subjek :

  • Anatomy & Fisiology of Animal
  • Basic Chemistry
  • Bio Genetics
  • Basic Enterpreneurship
  • English 2
  • Kokurikulum ( JPAM)
Strategy 4 next sem..?? haha..
pe nak buat ek??


Hidup ni ibarat roda.. Setuju tak?? Tp saya rase hidup cam bumi..Yela, masing2 sentiasa berputar. Kadang-kadang kite kat atas, kadang-kadang kite kat bawah.. Kadang-kadang kite bahagia, kadang-kadang kite sedih, kadang-kadang kite berjaya, kadang-kadang kite gagal.. Kadang- kadang kite berteman, kadang- kadang kite keseorangan.. Iman kite pun same jugak..Kadang-kadang yazid, kadang-kadang Wayankus.. Jangan terus wayankus sudah.!! Berape banyak kadang-kadang pun, semua kitaran hidup kite DIA yang tentukan. Segala apa yang berlaku atas kehendakNYA. Takdir.. Kadang-kadang it's so difficult to accept 'takdir'.. Tapi yakinlah setiap yang berlaku pasti ada hikmah tersendiri...PerancanganNYA adalah yang TER baik. so, pe leh kite buat ''Sabar & Ikhlas''..whatever pun, kita kembali pada-NYA. We have greatest God always keep with us.. Teruskan berdoa dan berusaha.

Buat sahabat-sahabat yang masih belum bercuti ( yang masih berperang dengan exam, all the best..chayok2). Yang da cuti, Selamat bercuti. Manfaatkanlah masa cuti sebaik mungkin.. jaga diri..(p/s: jangan main air banjir.haha). Kat sebelah pantai timur, hujung2 tahun ni musim tengkujuh. Sebahagian kawasan di Kelantan & my hometown dah dinaiki air. Alhamdulillah, my home is free from taht disaster. Kepada mangsa banjir, sabarlah menghadapi ujian ini. Doa kami sentiasa bersama kalian.. Hah, 17-19 hb November ni UMK adakan kursus untuk persediaan untuk hadapi bencana alam (banjir)...wajib untuk JPAM & Askar Wataniah..I'm also join that. Yeah!! Nampaknya masa cuti kali ini lebih terisi, tak da lah tido, makan n tengaok TV je.. Pada sesiapa yang dah pasang niat nak qadak tido, carilah something meaningful untuk dibuat. Sibuk-sibukkanlah diri anda!! For me, busy can make me forget problem.It will make our life more meaningful.. My friends always say, "setiap nafas , detik merupakan pencarian".. How miserable our life, it also teach us something.. => that's true dear friends.

Last of my pieces, minta maaf pada semua terutama my roomate: Farah, Syaf n Ila. Mane ada salah dan silap, terkasar bahasa, terasa hati @ terambil sesuatu, a lot of apologise!! Halalkan segala-galanya. Selamat bercuti untuk semua..student SBH1, friends and for all.. Take care!! See you in the next sem. Jika sudah tercatat UMK terbaik untuk diri ini, jumpela saya kat UMK sem depan.. hahaha.(still doubt..???). Semoga berjaya dengan cemerlang dalam final exam Sem 1. dean list?? InsyaAllah..
Tidak lupe buat sahabat2 yang akan menghadapi SPM & STPM tidak lama lagi, semoga berjaya. Semoga dipermudahkan. bittaufiq wannajah!! Doakan kejayaan bersama_

Ok, peace...(^-^).. waslam..



Langkah Tercipta

Semalam aku kelukaan,
kecewa kehampaan,
mencalar ketabahan,
mimpi yang sering ku harapkan,
menjadi kenyataan,
namun tak kesampaian.

Allah…
Inginku hentikan langkah ini,
bagaikan tak mampu untuk ku bertahan,
semangat tenggelam,
lemah daya,
haruskah aku mengalah,
namun jiwaku berbisik,
inilah dugaan.

Dan langkahku kini terbuka,
pada hikmah dugaan,
uji keimanan,
tak dilontarkanNya ujian,
di luar kekuatan,
setiap diri insan.

Allah…
Pimpinlah diriku,
tuk bangkit semula,
meneruskan langkah,
perjuangan ini,
hati dan semangatku,
kurniakan ketabahan,
agar mimpi jadi nyata,
padaMu ku meminta.

Daku mohon agung kudratMu,
wahai Tuhan yang satu,
segalanya dariMu.

Masyitah Direbus Kerana Cinta

Salam..

Jom kita ikuti kisah mujahidah kebanggan Islam, Masyitah
semoga dapat memberi iktibar dan mudah mudahan dapat meningkatkan keimanan kite untuk terus istiqamah..InsyaAllah.


Barangsiapa yang ingkar akan diseksa dan dibunuh. Begitulah kejamnya Firaun dan kerajaannya. Namun begitu terdapat beberapa orang yang telah sedar dan beriman kepada Allah di antaranya Siti Asiah, isteri Firaun dan keluarga Masyitah. Masiytah adalah pelayan raja dan lebih terkenal sebagai tukang sisir Firaun. Mereka terpaksa menyembunyikan iman mereka kepada Allah agar dengan itu mereka tidak diganggu.

Tetapi pada suatu hari, sewaktu Masyitah sedang menyisir rambut salah seorang daripada puteri Firaun,tiba-tiba sisir itu terjatuh dan dia dengan tidak sengaja melatah dan menyebut "Allah". Puteri tersebut apabila mendengar perkataan "Allah", dia pun bertanya kepada Masyitah siapakah "Allah" itu. Masyitah pada mulanya enggan untuk menjawab pertanyaan itu tetapi setelah didesak berkali-kali, Masyitah memberitahu bahawa Allah itu adalah Tuhan yang Esa dan Tuhan sekalian alam. Puteri itu dengan serta merta mengadu pada Firaun akan hal Masyitah itu. Dan Firaun agak terperanjat bila mendengar Masyitah menyembah Tuhan selain daripadanya.

Maka Firaun dengan kekuasaan yang ada padanya telah memerintahkan menterinya yang bernama Hamman untuk membunuh Masyitah dan kaum keluarganya yang telah menyembah Allah. Firaun sedikit pun tidak mengenang jasa Masyitah terhadap keluarganya.Selain menjadi tukang sisir, Masyitah juga mengasuh dan menguruskan istana Firaun. Tetapi tanpa siasat dan kejam Firaun menjatuhkan hukuman kepada Masyitah. Inilah masanya untuk menguji Masyitah, seorang wanita yang lemah fizikalnya tetapi memiliki kekuatan jiwa yang luar biasa. Beliau dengan lapang dada menerima apa sahaja yang hendak dilakukan oleh manusia yang tidak berhati perut itu. Hamman telah memaksa pengawal-pengawalnya untuk menyediakan sebuah kawah yang besar untuk untuk mencampakkan Masyitah dan keluarganya yang ingkar dengan Firaun seandainya mereka tidak mahu kembali kepada Firaun.Masyitah bersama dengan suami dan empat orang anaknya termasuk seorang anaknya yang masih bayi dihadapkan ke hadapan Firaun untuk diberi kata dua sama ada hendak menyembah Firaun atau dicampakkan ke dalam kawah yang berisi air panas yang mendidih.

Maka dengan tegas Masyitah dan suaminya tetap mempertahankan keimanan mereka dengan mengatakan Allah itulah Tuhan yang Esa dan Firaun hanyalah manusia biasa. Dengan keputusan itu,Hamman dengan tiada rasa peri kemanusiaan mencampak satu persatu keluarga Masyitah ke dalam kawah yang berisi air panas yang mendidih sambil ketawa terbahak-bahak dengan nada yang menyindir,Hamman mencampakkan suami Masyitah dahulu diikuti dengan anak-anaknya yang lain. Masyitah melihat sendiri dengan mata kepalanya bagaimana anak-anaknya terkapai-kapai di dalam air yang panas menggelegaKini tinggal Masyitah dan bayinya yang akan dicampakkan ke dalam kawah tersebut. Syaitan membisikkan ke telinga Masyitah rasa was-was dan kasihan melihat anak-anaknya yang masih kecil itu diseksa sedemikian rupa. Masyitah mula ragu-ragu sama ada hendak terjun ataupun tidak. Tetapi dengan kekuasaan Allah,tiba-tiba anak yang masih baik itu berkata-kata dengan ibunya, Masyitah:

"Wahai ibu,marilah kita menyusul ayah,sesungguhnya syurga sedang menanti kita."

Bila mendengar kata-kata yang sangat ajaib dari anaknya yang masih bayi itu, dengan rasa kehambaan dan cinta kepada Allah, Masyitah terjun bersama anaknya ke dalam kawah yang berisi air panas itu dan matilah mereka sekeluarga demi mempertahankan iman mereka kepada Allah. Tetapi Allah tidak membiarkan manusia berbuat durjana sesuka hati. Allah datangkan kepada Firaun, Hamman dan para pengawalnya yang membunuh Masyitah dengan azab seksa yang sangat pedih.Allah runtuhkan kerajaan Firaun dan Hamman mati di dalam runtuhan tersebut. Tentera dan para pengawalnya ditenggelamkan di dalam dasar laut. Mereka mati di dalam keadaan kafir. Sebaliknya Masyitah sekeluarga mati di dalam keadaan yang mulia dan bahagia di dalam syurga.

Sewaktu Rasulullah s.a.w Isra' dan Mikraj,baginda telah melalui sebuah maqam. Dan maqam itu sangat wangi dengan bau kasturi.Lantas Rasulullah s.a.w bertanya kepada Jibril yang mengiringinya,maka jawab Jibril a.s :

"Itulah maqam Masyitah,salah seorang wanita penghulu syurga."

Begitulah keistimewaan yang Allah berikan kepada Masyitah. Walaupun tubuhnya dan tubuh keluarganya hancur, namun di sisi Allah mereka sangat mulia. Wahai wanita yang mukmin, bersabarlah menghadapi hidup di dunia ini. Kesusahan dan kekurangan, kata nista manusia dan kejian di dalam membangunkan Islam itu hanyalah sementara. Bersabarlah dan tenangkan hati dengan banyak mengadu dan mengharapkan keredhaan Allah. Kuatkan imam dan sematkan di dalam hati kecintaan kepada Allah dan Rasul itu melebihi dari segalanya. Patuh dan taat akan perintah suami, didik anak-anak dengan Islam.InsyaAllah kita akan selamat di dunia dan akhirat.Marilah sama-sama mencontohi Masyitah yang sanggup mengorbankan nyawanya dan nyawa keluarganya demi mendapatkan cinta kepada Allah. Tidakkah kita ingin mengikut jejaknya? Fikir-fikirkan lah....


Sumber: Buku Panduan Menjadi Wanita Solehah Terbitan Jahabersa

Akan Kembali padaNya..


KEMATIAN..!!


satu yang pasti..

Cukuplah MATI sebagai peringatan..








"Ya Allah, andainya ada satu waktu @ detik saat di mana aku benar-benar merasakan keindahan iman, dimana aku benar-benar merasakan keagungan-MU, ...kerana aku sering ragu akan keikhlasanku sendiri..Maka, KAU matikanlah aku di saat itu Ya Allah..agar aku dapat meraih semulia-mulia kematian..kematian disaat aku mencintai-MU..."


Ya Allah, matikanlah kami dalam iman.. Jauhkan kami dari azab kubur dan azab neraka.!!


??????????????????????

Siapakah SAYA???

Siapakah AKU???

Who am I???


Apa yang aku mahukan dalam hidup ???

Apa yang saya mahukan dalam hidup ???

What I want in my life???



Apa matlamat hidup aku ???

Apa matlamat hidup saya ???

What is my mission of life???


WHAT IS LIFE..??








Ya Allah, kenalkanlah aku dengan-Mu
kenalkanlah aku dengan diriku..!!

Bimbinglah hambamu ini..
Ku perlukan pertolongan-Mu..
Jangan biarkan ku sendirian..
Untuk ku teruskan hidup ini......




"Tidaklah Aku jadikan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah Aku".
(Al-Dhariyat: 56)

"Wahai manusia sesungguhnya kami jadikan kamu lelaki dan perempuan dan kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan berpuak-puak supaya kamu kenal-mengenal. Sesungguhnya sebaik-baik kamu di sisi Allah ialah yang paling bertakwa di antara kamu." (Al-Hujurat: 13)





Tiadalah hidup di dunia ini melainkan permainan dan pergurauan.
Sesungguhnya kampung akhirat, lebih baik bagi orang-orang yang
bertaqwa. Apa tidakkah kamu memikirkan ? (Al An'am : 32)





LAILATUL QADAR



Kini kita sudah berada di peghujung pertengahan Ramadhan , fasa keampunan..
InsyaAllah, kita bakal masuk ke fasa akhir Ramadhan iaitu pembebasan dari neraka..
mudah-mudahan kita masih diberi kekuatan untuk terus melipatkan amal ibadah kita sampai ke akhir Ramadhan.. jangan kita sia-siakan kehadiran bulan yang penuh barakah ini..
bulan ini merupakan 'durian runtuh' Allah kepada hamba2NYA yang beriman..

Fasa terakhir Ramadhan iaitu 10 malam terakhir merupakan saat yang paling dinantikan oleh semua..

ada yang gembira kerana bulan puasa semakin tamat..
tidak kurang juga ada yang sibuk untuk mmbuat persiapan untuk raya..

Tapi...

bagi saudara2 kita di alam kubur, mereka meraung2 meratapi pemergian Ramadhan. sedangkan kita di dunia tidak sabar untuk menyambut Syawal. kalu boleh, nak habiskan puasa cepat2.. apakah itu hakikat kita berpuasa?? sekadar menahan lapar dan dahaga? dan mugkin bagi anak2 kecil, "raye" je mereka tahu.

Rasulullah S.A.W bersabda :

"ramai orang berpuasa, tapi ia tidak peroleh ape2 dari puasanya melainkan lapar dan dahaga."
~Riwayat oleh Nasa'i dan Ibn Majah~

Mudah-mudahan kita terbebas dari golongan yang disabdakan oleh Rasulullah.
Semoga segala amal ibadah kita diterimaNYA..
Ikhlaskan diri kita dalam beribadah padaNya..
Semoga Ramadhan kali ini mampu menjadi madrasah untuk kita menjadi hamba2Nya yang benar2 bertaqwa.. InsyaAllah..

Rebutlah peluang pada sisa2 Ramadhan yang masih tinggal ini..Mungkin ni adalah Ramadhan Terakhir kita...

teruskanlah beribadah dan rebutlah sebanyak mungkin peluang yang diberikanNya.
Mudah mudahan kita dipilih untuk bertemu dengan malam Lailatul Qadar.. malam yang lebih baik dari seribu bulan. Sesiapa yang beramal pada malam tersebut seolah2 dia beramal selama 83 tahun. Betapa besar 'hadiah" Allah buat umat Nabi Muhammad S.A.W.

Carilah malam Lailatul Qadar di malam2 ganjil pada 10 malam terakhir Ramadhan.. Semoga kita antara insan terpilih untuk merasaiNya.. Amin.

SESEKALI DIUJI



Apa jua bala bencana singgah menerpa
Menguji jauh mananya sabar kita
Mungkin selama ini kita terlupa
Kita terlalu leka dengan nikmat kurniaanNya

Maka diberi sedikit ujian
Menguji tahap keimanan dijiwa
Bila kesusahan, terasa hidup terlalu payah
Berbagai persoalan menerjah
Baru minta petunjuk hidayah

Usah berputus asa
Kerana ada rahmat disebaliknya
Yang tidak kita ketahui
Dalam hidup ini..

Teruslah berdoa
Pada Allah
Pengasih,Pemurah dan Penyayang

Kita terlalu leka dengan nikmat kurniaanNya
Maka diberi sedikit ujian
Menguji tahap keimanan dijiwa..

CINTA DAN BENCI SEDERHANA SAJE



Berkata imam at Turmudzi rahimahullah:

Bab Maa Ja-a fi 'lIqthishad fi 'lhubbi wa 'lbughdhu ("Sederhana dalam Cinta dan Benci") hal. 2065. "Dari Abu Hurairah, dia berkata, "Cintailah kekasihmu dengan sederhana saja, boleh jadi kelak dia akan menjadi musuhmu, dan bencilah musuhmu dengan sederhana saja, boleh jadi suatu saat dia akan menjadi kekasihmu." Hadits ini dishahihkan oleh Imam al Muhaddits Al Albani (lihat Shahih at Turmudzi lil Albani, hal. 1997 dan Ghayatul Maram fi takhrij ahadits Al Haram wal Haram hal. 472)



Berkata al Mubarakfury dalam Tuhfatul Ahwadzi (Juz 6 hal. 113-114):

"Cintailah kekasihmu dengan sederhana saja (jangan terlalu sangat)" termasuk dalam bab Al Af`al (perbuatan-perbuatan) bukan Al Ahwal (keadaan-keadaan), atau dengan ungkapan lain "Aku mencintainya dengan cinta yang sederhana", kata haunan di sini adalah kata sifat dari kalimat "merindukannya dan mencintainya", sehingga maksudnya adalah "cintailah dengan sederhana saja, jangan terlalu sangat, tanpa berlebih-lebihan di dalamnya". Mencintai tanpa diiringi dengan perbuatan (fi`l) berlebihan meskipun di dalam kondisi (haal) jiwanya penuh dengan rasa cinta dan kerinduan. Alasannya telah disebutkan, yaitu ingat, boleh jadi orang yang dicintai akan menjadi musuhmu pada suatu saat nanti.


Berkata Al Munawi dalam Syarhu l'Jami`us Shaghir,

"Ketika dia berubah dari kekasih menjadi musuh, karena perubahan masa atau kondisi, yang demikian agar engkau tidak menjadi larut dalam penyesalan ketika cintamu amat sangat kemudian dia berubah sehingga engkau menjadi membencinya. Atau sebaliknya, engkau menjadi malu ketika engkau tiba-tiba menjadi mencintai dia yang dulu merupakan musuhmu."


Al Hasan al Bashri rahimahullah berkata,

"Cintailah sekedarnya dan bencilah sekedarnya, sungguh telah berlebihan suatu kaum dalam cinta kemudian mereka menjadi hancur karenanya, dan telah berlebihan suatu kaum yang lain dalam membenci kemudian mereka menjadi binasa."

Dan berkata Nabi shallallahu `alaihi was salam,

"Datang kepadaku Jibril `alaihissalam kemudian dia berkata, 'Ya Muhammad, hiduplah sesukamu, sesungguhnya engkau kelak akan mati, dan cintailah siapapun yang engkau kehendaki, sesungguhnya engkau kelak akan berpisah darinya. Dan berbuatlah sesukamu, sesungguhnya engkau akan dibalas dengannya. Ketahulah, sesungguhnya kemulian orang yang beriman itu terletak pada shalat malamnya, dan kejayaannya terletak pada ketak butuhannya dari manusia lainnya." (Riwayat Al Hakim dan Baihaqi, Al Mundziri menghasankannya, dan Albani menyebutkannya dalam Silsilah Ash Shahihahnya dengan perubahan redaksi.)

ARTIKEL UNTUK DIKONGSI BERSAMA.. (Copy dari Kak Wanie..hehe. Syukran ye)


Jika anda menyukai seseorang, janganlah terlalu menyukai, kelak anda tidak nampak apa-apa kekurangan pada dirinya lagi. Jika anda membenci seseorang, janganlah anda terlalu membenci, kelak anda tidak melihat sebarang kebaikan pada dirinya lagi.

Manusia menjadi buta tatkala dia terlalu menyukai, terlalu meminati dan terlalu mengagumi. Anda menyukai seseorang, anda akan terpegun dengan kata-katanya; anda meminati sesuatu anda akan berusaha sedaya mungkin untuk mendapatkannya meskipun kadang-kadang usaha anda itu menempuh sejuta bahaya; anda mengagumi anda buta untuk melihat sebarang kecacatan yang ada padanya.

Bersederhanalah dalam menyukai, meminati dan mengagumi; kelak anda akan lebih berhati-hati tatkala melangkah, tatkala membuat keputusan dan tatkala menyintai. Ramai orang yang menjadi mangsa kesukaan yang terlalu, rasa minat yang mendalam serta kekaguman yang tinggi.

Jika anda terlalu mengharap, anda akan terlalu kecewa apabila gagal. Mengharap itu boleh, tapi usah terlalu hingga anda tidak nampak sebarang kebaikan lagi apabila gagal. Setiap kegagalan menyimpan kejayaan; setiap masalah membuka peluang; setiap jalan rezeki yang tertutup banyak lagi yang terbuka.

Jika anda gagal mendapat perhatian, itu baik sebab sekurang-kurangnya anda ada pilihan lain dan tidak terpenjara oleh yang satu. Jika anda berjaya, itu baik sebab ia mungkin pilihan yang terbaik. Tetapi usahlah terlalu meminati sebab apabila anda mula tidak dipedulikan, anda akan teramat kecewa dan usahlah terlalu hambar sebab dengan itu anda tidak akan dipedulikan.

Kita mudah buta oleh kilauan permata di hadapan mata. Kita ambil, kita gilap, dan kita simpan. Kita berbangga dengan permata itu dan menganggap kita telah mendapat puncak kebahagiaan dalam hidup.

Ramai orang menjadi keliru oleh silaunya mata melihat cahaya yang memancar. Permata tidak semuanya asli. Kalau mudah diperolehi, tentu bukan asli. Mengapa tidak ambil, teliti dan letakkan kembali. Kemudian fikir. Jika ia tulen, usahakanlah untuk memilikinya, jika ia palsu, tinggalkan atau ambil dan simpan. Kalau ada orang berhajatkannya, jual atau berikan saja. Yang palsu tentu tidak berharga malah lebih sakit memeliharanya nanti. Luarnya indah, cukup masa ia mengelupas dan mendedahkan apa yang sebenarnya di dalam.

'Ah..inilah yang aku pertahankan, rupa-rupanya hanya besi buruk bersalut emas tiruan'

Tatkala kita terngadah, terasa sakit akibat terhantuk telah banyak kali kita alami. Mengapa kita tidak nampak meskipun kita bukan cacat penglihatan? Mengapa kita gagal melihat gajah di hadapan mata sedangkan kita sudah lama kenal rupa gajah?

Jawapannya, apabila kita terlalu meminati, kita akan hilang pertimbangan. Otak kita telah berpegang pada satu-satu prinsip sebelum ia membuat taakulan Taakulan adalah kebolehan menilai sesuatu mengikut fikiran logik. Penilaian yang didasarkan pada prinsip biasanya lebih berpihak pada prinsip tersebut.

Maka usah terlalu meminati kelak anda akan menjadi buta dan tuli. Semua orang melihat buruk, tetapi anda tetap melihat cantik. Semua orang berkata yang sama, tetapi anda masih tidak mendengar apa-apa.

Terjemahkan kekaguman anda itu dengan lebih mengagumi PENCIPTA-nya. Siapa lagi kalau tidak Allah Maha Esa yang kita agung-agungkan. Dasarkan penglihatan dan penilaian kita kepada ilmu agama untuk menjadi penyuluh laluan hidup kita, kelak pilihan kita menjadi lebih baik dan lebih bermakna.

Jika kita melihat permata, usah terlalu hairan dengan kilauan permata itu, tapi lihat juga dari mana cahayanya datang. Ada kalanya cahaya yang dibiaskan oleh permata datntanya dari cahaya kalimantang yang tidak mampu menyuburkan tanaman.

Bersederhana adalah jawapan kepada semua persoalan.

-Membina Peribadi Anggun, Dr. HM Tuah Iskandar Al-Haj-

TETAMU YANG DINANTIKAN..

detik YANG DINANTI-NANTI kian hampir...

kini hanya tinggal lebih kurang 1 MINGGU LAGI..,

Kita bakal BERTEMU..

RAMADHAN KAREEM.....

bersediakah ANDA untuk menyambutnya??

bersama-samalah kita NANTIKAN TETAMU YANG SENTIASA DIRINDUI..

" YA ALLAH, berkatilah kami di bulan Sya'ban & Sampaikanlah kami di Bulan Ramadhan.."


to all muslims =>

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN

&

SELAMAT BERPUASA

semoga Ramadhan kali ini membuka lembaran baru buat kita & this is the BEST Ramadhan among THE BEST...

Semoga RAMADHAN kali ini menjadi THE TRUE TARBIYAH untuk kite

... time memperbetulkan DIRI

....time MENDEKATKAN DIRI PADANYA

....time PERBANYAKAN IBADAH

....time SUCIKAN DIRI



RAMADHAN...

bulan KEAMPUNAN

bulan KEBERKATAN

bulan KEIMANAN









SALAM.....

Apa kabo semua? hrap2 sentiasa sihat. Maklumlah skrg Virus H1N1 sedang bergiat aktif.. ("_"). Moga2 kite sentiasa dalam peliharaanNYA. Erm..sedar tak sedar dah hampir 2 bulan saya berada di Alam Universiti..oo,lupe lak nak bgtau. I'm now at Universiti Malaysia Kelantan..jd ore kelate le..Rasenye selame tu jgk la tak update blog nih... bukan tak de masa tp mgkin tak sampai seru kot..hehe. adala sebab nyer..terlalu byak nak dipostkan untuk dishare tp 1 pun tak terpost pun..

So far, Alhamdulillah kerana masih diberi kekuatan tuk meneruskan pembelajaran kat Universiti + kos yang bukan pilihan..tak dinafikan too difficult nak terima kenyataan..mcm2 rase..(######).mungkin ada hikmah tersendiri..yela dalam hidup ni tak semua yang kite impikan kite akan dapat.tak semua yang kite rasa baik untuk kite sebenarnya tak baik untuk kite dan tak semestinya yang buruk bg kite tak baik bagi kite.kite hanya mampu merancang, DIA juga merancang TP yakinlah yang perancnganNYA adalah yang TERBAIK..myb this is the best 4 me. redha je la.tu sebaik2 penawar.rase bersyukur dengan pemberianNya..

REDHA MENERIMANYA

19 JUN 2009, tepat jam 12 p.m merupakan detik yang dinanti2 oleh semua student lepasan matrikulasi dan setaraf.. Nape ye? Result UPU keluar.. tu la hari kami bakal mengorak langkah untuk mengatur hala tuju masing2, tak terkecuali saya.. Bagi sahabat2 di PASUM yang telah strive 4 their study, this time is reward for them, but not for me.. tahniah buat kawan2 yang berjaya dapat kos yang diimpikan. Bagi yang senasib dengan diri ini, terimalah apa yang telah ditakdirkan untuk kita. Mungkian ada hikmahNYA. Saya ditawarkan kos Bachelor of Animal Husbandry Science di University Malaysia Kelantan.. "Ya Allah! Kos pe tu? "tu lah kate2 spontan yang terkeluar dari mulut. Saat itu, hanya Allah je tahu betapa kecewa + sedih hati ini. terasa segala usaha selama ini sia-sia.. "Kenapa aku?"persoalan yang selalu menerjah di fikiran. Kawan2 ku yang lain hepy je dapat kos yang best2.. Majoriti kawan2 aku dapat medik, dentist, farmasi, biomedik n engineering. Tak dinafikan memang terasa diri sangat tak berguna time tu, apatah lagi when parents, ex teacher n kawan2 bertanya dapat kos pe & U mane? Minta maaf la kawan2 sebab tak balas mesej korang, bukan niat nak jauhkan diri tp harap u all understand my situasion..

di kesempatan ini, TAHNIAH buat

My classmate : Nad, Fatihah, Zaki , Umie n Hafiz ( all get Medical courses)

all classmate S3 Group

all ASASIAN ...

Semoga kita semua terus berjaya dalam ape jua bidang yang diceburi.

Semoga BERJAYA dunia & akhirat..

ASASIAN... aum..aum.. aum. ("_")


"tp sebagai seorang yang telah ditarbiyah, aku tak boleh mengikut perasaan. aku tak boleh hancurkan masa depan aku, adala hikmahNYA nanti," bisikku.

Terima kasih kpd akhwat2 dan kawan2 yang telah memberi kata2 semangat untuk saya.. Jazakillah semua..

Akhirnya ku jejakkan jugak kaki ke UMK..28 June 09.. dengan hati yang berbaur sedih. Honestly I said, I'm not prepare anything to went there. Dalam hati ni masih tak dapat terima sepenuhnya.. tp terpaksa tempuhi jua. Yang buat rasa bertambah sedih, tak de 1 orang pun kawan rapat yang dapat UMK.. I realised that, we're at our own destination, impossible we 'll together like at PASUM.. I should accept this new environment and make new friends.. UMK is quite new and not as like the real University because the campus I live now just for a while.. InsyaAllah , 2012 nanti kami akan berpindah ke kampus kekal di Jeli. Lagi la jauh nak balik kampung. Hehe.....

Alhammdulillah.. kerana dapat roomate yang baik dan memahami. 2 orang dari Perak & 1 orang dari Kuala Lumpur.. Hubungan kami tak susah untuk dieratkan memandangkan semuanya sama nasib ngan saya.. semua tak apply pun UMK+ bukan kos pilihan. Masing2 agak susah juga nak terima kenyataan itu tp kami berusaha sedikit demi sedikit. Alhamdulillah perasaan itu sedikit sebanyak berjaya dilenyapkan..mungkin itu yang terbaik untuk kami.. Bagi diri ini, saya redha dengan takdir tp jauh disudut hati, saya masih mengharap dapat capai cita2.. Pray 4 me..(",)

" Harungilah sesuatu yang kita tak suka dengan KEREDHAAN, atasi kegelisahan dengan

SENYUMAN.. ketahuilah, ALLAH bukan sengaja menimpakan ujian & kegelisahan pada hatimu,

TETAPI ALLAH timpakan semua itu hanya pada hamba2 Nya yang terpilih sahaja untuk

menunjukkan betapa ALLAH AMAT SAYANG PADAMU.."


PENGGUNAAN KALIMAH ALLAH

Oleh Ust. Nasaruddin Hassan At-Tantawi
Timbalan Ketua Pemuda Pas Pusat

Pengguna Kalimah Allah oleh Non Muslim .

Akhir – akhir ini isu penggunaan kalimah Allah semakin sensasi dan mencetus kontraversi malah turut mendapat ruang perbahasan di dalam parlimen . Hari ini pun , sejurus saya selesai menyampaikan kuliah Hadis di Akademi Ar Rasyidin , soalan yang sama ditimbulkan oleh salah seorang pelajar saya.

Bagi saya dan sesiapa sahaja yang pernah tinggal di negara arab seperti Mesir , Syria dan Jordan tentunya menjadi perkara biasa mendengar penganut agama kristian menyebut kalimah Allah swt . Bahkan mereka turut bersumpah dengan menggunakan kalimah Allah swt . Maksud saya penggunaan istilah atau kalimah Allah tidaklah menjadi polemik dikalangan ummat Islam di sana.

Mungkin kelihatan ganjil apabila ada beberapa pihak non muslim di negara ini mahu menggunakan kalimah Allah swt dalam penerbitan mereka , katalog mahupun signboard .

Saya pernah memasuki sebuah restoran di Tanta Mesir yang tertulis di dinding kedainya perkataan Allahu Yarhamuk atau maknanya Semoga Allah merahmatimu . Pada mulanya mati – mati saya sangka itu kedai muslim sehinggalah saya dimaklumkan oleh seorang sahabat arab yang belajar sekelas dengan saya bahawa kedai tempat saya makan itu adalah kedai milik seorang nasrani [ kristian ] .

Sepanjang masa saya berada di Mesir , tidak pula saya perasan wujud perbahasan mengenai penggunaan kalimah Allah dikalangan kristian meskipun Mesir adalah antara negara yang mempunyai ramai ulama’ yang hebat dan tersohor .

Hukum Menggunakan Kalimah Allah oleh Non Muslim

Bagi menjelaskan perkara ini , saya melihat isu ini dari 2 sudut . Pertama dari sudut hukumnya secara tekstual sementara sudut kedua ialah dari aspek kemaslahatan yang perlu dilihat dari implikasi kepenggunaan kalimah Allah oleh Non Muslim dalam negara kita Malaysia.

Sudut pertama : Prinsip Hukum

Allah swt adalah Tuhan sekelian Alam . Tuhan kepada semua makhluk malah dialah Tuhan yang Mencipta segala suatu . Tuhan yang Maha Esa dan Memelihara makhluknya . Saya percaya perkara ini turut diyakini oleh mereka non muslim dalam negara ini terutama bekas agama samawi seperti kristian .

Malah hal ini diakui oleh al Quran apabila Allah swt berfirman dengan maksudnya :

“Dan sesungguhnya jika engkau (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: “siapakah yang menurunkan hujan dari langit, lalu dia hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya?” sudah tentu mereka akan menjawab: “Allah”. Ucapkanlah (Wahai Muhammad): “Alhamdulillah” (sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka yang demikian), bahkan kebanyakan mereka tidak menggunakan akal (untuk memahami tauhid)-(Surah al-Ankabut ayat 63).

Dilihat daripada ayat di atas , jelas mereka juga mengaku bahawa Allah swt adalah Tuhan yang mencipta dan memelihara alam ini dengan segala isinya . Bahkan Allah swt tidak melarang atau membantah golongan non muslim ini menggunakan kalimah Allah swt sebaliknya menyuruh Nabi Muhammad saw bersyukur ekoran pengakuan tersebut .

Lalu saya berpendapat bahawa menggunakan Kalimah Allah swt sebagai tuhan yang mencipta oleh golongan non muslim tidaklah menjadi kesalahan .

Sebenarnya yang menjadi perbahasan sejak dulu oleh para ulamak bukan terhenti di atas penggunaan kalimah Allah swt tetapi bagaimana mereka menanggapi Allah swt . Ertinya yang dilarang ialah perbuatan mereka mensyirikkan Allah swt .

Menyebut dan menggunakan nama Allah swt pada tempat dan perkara yang tidak wajar dan tidak layak bagi Allah seperti mensyirikkannya maka ianya diharamkan . Sebagai contoh , Firman Allah swt yang bermaksud :

“Sesungguhnya telah kafirlah mereka yang berkata: “Bahawasanya Allah ialah salah satu dari yang tiga (triniti)”. padahal tiada tuhan (yang berhak disembah) melainkan Tuhan Yang Maha Esa..(Surah al-Maidah ayat 73).

Perkara yang terlarang berkait penggunaan kalimah Allah swt ialah perbuatan atau perkataan yang mensyirikkan Allah swt . Jika mereka menggunakan nama atau kalimah Allah dengan mengakui bahawa Allah adalah Tuhan yang berkuasa maka tiada salahnya meskipun dia seorang non – muslim .

Samalah isunya seperti Gobala Krishnan dan beberapa pemimpin cina DAP yang membaca ayat al Quran dalam ucapan mereka . Jika mereka membacanya dengan niat ingin memetik kebenaran yang terkandung di dalam ayat tersebut , kenapa kita mesti melarang atau menolak ? kecualilah dibaca dengan maksud menghina atau mempersenda . Jelas hukumnya haram dan kita wajib menegah siapa sahaja yang berbuat demikian meskipun ia seorang muslim , justeru menghina itu adalah salah [ dosa ] dan ditegah [ haram ].

Sudut Kedua : Maslahah

Perkara yang berkait dengan kemaslahatan adalah suatu yang perlu disiasat oleh pihak berkuasa agama seperti Majlis Agama Islam , JAKIM , IKIM , Majlis Fatwa dan lain – lain badan berauthority . Sejauh mana penggunaan kalimah Allah itu mencetus keresahan dan mengundang polemik dikalangan rakyat yang berbilang kaum agar tidak tercetus perang yang tidak diingini .

Juga perlu dilihat kepada kesesuaian dan keperluan menggunakan kalimah Allah tersebut sebelum kita menjatuhkan hukum , apakah ia membawa maksud yang berbeza dari prinsip tauhid sehingga membawa maksud atau nilai yang salah terhadap KeEsaan Allah swt dan segala kesuciaannya .

Jika hasil siasatan memperlihatkan bahawa kepenggunaan nama Allah swt adalah kerana mahu turut sama menyebut bahawa Allah swt adalah tuhan yang sebenar dan Tuhan yang layak disembah maka tidak mengapa mereka menggunakannya . Namun jika hasil kajian dan siasatannya menunjukkan sikap yang jelas ingin mencetuskan kegelisahan atau keresahan dikalangan ummat Islam maka saya kira ianya wajar dihentikan . Apatah lagi membawa maksud mahu menghina agama Islam.

Kesimpulan

Hukum penggunaan kalimah Allah dilihat kepada bagaimana ia digunakan . Jika penggunaannya hanya bertujuan untuk merendah dan mempersenda agama Islam , maka ianya haram dan wajib ditentang habis – habisan sekalipun dilakukan oleh seorang muslim .

Sementara penggunaan yang positif untuk memberi pengiktirafan bahawa Allah adalah tuhan yang mencipta sebagaimana yang disebut oleh Allah swt di dalam al Quran maka ia dibenarkan oleh syara’ sekalipun digunakan oleh non muslim .

MEMORI ITU

Tiap bertemu dan berpisah
ada awl ada akhirnya
itulah lumrah dunia ketetapan dari yg Esa
kenangan mengajar kita erti hubungan manusia
tidak dapat dipisahkan dari rahmat pencipta

sebuah memori yg tersingkap kembali
kisah pertemuan kali pertama
didalam taman yg mengajar kita
erti kehidupan penuh pancaroba

disini kita berjanji setia
berjuang menongkah awanan cita
menanti jernih hujanan kejayaan
berkat dari usaha doa tulus pada Nya

tutur kata guru bagaikan azimat
sering mendidik jiwa yg lemah ini
ungkapan hikmah mu tggi nilainya
dan menjadi bekalan kami di hari muka

ooooh temanku
masihkah kau ingat
susah senang lalui bersama
pahit manis kita rasainya
demi harapn kedua ibu bapa

senda gurau senyum tangis sendu
masih lagi segar di ingatan
rindu hati ingin bersmuka
setelah kita berpisah sekian lama

ku panjatkan doa agar di pertemukan
kerana kudrat mu tiada batasan
bertemu berpisah hanya kerana Allah
ukhuwah yg terbina anugerah dariNya


buat semua sahabat-sahabat yang pernah hadir dalam hidup ini, THANK 4 SWEET UKHWAH

"UKHWAFILLAH ABADAN ABADA"

~ uhibbukifillah~




Ijazah vs Risalah

cerpen ini dipetik dari web i luvislam.. sama- samalah kita share. hehe..
cerpen ini sebenarnya khas ditujukan kpd mahasiswa n mahasiswi.. which one is the most important? actually ilmu dan dakwah adalah seiringan.dua2 sama penting. so, fikir-fikirkanlah.......

“Ana ada satu soalan untuk antum semua,” Akh Safwan menghentikan sekejap ayatnya dan kemudian menyambung kembali, “Kalau antum berada dalam keadaan untuk memilih antara dakwah dan pelajaran yang mana kedua-duanya sangat penting. Apa pilihan antum?”

Antara menyampaikan risalah dengan ijazah, yang mana menjadi pilihan? Saya tergamam seketika memikirkan jawapan. Kalau hendak diberikan jawapan skema dan menyejukkan hati memanglah terlalu mudah.

Terus sahaja kita katakan, lakukan sahaja kedua-duanya. Tetapi sekadar kata tanpa perbuatan, saya rasakan itu amat tidak patut sekali. Terlalu mudah menyebut badan jadi binasa. Terlalu cepat mengambil keputusan, segala perkara serba tidak kena.

Seorang demi seorang ahli usrah saya yang lain menjawab, dan saya masih lagi merenung memikirkan jawapan. Mendengar jawapan daripada mereka semua memang sangat sesuai dengan apa yang mereka lakukan. Dan memang dirasakan jawapan itu datang daripada hati mereka.

Saya pula masih lagi berfikir-fikir apakah jawapan yang patut diberikan.

Menyampaikan risalah

Telah menjadi tanggungjawab bagi setiap orang muslim itu untuk mengajak ke arah kebaikan dan mencegah segala perkara yang tidak baik. Tidak kira walau apa jua keadaan, belajar atau bekerja atau menganggur atau berkahwin, tanggungjawab ini tetap mesti ditunaikan.

Dakwah itu wajib, maka ia mesti dilaksanakan. Dakwah sebetulnya bukanlah aktiviti dalam jemaah sahaja. Malah kalau kita berseorangan pun, dakwah tetap mesti dijalankan. Ya, meski kita tidak masuk mana-mana jemaah sekali pun.

Tetapi bagaimana cara berdakwah yang dianjurkan? Ada orang kata, “Saya bukanlah tahu macam-macam. Apatah lagi nak kata alim.”

Kita lihat kembali kepada ayat ‘Amar Ma’ruf Nahi Mungkar’. Mengajak kepada kebaikan dan mencegah keburukan. Kita berdakwah bukan untuk menunjukkan yang diri kita tahu tentang perkara tersebut tetapi adalah untuk mengajak ke arah kebaikan.

Dan biarlah diri kita berdakwah kerana kemahuan dalam diri untuk mengajak ke arah kebaikan. Bukannya sekadar untuk memberi tahu apa yang kita tahu. Apabila kemahuan dalam diri itulah yang menyuruh kita supaya menyampaikan risalah, maka dari situlah timbulnya istiqamah atau berterusan menyampaikan risalah.

Bukannya susah untuk mengajak orang berbuat sesuatu perkara. Kalau kita sudah boleh ajak dia pergi makan, cuba kita ringankan mulut ajak solat berjemaah juga. Dan bukannya kita perlu menukar imej kita, teruskan dengan penampilan diri pun boleh juga. Dari situlah kita dapat kepuasan dalam berpesan-pesan.

Kalaupun apa yang kita ajak itu ditolak, tetapi janganlah mengalah. Bukankah kadang-kadang kalau ajak makan pun kawan kita itu menolak? Berdakwah untuk ‘memberi’ bukannya untuk ‘menerima’.

Soalnya adalah mahu atau tidak mahu.

Perlukah masuk mana-mana jemaah?

“Ada ke patut si ‘mamat’ tu kata aku tak nak menjalankan urusan agama. Kemudian dia salahkan aku belajar pula,” Saf yang baru sahaja masuk ke bilik melepaskan buku-bukunya ke atas meja dengan suara yang marah-marah.

“Eh, sebab apa dia kata macam tu?” Soal saya kehairanan.

“Sebabnya aku tak mahu masuk usrah dia. Sebab paling utama sebab aku tak nak join jemaah dia. Ada ke patut sebab aku tak nak join jemaah sahaja terus dilabel antijemaah,” jawabnya dalam nada suara yang masih marah.

“Erm. Itulah sebabnya kalau kita buat sesuatu perkara janganlah kita terlalu taksub, nanti semua perkara yang orang lain buat dan kita rasa tak kena, maka kita katakan dia salah,” Saya cuba menenangkannya.

Ini perkara biasa yang pernah juga timbul kepada saya suatu masa dahulu. Semasa saya masih lagi di sekolah menengah. Saya pernah dilabel begitu kerana saya menolak untuk masuk ke dalam satu jemaah tersebut, tidak mahu pergi tamrin dan sebagainya.

Bagi saya berdakwah bukannya dengan pergi tamrin, pakai kopiah, masuk jemaah dan sebagainya. Banyak cara untuk kita menyampaikan risalah. Kalau mahu lebih baik, apa yang kita belajar, itulah yang kita sampaikan. Tetapi kita masukkan unsur-unsur Islam.

Itu lebih baik saya rasakan.

Risalah dan Belajar

Pernah dulu seorang rakan saya yang suka menggunakan ilmu-ilmu sains yang dia belajar untuk dia jadikan satu bahan dalam tazkirahnya. Sangat seronok dan sangat menyenangkan. Kadang-kadang terasa seperti satu bentuk humor pula.

Antaranya yang masih saya ingat, “Hati kita ini seperti spring. Ada had kenyalnya. Kalau terlalu diregangkan mungkin tidak boleh kembali kepada bentuk asal. Begitulah dalam hidup kita.....”

Lebih kurang begitulah antara ayat-ayat yang digunakan dalam tazkirahnya. Sangat menarik dan sangat berkesan. Menyampaikan risalah dengan belajar boleh disatukan!

Tetapi tidak ramai rasanya yang mampu melakukan demikian. Ada yang ingin belajar sahaja. Itu tidak mengapa. Ada yang ingin berdakwah sahaja, itu pun tidak menjadi kesalahan bagi saya kalau memang itu yang dia inginkan.

Dan beginilah jawapan saya kepada naqib saya, “Kita lihat apa keadaannya pada waktu itu. Lain keadaan maka lainlah jawapannya. Mungkin saya akan pilih 'ijazah' atau mungkin saya akan pilih ''risalah. Dan mungkin juga saya akan pilih kedua-duanya. Saya perlu lihat di mana kemampuan saya pada masa itu. Dan yang mana lebih utama."

Apa pula pilihan anda?

TAUBAT SEORANG HAMBA

Hati hitam mengenangkan dosa2 yg ku lakukan,
Oh Tuhan Maha Kuasa,
Terima taubat hamba berdosa...

Ku akui kelemahan diri,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah, terimalah, terimalah..
Taubatku ini..

Telah aku merasakan derita jiwa dan perasaan,
Kerana hilang dari jalan menuju redhaMu ya Tuhan.

Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah, terimalah, terimalah..
Taubatku ini..

Di hamparan ini ku meminta moga taubatku diterima...

Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah, terimalah, terimalah..
Taubatku ini..

Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah, terimalah, terimalah..
Taubatku ini..


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

RAHSIA SOLAT 5 WAKTU

Ali bin Abi Talib r.a berkata : "Sewaktu Rasullullah S.A.W duduk bersama para sahabat
muhajirin dan ansar, maka dengan tiba-tiba datanglah satu rombongan orang-orang Yahudi
lalu berkata :' Ya Muhammad, kami hendak tanya kepada kamu kalimat-kalimat yang telah
diberikan oleh Allah kepada Nabi Musa A.S. yang tidak diberikan kecuali kepada para Nabi
utusan Allah atau malaikat muqarrab.'

Lalu Rasullullah S.A.W. bersabda: 'Silakan bertanya.'

Berkata orang Yahudi: 'Sila terangkan kepada kami tentang 5 waktu yang diwajibkan oleh
Allah ke atas umatmu.'

Sabda Rasullullah S.A.W. :'Sembahyang Zuhur jika tergelincir matahari, maka bertasbihlah
segala sesuaatu kepada tuhanNya, Sembahyang Asar itu ialah saat ketika Nabi Adam A.S.
memakan buah Khuldi, Sembahyang Maghrib itu adalah saat Allah menerima taubat Nabi Adam A.S.,
maka setiap mukmin yang bersembahyang Maghrib dengan ikhlas kemudian dia berdoa meminta
sesuatu pada Allah maka pasti Allah akan mengkabulkan permintaannya.

Sembahyang Isya' itu ialah sembahyang yang dikerjakan oleh para Rasul-Rasul sebelumku,
Sembahyang Subuh adalah sebelum terbit matahari, ini kerana apabila matahari terbit,
terbitnya di antara dua tanduk syaitan dan di situ sujudnya tiap orang kafir.'

Setelah orang Yahudi mendengar penjelasan dari Rasullullah S.A.W. maka mereka berkata:
'Memang benar apa yang kamu katakan itu Muhammad, katakanlah kepada kami apakah pahala yang
akan didapati oleh orang yang sembahyang.'

Rasullullah S.A.W bersabda: 'Jagalah waktu-waktu sembahyang terutama sembahyang yang
pertengahan, sembahyang Zuhur, pada saat itu nyalanya neraka Jahanam, orang mukimin yang
mengerjakan sembahyang pada ketika itu akan diharamkan ke atasnya wap api neraka Jahanam
pada hari Kiamat.'

Sabda Rasullullah S.A.W. lagi: 'Manakala sembahyang Asar, adalah saat di mana Nabi Adam A.S.
memakan buah Khuldi. Orang mukmin yang mengerjakan sembahyang Asar akan diampunkan dosanya
seperti bayi yang baru lahir.,

Setelah itu Rasullullah S.A.W. membaca ayat yang bermaksud: 'Jagalah waktu-waktu sembahyang
terutama sekali sembahyang yang pertengahan., sembahyang Maghrib itu adalah saat di mana
taubat Nabi Adam A.S. diterima. Seorang mukimin yang ikhlas mengerjakan sembahyang Maghrib
kemudian meminta sesuatu dari Allah maka Allah akan perkenankan.'

Sabda Rasullullah S.A.W.: 'Sembahyang Isya' (atamah). Katakan kubur itu adalah sangat gelap
dan begitu juga pada hari Kiamat, maka seorang mukmin yang berjalan dalam malam yang gelap
untuk pergi menunaikan sembahyang Isya' berjamaah, Allah S.W.T. haramkan dari terkena
nyalanya api neraka dan diberinya cahaya untuk menyeberangi titi sirath.'

Sabda Rasullullah S.A.W. seterusnya: 'Sembahyang Subuh pula, seorang mukmin yang mengerjakan
sembahyang subuh selama 40 hari secara berjamaah, diberi oleh Allah S.W.T. dua kebebasan
iaitu:

1. Dibebaskan dari api neraka.

2. Dibebaskan dari nifaq.


Setelah orang Yahudi mendengar penjelasan dari Rasullullah S.A.W. maka mereka berkata:
'Memang benarlah apa yang kamu katakan itu wahai Muhammad (S.A.W). Kini katakan pula kepada
kami semua kenapakah Allah S.W.T. mewajibkan puasa 30 hari ke atas umatmu?'.

Sabda Rasullullah S.A.W.: 'Ketika Nabi Adam memakan buah pohon yang dilarang, lalu makanan
itu tersangkut dalam perut Nabi Adam A.S. selama 30 hari. Kemudian Allah S.W.T. mewajibkan
ke atas keturunan Adam A.S. berlapar selama 30 hari. Sementara izin makan diwaktu malam itu
adalah sebagai kurnia Allah S.W.T. kepada makhlukNya.'

Kata orang Yahudi: 'Wahai Muhammad, memang benarlah apa yang kamu katakan itu. Kini
terangkan kepada kami ganjaran pahala yang diperolehi dari puasa itu.'

Sabda Rasullullah S.A.W.: 'Seorang hamba yang berpuasa dalam bulan Ramadhan dengan ikhlas
kepada Allah S.W.T. dia akan diberi oleh Allah S.W.T. 7 perkara:

1. Akan dicairkan daging haram yang tumbuh dari badannya (daging yang tumbuh dengan
makanan yang haram).

2. Rahmat Allah sentiasa dekat dengannya.

3. Diberi oleh Allah sebaik-baik amal.

4. Dijauhkan dari merasa lapar dan haus.

5. Diringan baginya siksa kubur ( siksa yang sangat mengerikan).

6. Diberikan cahaya oleh Allah S.W.T. pada hari Kiamat untuk menyeberang titian sirath.

7. Allah S.W.T. akan memberinya kemudian di syurga.

Kata orang Yahudi: 'Benar apa yang kamu katakan itu Muhammad. Katakan kepada kami
kelebihanmu antara semua para nabi-nabi.'

Sabda Rasullullah S.A.W.: 'Seorang nabi mengunakan doa mustajabnya untuk membinasakan
umatnya, tetapi saya tetap menyimpankan doa saya (untuk saya gunakan memberi syafaat
pada umat saya di hari kiamat).'

Kata orang Yahudi: 'Benar apa yang kamu katakan itu Muhammad, kini kami mengakui dengan
ucapan Asyhadu Alla illaha illallah, wa annaka Rasulullah (kami percaya bahawa tiada Tuhan
kecuali Allah dan engkau utusan Allah).'

"Dan sesungguhnya akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan,
kekurangan harta, jiwa dan buah2an. Dan berilah berita gembira kepada orang2 yang sabar."
(Al-Baqarah :155)




Search This Blog


 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 COGITO ALLAH SUM..... |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.